HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Januari 2022

Ahli BN perlu kembali kepada rakyat – Najib

MALAYSIA POST

Ahli BN perlu kembali kepada rakyat – Najib

KEKALAHAN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 perlu dijadikan rujukan kepada semua ahli Barisan Nasional (BN) walaupun ia sesuatu yang pahit.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak, berkata PRU-14 dan perjalanannya hingga ke hari ini walaupun pahit tetapi ia memberikan kesedaran.

Menurutnya, banyak janji manis yang ditabur pelbagai pihak sebelum itu, namun kemudiannya terpaksa diakui oleh mereka sendiri mustahil untuk dilaksanakan apabila kuasa di tangan.

“Akhirnya, dikecam rakyat dan disedari ramai.

“Saya percaya dan yakin kita harus jadikannya sebagai satu rujukan. Agar kita kekal pada prinsip perjuangan kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau mengingatkan agar ahli BN menepati janji serta membantu rakyat sebaik mungkin dan kekal bersama dalam perjuangan untuk pembangunan Malaysia.

Najib turut menasihatkan semua ahli BN supaya kembali kepada rakyat dan menunaikan amanah yang diberikan rakyat.

“Pesan dan nasihat saya kepada semua ahli BN.

“Kita sebagai parti politik datangnya daripada rakyat dan kembali juga kepada rakyat. Rakyat berikan kita amanah, tanggungjawab dan kepercayaan untuk memimpin.

“Rakyat meletakkan keyakinan pada kita kerana janji yang kita berikan dan kemampuan untuk menjayakannya,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: