HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 Januari 2022

Desas-desus bukan hanya PRN, tetapi PRU juga – Hamzah

MALAYSIA POST

Desas-desus bukan hanya PRN, tetapi PRU juga – Hamzah

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang pilihan raya sama ada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurutnya, desas-desus mengenai pilihan raya akan sentiasa ada, namun ia hanya akan diputuskan oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Desas-desus mengenai pilihan raya ini bukan hanya membabitkan negeri Johor sahaja tetapi juga membabitkan PRU.

“Namun, bila ketetapannya..akan dibuat oleh mereka yang bertanggungjawab.

“Kita (Bersatu) dan saya sebagai Setiausaha Agung Bersatu sentiasa mengadakan mesyuarat dan memastikan supaya rakyat seluruh negara tahu siapa untuk dipilih dan kepimpinan yang lebih baik bagi kepentingan negara,” katanya.

Beliau berkata denikian dalam sidang media selepas mengadakan Perhimpunan Bulan dan Amanat Tahun Baharu 2022 bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN)di Putrajaya, hari ini.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas mengenai desas-desus PRN Negeri yang dikatakan akan diadakan dalam masa terdekat.

Media semalam melaporkan, Menteri Besar Johor, Datuk Hasn8 Mohammad digesa supaya segera memberi kata putus sama ada PRN Johor akan diadakan dalam masa terdekat atau sebaliknya.

Gesaan itu dibuat oleh Ketua Pembangkang Johor, Aminolhuda Hasan yang berkata, ramai tertanya-tanya kerana PRN dikatakan akan diadakan di Johor selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi. – Malaysiapost

Tiada ulasan: