HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Januari 2022

Perhimpunan Agung Tahunan Putra 23 Januari ini

MALAYSIA POST

Perhimpunan Agung Tahunan Putra 23 Januari ini 

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menetapkan Perhimpunan Agung Tahunan kali keduanya akan diadakan pada 23 Januari ini di Kompleks MITEC, Kuala Lumpur. 

Setiausaha Agungnya, Borhan Ahmad Zakaria berkata, Persidangan Tahunan Sayap-Sayap Putra iaitu Wiranita, Wira dan Wirawati kebangsaan akan berlangsung pada 21 dan 22 Januari ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. 

Katanya, persidangan yang sepatutnya berlangsung pada 24, 25 dan 26 December lalu, ditunda pada 21, 22 dan 23 Januari 2022 kerana mengambil kira kesukaran dihadapi semua parti politik di negara ini termasuk Putra akibat Covid-19 dan banjir besar melanda dibeberapa negeri. 

“Berdasarkan pertimbangan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membenarkan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan Putra sehingga 31 Januari 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, mesyuarat peringkat bahagian dianggar 1,000 orang daripada 95 bahagian telah selesai menjalankan amanah parti dengan jawatan kuasa yang baru dipilih semasa Persidangan Tahunan Bahagian, seperti termaktub dalam Perlembagaan parti bagi sesi 2021-2024. 

“Perwakilan bahagian yang bersidang telah memilih Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian 1, Naib Ketua Bahagian 2, dan 10 Ahli Jawatankuasa (AJK) termasuk Ketua-Ketua Sayap, Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari dan lima AJK lantikan yang dipilih oleh Ketua Bahagian. 

“Manakala 10 perwakilan dari kalangan Jawatankuasa Bahagian melibatkan pemegang jawatan penting secara automatik layak hadir sebagai perwakilan. 

“Jumlah Ahli Dewan Tertinggi (ADT) seramai 34 orang dan 15 perwakilan Exco setiap Sayap-Sayap (Wiranita, Wira dan Wirawati) layak hadir bersidang ke Persidangan Tahunan Putra kedua ini,” katanya. 

Beliau berkata, tema perhimpunan ini adalah  ‘Perjuangan Bersih dan Bermoral’ yang menjadi teras kelangsungan kelahiran dan  falsafah perjuangan Putra. – Malaysiapost

Tiada ulasan: