HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Mei 2021

PAS Kedah serah sumbangan bangun semula Palestin

HARAKAH DAILY

ALOR SETAR: Sebanyak RM1,647,557 diserahkan PAS Kedah kepada Aid4Palestine sempena Majlis Penyerahan Dana Palestin yang diadakan secara di atas talian, semalam.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Senator Ahmad Yahaya berkata, PAS Kedah komited mengumpul sehingga RM2 juta untuk fasa kedua yang bermula hari ini.

“Teruskan usaha kutipan untuk fasa kedua. Dewan-dewan peringkat negeri dan PAS kawasan sekarang memulakan kempen dana Palestin dengan anggaran kutipan lebih banyak berbanding fasa pertama,” katanya pada majlis serahan sumbangan tersebut.

Sumbangan itu diserah kepada Pengerusi PAS Relief Muhammad Sanusi Md Nor di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon.

Pada 18 Mei lalu PAS Kedah mengumum berjaya mengutip sejumlah RM1,571,363. Bagaimanapun jumlah itu meningkat kepada RM1.647 juta.

PAS Baling tampil menjadi penyumbang terbanyak iaitu RM173,039 diikuti
Dewan Pemuda PAS Kedah (RM160,000), PAS Merbok (RM157,122) dan Dewan Muslimat PAS Kedah (RM153,527).

Ahmad juga berkata, sumbangan tersebut bagi memberi perhatian kepada usaha pembangunan akibat kemusnahan dilakukan tentera regim zionis Israel terhadap penduduk Palestin.

Beliau turut merakam ucapan penghargaan kepada pemimpin PAS kawasan, dewan-dewan negeri, NGO dan pihak perseorangan di atas kerjasama menjayakan kutipan bagi fasa pertama. HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: