HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Januari 2022

Banjir: Sidang Khas Parlimen tidak mampu tebus kelalaian kerajaan – Kit Siang

MALAYSIA POST

Banjir: Sidang Khas Parlimen tidak mampu tebus kelalaian kerajaan – Kit Siang

VETERAN DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Sidang Khas Parlimen selama sehari Khamis depan tidak akan dapat menebus kelalaian kerajaan terhadap respon lambat membantu mangsa ketika banjir besar, bulan lalu.

Beliau berkata, selain itu, kerajaan kini didakwa sedang menjunam ke arah menjadi kakistokrasi apabila enggan bertanggungjawab kepada Parlimen mengenai ‘skandal’ memalukan – sekali dalam seabad’ yang sedang berlaku dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Menjadi satu perkara yang memalukan negara untuk Parlimen hanya bersidang pada Khamis depan dalam satu sidang khas

“… sedangkan kerajaan enggan untuk bertanggungjawab atas sikap tidak peduli dan respons yang lambat semasa kemuncak bencana banjir bulan lepas.

“Ini kerana (ketika banjir berlaku) Parlimen sedang bersidang dan kini pula kerajaan enggan untuk bertanggungjawab dengan perkara memalukan dalam agensi pencegahan rasuah negara.

Kit Siang berkata, respon lambat kerajaan menyebabkan mangsa banjir terpaksa menunggu di atas bumbung rumah untuk diselamatkan di lapan negeri.

“Sehingga kini banjir berkenaan telah mengorbankan 54 nyawa dengan dua lagi yang masih hilang dan 125,000 rakyat terkesan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru, Kit Siang mempersoalkan adakah Malaysia akan menjadi negara yang mempunyai sebegitu banyak perkara memalukan dan nama Malaysia akan terus buruk.

“Setakat ini, kita sudah malu dengan dua perkara – menjadi sebuah kleptokrasi dan mempunyai seorang penjenayah yang tersabit bersalah merasmikan persidangan antarabangsa.

“Rakyat yang patriotik pastinya akan risau dengan masa hadapan negara,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan satu sidang Khas Parlimen bagi membahaskan isu banjir akan berlangsung bagi pada 20 Januar ini.

Perdana Menteri berkata, Mesyuarat Khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Katanya, sidang Khas Parlimen it bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir. – Malaysiapost

Tiada ulasan: