HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 Januari 2022

Penonton konvoi selamatkan SPRM disiasat, Azam Baki bila pula? - Dr Maszlee

SUARA KEADILAN

Pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia yang menganjurkan konvoi selamatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah dipanggil polis untuk disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Hari ini, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik (gambar, berbaju biru cair) yang hanya menyaksikan perhimpunan itu pula dipanggil untuk memberi keterangan esok.

Namun Dr Maszlee mempersoalkan adakah pemain utama dalam skandal pemilikan saham tersebut telah disiasat terlebih dahulu?

"Sehubungan kehadiran saya menyaksikan penyerahan memo oleh AMK Malaysia kepada SPRM pada Isnin lalu, saya telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak PDRM esok

"Azam Baki dan adik beliau telah disoal siasat?" tanyanya di Twitter.

Semalam empat pemimpin AMK Malaysia telah memberi keterangan di IPD Putrajaya berikutan himpunan, konvoi 100 kenderaan serta serahan memorandum yang mereka lakukan pada Isnin lalu.

Namun sehingga hari ini media masih belum melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dipanggil pihak polis untuk siasatan, sedangkan laporan polis ke atasnya telah pun dibuat pimpinan AMK.

Tiada ulasan: