HALAMAN SANTAI

Rabu, 12 Januari 2022

i-Citra: Kita tengok siapa cabut ‘talian hayat’ rakyat? – Puad

MALAYSIA POST

i-Citra: Kita tengok siapa cabut ‘talian hayat’ rakyat? – Puad

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan ‘siapa yang akan mencabut talian hayat rakyat’ daripada Datuk Seri Najib Razak berhubung tuntutan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000.

Beliau berkata demikian susulan tindakan beberapa NGO menyerahkan memorandum tuntutan pengeluaran itu kepada Najib untuk diserah kepada Perdana Menteri yang disifatkan sebagai talian hayat rakyat, semalam.

“Beberapa NGO kata, Najib “talian hayat” rakyat untuk perjuangkan pengeluaran terakhir one off i-Citra.

“Najib sanggup bantu rakyat. Kita tengok nanti siapa tukang cabut talian hayat rakyat. KWSP baru umum untung RM 48.02 bilion,” katanya menerusi satu hantaran ringkas di Facebooknya.

Semalam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum tuntutan pengeluaran KWSP RM10,000 secara ‘one-off’ kepada Perdana Menteri.

Penyerahan memorandum itu dibuat melalui Najib di hadapan pejabat Ahli Parlimen Pekan itu di Bukit Pantai di Bangsar.

Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan, berkata tuntutan tersebut dibuat kerana masih ramai lagi pencarum termasuk peniaga kecil masih belum mendapat pekerjaan stabil serta membangunkan semula perniagaan, susulan terkesan pandemik. – Malaysiapost

Tiada ulasan: