HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Januari 2022

Kebolehan Lakonan Eksploitasi Bencana Banjir Dibidas, Rakyat Tak Lupa Janji Manis PRU-14

UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Parti Politik Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempersoalkan kompetensi Kerajaan Negeri Johor dengan mengeksploitasi bencana banjir untuk meraih simpati bagi kepentingan politik peribadi dibidas.

Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa sudah terang lagi bersuluh, Syed Saddiq baru sahaja turun ke Johor untuk kononnya membantu rakyat Johor.

“Pada masa yang sama, saya kagum dengan kebolehan lakonannya untuk terus mengeksploitasi bencana banjir di Johor untuk meraih simpati bagi kepentingan politik peribadi. Kemahiran untuk mengeksploitasi pemikiran rakyat Malaysia terutamanya anak muda berlaku sebelum PRU ke 14 lagi.

“Pelbagai janji dibuat sebelum PRU seperti pendidikan percuma, tak perlu bayar PTPTN, peluang pekerjaan untuk anak muda, tol percuma dan macam-macam lagi janji bulan dan bintang ditabur.

“Akhirnya bila kuasa sudah ditangan, tertunai tak segala janji? Janji entah ke mana, pelbagai alasan mengelak pulak diberikan,” bidasnya dalam kenyataan berkaitan isu terbabit menerusi laman facebooknya, hari ini.

Ujar Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-layang, sekarang tindakan Syed Saddiq ibarat menunjukkan bahawa dirinya menjadi juara rakyat.

“Sekarang dia nak tunjuk yang dia masih juara rakyat dengan harapan rakyat dah lupa dengan gelagat dan kelaku mereka yang memang suka menanam tebu di bibir mulut.

“Berbalik kepada Johor, saya tidak nafikan bahawa parti politik muda sudah turun sebelum ini tetapi persoalannya ialah, di mana ketuanya Syed Saddiq semasa banjir berlaku di Johor seawal 31 December tahun lepas?

“Bila dah turun terus buat drama. Bukan main dia bersandiwara untuk mengaburi mata rakyat Johor, terutamanya di Muar, yang dia kononnya sudah sedari awal membantu, padahal realitinya dia baru je sampai ke situ.”

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin sedemikian ibarat untuk mengaburi mata rakyat.

“Senang cerita nak ‘cover line’ lah. Ribuan sukarelawan dan puluhan NGO yang tampil membantu di Johor sejak awal banjir tapi takde satu pun yang drama macam dia.

“Semua orang simpati dengan mangsa banjir, bukan awak seorang. Tak perlu lah bersandiwara dan menangguk di air keruh. Apa pun, You truly deserve an Oscar for your first class act bro.

“Saya berharap dan berdoa rakyat Johor terutamanya di Muar terbuka mata dan hatinya kepada sandiwara politik yang diwayangkan oleh Ketua kepada Parti Politik Muda ini. Lihat bukan hanya dengan mata tetapi dengan akal dan hati,” katanya lagi. – UMNO Online

Tiada ulasan: