AMRI
PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa agar
diwujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Balak (Akta Balak) yang terpakai
bagi semua negeri dengan peraturan dan hukuman lebih berat termasuk
penjara seumur hidup serta rotan mandatori.
Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, RUU itu juga perlu mewajibkan semua aktiviti pembalakan diwajibkan mendapat kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA).
Menurutnya, perkara itu perlu dilaksanakan dan dibincangkan dalam Sidang Khas Parlimen bermula 20 Januari ini, susulan isu bencana banjir yang sering dikaitkan dengan kemusnahan hutan akibat aktiviti pembalakan termasuk yang berlaku baru-baru ini.
“Setiap kali banjir pasti ada balak yang hayut di mana banjir berlaku. Paling buruk banjir yang melanda baru-baru ini di beberapa negeri hingga ada balak balak hanyut dan merempuh rumah rakyat serta bersusun bergelimpangan termasuk di atas jalan raya.
“Negeri yang membenarkan pembalakan secara ‘mengila’ adalah Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah dan lain-lain negeri pun ada juga meluluskan kawasan untuk pembalakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau mendakwa, di Kelantan sudah berpuluh tahun hutan musnah akibat pembalakan hingga mengakibatkan flora dan fauna musnah, selain kediaman Orang Asli turut musnah dan ada yang dirampas menggunakan secara halal mengikut undang-undang.
“Bagaimanakah kegilaaan menebang balak dapat di kawal dan mencegah kemusnahan alam sekitar dan fauna. Paling tidak cadangan aktiviti pembalakan diwajibkan mendapat kelulusan EIA.
“Selagi mana tidak ada kelulusan EIA di kawasan diluluskan tidak boleh di jalankan pembalakan. Hukuman dan denda mandatori mesti dikenakan,” tegasnya.
Menurutnya, peraturan cara menebang pokok balak dan transportasinya juga wajib di perketatkan bagi mengelak kemusnahan alam sekitar.
Beliau berkata, sebagai contoh seperti dilakukan di Eropah dimana balak hanya boleh di angkut menguna helikopter bagi mengelak kerosakan jalan dan mengelak dari aktiviti mencuri balak secara haram.
“Ini semua boleh di lakukan jika ada kemahuan politik dan semua pihak sayangkan alam sekitar dan keselamatan rakyat.
“Putra mengesa dan akan menjadikan Perjuangan Putra agar diwujudkan RUU Balak (Akta Balak) yang terpakai bagi semua Negeri Persekutuan dimana EIA pembalakan wajib dan lain-lain peraturan termasuk hukuman berat mandotari rotan serta penjara seumur hidup,” katanya.
Beliau berpendapat, walaupun pembalakan adalah hak prerogatif kerajaan negeri, namun berdasarkan perkembangan terkini memerlukan kerajaan pusat mengawasi kondisi dan situasi yang tidak terkawal ini demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.
“Untuk tujuan penyelarasan seluruh wilayah Persekutuan, kerajaan pusat boleh menggubal akta atau meminda akta sedia ada agar aktiviti pembalakan diurus bersama diantara kerajaan pusat dgn kerajaan negeri melalui keperluan mendapatkan kelulusan EIA terlebih dahulu.
“Langkah ini mungkin akan ditentang oleh kerajaan negeri, tetapi
tindakan kerajaan pusat saperti ini mempamirkan secara jelas dan tegas
keprihatinan terhadap kepentingan rakyat dan masa depan negara,”
katanya. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan