HALAMAN SANTAI

Selasa, 11 Januari 2022

Zahid gesa Tommy jadi ‘gentleman’ berani tanggung pendedahan buku

MALAYSIA POST

Zahid gesa Tommy jadi ‘gentleman’  berani tanggung pendedahan buku

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Tan Sri Tommy Thomas bersikap lebih ‘gentleman’ dan berani mengambil tanggungjawab terhadap kandungan bukunya ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Menurut Ahmad Zahid, kerjasama Tommy penting supaya kebenaran dapat dirungaki, selain sebagai bekas beliau sepatutnya lebih memahami ‘justice’ adalah tentang kebenaran.

“Negara perlukan jawapan kepada segala persoalan di sebalik pendedahan menerusi buku tersebut kerana ia melibatkan maruah serta keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. 

“Persoalan yang terungkai malah berpotensi menjawab kepada lebih banyak persoalan kepada apa yang berlaku selepas tarikh 9 Mei 2018,” katanya menerusi Facebook.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, berkata pendedahan dalam buku itu menimbulkan persoalan kemungkinan berlaku campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan semasa negara di bawah pentadbiran ‘Kerajaan 22 bulan’. 

“Antara alasan Tommy enggan beri kerjasama kerana jawatan Peguam Negara di bawah Perlembagaan dan pasukan petugas itu boleh menjejaskan kebebasan Pejabat Peguam Negara.

“Beliau turut memberi alasan Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya diberi kuasa mengikut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding bagi sesuatu kesalahan.

“Sebenarnya tiada siapa mahu mempertikaikan atau mempersoalkan tentang jawatan Peguam Negara di bawah Perlembagaan dan juga berkenaan Perkara 145(3) mengenai kuasa budi bicara,” katanya.

Jelas Ahmad Zahid, rakyat mahu mengetahui adakah mungkin berlaku campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, Kehakiman dan Keselamatan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).

“Justeru, Tommy Thomas sepatutnya bersikap lebih ‘gentleman’ dan berani mengambil tanggungjawab terhadap kandungan buku memoirnya sendiri,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: