HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 Januari 2022

Pemimpin lama DAP Pulau Pinang sah keluar parti


DAP Pulau Pinang hari ini menerima surat keluar parti daripada bekas exco negeri, Datuk Danny Law Heng Kiang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying berkata parti itu menghormati keputusan Heng Kiang dan mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan beliau selama bersama DAP, menurut laporan Bernama.

Sementara itu Heng Kiang ketika dihubungi Bernama bagi menjelaskan tindakannya itu hanya berkata: “Sudah cukup 35 tahun bersama DAP, dan kini sedang mencari hala tuju baharu”.

Mengenai spekulasi kemungkinan beliau menyertai Parti Warisan yang perpangkalan di Sabah, Heng Kiang berkata: “times will tell” (masa akan menentukannya).

Pada Pilihan raya umum 2008, Heng Kiang menang dalam pertandingan di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Lancang, Pulau Pinang dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Heng Kiang, 61, telah mula aktif dalam politik selepas menyertai DAP pada tahun 1986.

Tiada ulasan: