HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Mei 2021

Tabik jika Abdul Hamid dedah video Sandakan

Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ketika beberapa pihak menyifatkan pendedahan Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai berani namun Datuk Mohd Puad Zakarshi pula berkata, beliau akan tabik kepada Ketua Polis Negara jika mampu mendedahkan beberapa isu lain.

Isu itu termasuk video Sandakan membabitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,  kenapa Jho Low gagal dibawa balik, kes Allahyarham Muhammad Adib Kassim dan kes akuan bersumpah suami Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di Singapura.

Salute kepada beliau jika dia berani dedahkan apa cerita sebenar mengenai kes berikut:. 

1.Video Sandakan Azmin Ali
2. Kenapa Jho Low gagal dibawa balik
3. Kes Adib
4. Kes akuan bersumpah suami Dr Zeti di Singapura

“Apakah ada campur tangan politik? Hamid Bador sanggup dedah campur tangan politik dalam PDRM. Tolong dedah cerita sebenar kes kes di atas.

”Jasa mu akan dikenang. Selamat bersara,” katanya.

Kelmarin, Abdul Hamid Bador mengakui kurang senang dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam pengurusan PDRM.

Malah beliau mengakui hubungannya dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin memang tidak harmoni.

Abdul Hamid mendakwa sikap Hamzah mempolitikkan PDRM sejak jadi menteri mengecewakannya dan ia berbeza semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri sebelum itu.

Malah beliau juga telah bersemuka dengan namun ia tidak ada jalan penyelesaian kerana Hamzah masih mahu kuasa dalam PDRM.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: