
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim,
berkata, jika dana itu terus dibenarkan untuk dikeluarkan melalui
pelbagai skim ia akan menipis.
Katanya, sebelum ini RM101 bilion yang dikeluarkan sebelum ini
menerusi i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra memaksa dana KWSP kini semakin
menipis.
“Dulu pemimpin UMNO juga yang hampir musnahkan Kumpulan Wang Amanah
Pencen (KWAP) kakitangan awam apabila RM4 bilion wang pencen kakitangan
sektor awam dipinjam oleh 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
“Lesap wang itu. Kerajaan juga yang terpaksa pikul beban dan bayar
hutang. Kini pemimpin UMNO nak hancurkan pula wang simpanan pencen
pekerja swasta dalam KWSP.
“RM101 bilion wang KWSP sudah dikeluarkan oleh pekerja melalui skim
i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. Hampir habis sudah wang simpanan
pekerja dalam KWSP,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Hasan turut mempersoalkan sama ada pemimpin UMNO sudah bankrap idea dengan membuat gesaan berterusan seperti itu.
Hassan berkata, alasan bencana banjir yang diberi Presiden hingga Ketua Pemuda UMNO tidak boleh diterima.
Beliau turut membangkitkan kebimbangan bahawa kira-kira enam juta pencarum KWSP atau hampir 50 peratus daripada mereka mempunyai baki simpan di KWSP yang tidak mencecah RM10,000.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran RM10,000 daripada KWSP biarpun ada permintaan ia dipertimbangkan bagi meringankan beban mangsa banjir terjejas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan