HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Disember 2021

Terima kasih TMJ jaga bangsa, kesucian Islam – Razlan

 NAJA

Terima kasih TMJ jaga bangsa, kesucian Islam – Razlan

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razlan Rafii menjunjung kasih terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas ketegasan baginda menjaga bangsa Melayu sekali gus kesucian Islam.

Beliau berkata, tindakan Tunku Ismail menentang Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang hendak disertai kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu membuktikan sikap baginda yang memiliki semangat kuat menjaga bangsa dan kesucian Islam.

“Alhamdulillah.. Terima Kasih kebawah DYAM TuankulMahkota Johor (TMJ). Semangat yang kuat menjaga bangsa dan terus menjaga kesucian Islam. Rakyat bernaung di bawah panji-panji istana,” katanya di Facebook, hari ini.

Mengulas mengenainya, Razlan mengakui segala usaha keras Umno menentang dua perkara berkenaan mula membuka mata rakyat terutama orang Melayu.

“Saya dan rakan jelajah satu Malaysia memberi penerangan kepada kesan serta akibat dari tindakan kerajaan PH yang mahu ICERD dan Rom Statut ditandatangani.

“Jelas ianya telah membuka mata dan kesedaran terhadap tindakan PH yang mahu membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang liberal terlampau,” katanya.

Semalam, Tunku Ismail dalam satu kenyataan membidas Tun Mahathir kerana tidak jujur kepada rakyat Malaysia.

“Berkenaan isu Statut Rom dan ICERD ini, Tun Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, tetapi juga tidak jujur sepenuhnya kepada rakyat Malaysia.

“Perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan mengugat kesejahteraan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: