BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) dalam beberapa hari lagi.

IJN falam kenyataannya hari ini berkata, pasukan doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap Dr. Mahathir berpuas hati dengan keputusan ujian yang dijalankan.

“Tun Dr. Mahathir telah menjalani semua pemeriksaan kesihatan yang diperlukan setelah dimasukkan ke IJN,” menurut kenyataan itu.

Dr. Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau, kata kenyataan itu.

Pada 16 Disember, Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut. – Bernama