MGF20012022_MUDA-DEMO06
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir untuk menerima memorandum dari Parti MUDA berkenaan cara kerajaan menangani isu banjir serta perubahan iklim di hadapan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat pembangkang yang tidak turun membantu penduduk ketika banjir baru-baru ini akan digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Pembangkang yang juga Pengerusi Majlis Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu ada dalam kalangan wakil rakyat yang tidak prihatin dengan masalah dihadapi rakyat lebih lagi dalam kejadian bencana banjir.