MALAYSIA POST
AHLI Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersuara dan melakukan sesuatu terhadap pentadbiran lemah kerajaan ketika ini.
Menerusi ciapan di Twitternya, Timbalan Presiden Amanah itu menyifatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat lemah dalam pengurusn bencana dan menangani rasuah.
“Tuanku YDPA, kerajaan Tuanku pimpinan memanda PM sangat lemah. Pengurusan bencana dan kini isu pembelian saham yang bernilai ratusan juta oleh KP SPRM.
“Do something and say something Tuanku. Something is rotten in the state of Denmark,” katanya.
Khamis lalu, Salahuddin menghantar notis usul berkaitan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
Beliau mengemukakannya mengikut Peraturan 18(1) Dewan Rakyat supaya ia dapat diterima dan dibahas pada 1 Mac ini, iaitu ketika sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.
Salahuddin juga berharap usul berkenaan diterima dan dibahaskan di Dewan Rakyat, bukannya di Kamar Khas kerana isu terbabit menyentuh persoalan integriti penjawat awam yang menimbulkan persoalan kepercayaan dalam kalangan rakyat.
Dalam usul dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, ia perlu disegerakan bagi menggesa Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) melakukan siasatan lebih lanjut terhadap dakwaan Azam memiliki saham dengan jumlah melampau seperti dilaporkan media. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan