HALAMAN SANTAI

Selasa, 18 Januari 2022

Perlu padangan KKM berhubung PRN Johor – Hishammuddin

MALAYSIA POST

Perlu padangan KKM berhubung PRN Johor – Hishammuddin

PENGERUSI Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pihaknya perlu mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum sebarang keputusan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan, berkata pihaknya bagaimanapun, bersedia untuk bertemu dengan kepimpinan negeri Johor jika sebarang keputusan dimuktamadkan berhubung proses demokrasi berkenaan.

“Kita mesti mendapat pandangan KKM, orang Johor akan tanya apa bezanya PRN Melaka dan PRN Sarawak sekiranya PRN Johor diteruskan, bukan untuk saya menentukan.

“Apabila ia diputuskan nanti, tugas saya menteri yang mengkoordinasikan Covid-19 di antara kementerian. Saya akan bawa bersama kepada kepimpinan negeri Johor dan kita tunggu keputusan dulu,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani, hari ini.

Menurutnya, sekiranya perlu dilakukan PRN Johor, sudah menjadi kemestian agar prosedur operasi standard (SOP) seperti di PRN Melaka, Sabah dan Sarawak dikenakan.

“Untuk Covid-19, jangan takut-takutkan orang ramai, yang penting sekiranya keputusan perlu diadakan PRN biarlah ia berjalan dengan selamat.

“Apa pengalaman kita di Sabah, Melaka dan Sarawak menjadi sandaran,” katanya.

Terdahulu, desas-desus berhubung PRN Johor hangat diperkatakan selepas dakwaan berlaku pergolakan politik di negeri berkenaan. – Malaysiapost

Tiada ulasan: