MALAYSIA POST
PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pernyataan ‘Umno terus mara untuk rakyat Malaysia’ membawa maksud yang sangat mendalam dan besar ertinya kepada parti itu.
Beliau berkata, ia suatu pernyataan bahawa Umno akan mengutamakan rakyat dalam keadaan apa sekali pun selain tekad tidak akan menyerah dan berundur dalam perjuangannya.
“Suatu perakuan bahawa Umno tidak akan sesekali mengabaikan semangat dan prinsipnya.
“Umno terus mara untuk rakyat Malaysia semakin jelas dan nyata selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya menerusi Facebook.
Jelas Ahmad Zahid, walau Umno pernah tertewas angkara fitnah dan tipu daya namun parti itu bangkit dan terus mara penuh yakin tanpa gentar.
Katanya, langkah Umno mungkin terhenti seketika pada ketika itu untuk bermuhasabah namun bangkit semula dengan lebih kuat.
“Tiada apa lagi dapat menyekat kemaraannya selepas itu walau sebesar gunung fitnah cuba menghadang.
“Kalah sekali bukan bermakna kalah selama-lamanya, malah menjadikan Umno lebih berkobar,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, musuh Umno kini berada dalam kebimbangan kerana tidak menyangka parti itu akan bangkit semula dengan lebih deras dan laju selepas tewas pada PRU14.
“Para pembohong, penzalim kekhuatiran kerana tidak menjangkakan itu respons Umno kepada kekalahan (PRU14).
“Mereka tidak menyangka Umno terus mara untuk rakyat Malaysia bukan sekadar kata-kata.
“Sebaliknya sanubari berjuta ahlinya demi sebuah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid optimis Umno akan mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).
“Perjuangan menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan oleh mereka yang rakuskan kuasa,” katanya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan