HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 Januari 2022

Falsafah, jati diri Malaysia cuba diubah selepas 9 Mei 2018 – zahid

MALAYSIA POST

Falsafah, jati diri Malaysia cuba diubah selepas 9 Mei 2018 – zahid

BARISAN Nasional (BN) adalah sebuah gabungan parti politik yang menerapkan nilai “mutual respect”, toleransi, kebersamaan, perpaduan dan kestabilan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Presiden Umno berkata bersandarkan nilai-nilai tersebut BN membentuk kemuafakatan rakyat sepanjang mentadbir negara ini yang mana rakyat pelbagai kaum dan agama hidup aman harmoni serta saling menghormati.

Nilai-nilai kerajaan BN itu, katanya, menjadi sumber kekuatan memacu Malaysia namun selepas 9 Mei 2018 nilai-nilai murni tersebut yang membentuk sistem kemakmuran negara cuba diganggu gugat.

“Segalanya tentang falsafah dan jati diri Malaysia mahu diubah demi pesaing BN terus populis di mata penyokong sendiri.

“Mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang berisiko memansuhkan hak istimewa Bumiputera.

“Berusaha mengangkat komunisme dalam sejarah kemerdekaan sedangkan ia sesuatu yang tidak patut cuba diolah semula. Memanipulasi kuasa dalam tangan untuk terus memfitnah dan menzalimi lawan politik yang enggan tunduk dan menyerah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu Ahmad Zahid berkata BN tidak pernah mengalah untuk mempertahan dan mengembalikan nilai-nilai kemakmuran dan mengajak rakyat tanpa mengira agama dan bangsa kembali meyakini gabungan tersebut.

Katanya, ia demi Malaysia menjadi sebuah negara makmur dan sejahtera sekali lagi. – Malaysiapost

Tiada ulasan: