HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Januari 2022

Pemuda keras kepala main isu KWSP, jadikan Ismail Sabri tidak popular


Pemuda UMNO terus mendalangi usaha memburuk-burukkan kerajaan pimpinan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, setelah Ketua pergerakan itu Asyraf Wajdi Dusuki berterusan mendesak pengeluaran one-off RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, diluluskan.

Menjadikan isu KWSP sebagai sasaran, pergerakan itu kelihatan berusaha membuatkan kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Ismail Sabri kelihatan tidak popular dalam kalangan rakyat.

Terbaharu, Asyraf Wajdi mencabar Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berdebat dengannya secara terbuka berhubung isu pengeluaran simpanan KWSP itu.

Dia menuduh Tengku Zafrul cuba mengelirukan rakyat dengan memberi pelbagai alasan untuk menolak permintaan mengeluarkan wang KWSP kali terakhir sebanyak RM10,000.

“Saya harap Tengku Zafrul janganlah mengelirukan rakyat. Sebagai contohnya, walaupun anggaran pengeluaran wajib pencarum mencecah RM34 bilion setahun, tetapi caruman wajib yang diterima oleh KWSP pada tahun ini (2022) juga dianggarkan mencecah RM70 bilion (memgambilkira unjuran data daripada Tengku Zafrul sendiri)

“Maka masih wujud lebihan tunai sebanyak RM36 bilion. Jadi apa masalahnya jika tuntutan i-Citra 2.0 ini dipenuhi memandangkan anggaran jumlahnya cuma sekitar RM25bilion hingga RM30bilion sahaja?,” kata.

Asyraf Wajdi menegaskan lagi, bahawa dia dan pemimpin Pemuda UMNO tidak mahu menghabiskan masa melakukan perdebatan di media sosial.

“Lebih baik masa yang ada ini digunakan Tengku Zafrul untuk mencari jalan bagi membolehkan pengeluaran dapat dibuat dan mandat KWSP dapat dilaksanakan.

“Kita boleh adakan sesi debat lain di antara saya dan DS Tengku Zafrul untuk beri keadilan kepada rakyat yang sedang menunggu dan berharap,” katanya.

Walaupun telah berkali-kali kerajaan, malah Perdana Menteri sendiri, telah memberitahu sendiri pengeluaran itu tidak akan dibenarkan, Asyraf Wajdi dan pergerakan Pemuda UMNO terus menunjukkan sikap keras kepala mereka.

Malah pada satu peringkat, Asyraf menyindir Ismail Sabri yang lebih senior daripadanya apabila mempersoalkan bantuan yang diberikan kerajaan kepada mangsa banjir baru-baru ini.

Akhir Disember lalu, Asyraf menyindir Naib Presiden partinya itu dengan menganggap kemudahan pinjaman yang disediakan menerusi beberapa agensi, termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tekun, akan menambah beban hutang orang ramai.

Menerusi kenyataan ‘Alternatif kepada i-Citra KWSP: Tambahan bantuan atau galakkan berhutang’, Asyraf menyifatkan kemudahan pinjaman yang diumumkan Ismail Sabri sebagai inisiatif berhutang yang tidak menyelesaikan masalah. Berita berkaitan

Terdahulu beberapa kesatuan sekerja mendesak kerajaan menghentikan pengeluaran tambahan i-Citra, sebaliknya memperkenalkan beberapa insentif lain, dan tidak mengikut kebodohan Asyraf Wajdi.

Desakan itu dibuat Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), dan Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), yang mewakili jutaan ahlinya di seluruh negara. Berita berkaitan 

Tindak tanduk Pemuda UMNO pimpinan Asyraf Wajdi kini mendedahkan kepada rakyat betapa rakus dan buruknya perangai UMNO sekiranya tidak mendapat laba politik dan keuntungan diri sendiri.

Tiada ulasan: