MALAYSIA POT
KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan penyelarasan jentera Pemuda Umno di seluruh negara amat lancar serta menunjukkan komitmen tinggi membantu mangsa banjir.
Beliau berkata, bantuan jentera Pemuda Umno dari luar lokasi terjejas banjir amat penting dalam fasa pasca banjir untuk kerja pembersihan dan mencuci rumah terjejas.
“Jutaan terima kasih dan tahniah buat jentera Pemuda Umno Negeri Terengganu dan Skuad Sabil Terengganu yang diketuai sahabat saya Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu Tengku Haphiz.
“Mereka mengerakkan 200 sukarelawan ke Kuala Lipis Pahang untuk operasi membantu mencuci dan membersihkan rumah-rumah mangsa banjir,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Beliau berkata, ketika ini jentera tempatan sudah terlalu kepenatan sejak hari pertama membantu proses menyelamat dan memindahkan mangsa terjejas, di samping bantuan asas di lokaliti masing-masing.
“Alhamdulillah, penyelarasan jentera Pemuda Umno seluruh Malaysia
amat lancar dengan komitmen yang begitu tinggi daripada mereka.
“Jentera dari luar amat penting dalam Fasa 2 pembersihan dan penyucian pasca banjir ini memandangkan jentera tempatan sudah terlalu kepenatan sejak hari pertama membantu proses menyelamat dan memindahkan di samping bantuan asas di lokaliti masing-masing.
“Moga Allah rahmati dan berkati segala usaha dan khidmat bakti kalian. Bangga saya dengan anda semua,” katanya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan