HALAMAN SANTAI

Isnin, 10 Januari 2022

Komunikasi dan Penerangan aset penting parti

  HASNURUL MOHAMED

Pelancaran Jentera Penerangan Barisan Nasional Bahagian 
Bukit Gantang. – GAMBAR BN NEWS ONLINE

Ini kerana kekuatan parti sangat bergantung kepada kekuatan jentera komunikasi dan penerangannya. Apatah lagi keadaan kini lebih mencabar dan cabarannya pula tidak seperti dahulu.

“Justeru pendekatan dan strategi jentera komunikasi dan penerangan parti mesti disesuaikan dengan perubahan yang berlaku,” kata Dr. Shamsul seperti catatannya dalam media sosial Facebook akuan beliau.

Beliau berkata, sekiranya jentera penting seperti ini masih menggunakan pendekatan lama maka BN akan tewas dengan perubahan yang sedang berlaku.

Sebagai jentera penting parti, tegas beliau, jentera komunikasi dan penerangan hendaklah seiring dengan parti kerana ia merupakan jurucakap parti.

Dr. Shamsul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertuinggi UMNO berkata, maklumat yang diperoleh jentera adalah maklumat parti.

Oleh itu, jentera komunikasi perlu menyampaikan maklumat yang tepat kepada ahli-ahli parti dan orang lain. – SUMBER BN NEWS ONLINE – SM

Tiada ulasan: