HALAMAN SANTAI

Sabtu, 8 Januari 2022

Rombakan Kabinet: Semuanya terpulang kepada PM untuk buat keputusan – Hadi

MALAYSIA POST

Rombakan Kabinet: Semuanya terpulang kepada PM untuk buat keputusan – Hadi

PRESIDEN PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berpendapat tiada keperluan untuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melakukan rombakan Kabinet ketika ini kerana barisan itu telah melakukan tugas yang baik.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan untuk merombak Kabinet atau sebaliknya adalah terpulang dan hak Perdana Menteri jika merasakan ada keperluan untuk rombakan Kabinet.

“Sehingga ini saya rasa tidak perlu (rombakan kabinet)..Ia masih menjalankan tugas dengan baik.”

“Kecuali kita mendapat maklumat-maklumat ataupun perlu kepada rombakan (untuk) penambahbaikan. Itu terpulang kepada perdana menteri.”

“Tetapi sehingga kini saya tidak nampak (keperluan untuk rombakan kabinet),” katanya kepada media hari ini.

Abdul Hadi berkata, Ismail Sabri akan berbincang dengan pemimpin parti jika ada keperluan untuk membuat rombakan Kabinet.

Beliau mengulas berkenaan isu tersebut selepas baru-baru sebuah portal tempatan melaporkan Perdana Menteri akan melakukan rombakan kabinet.

Ianya dikatakan berhubung kait dengan prestasi ditunjukkan menteri ketika mengendalikan banjir besar yang melanda negara.

Laporan portal berkenaan yang memetik sumber mendakwa, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun serta Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Sadique antara yang disebut akan digugurkan.

Susulan laporan itu, Ismail Sabri menafikan berkenaan rombakan Kabinet tersebut.

Sementara itu, mengulas berkenaan keperluan lantikan Timbalan Perdana Menteri, Abdul Hadi berkata ia juga terpulang kepada Ismail Sabri untuk memutuskanya.

“Terpulang kepada perdana menteri, sebab perdana menteri yang jalankan tugas, bukan saya,” katanya. – Malaysiapost-

Tiada ulasan: