MGF07012022_MP-PEMBANGKANG-LAPOR-POLIS_13
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menunjukkan laporan polis yang 
dibuat terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di IPD Dang 
Wangi, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL,

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa siasatan menyeluruh dijalankan terhadap dakwaan berkait dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Ketua Pemuda AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) sepatutnya tidak berkomplot atau bertindak melulu di sebalik pertikaian kes membabitkan Azam.