HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Januari 2012

Mahasiswa masuk hospital dibelasah polis, 17 ditahan termasuk Adam Adli

KEADILAN DAILY


(Sidiqin Omar)

TANJUNG MALIM: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) memulakan tahun baru 2012 dengan memperkakas polis melalui tindakan ganas anggota polis terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman Universiti Pergurusan Sultan Idris (UPSI), malam tadi.

Keganasan polis keterlaluan hingga menyebabkan dua mahasiswa, Safwan Anang dan Amar Rasyidi parah akibat dibelasah ketika polis menyurai himpunan, sekaligus menjadi peristiwa paling buruk terhadap gerakan mahasiswa tanah air.


Safwan, Presiden Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham akibat dipijak lima hingga tujuh anggota polis – mengikut paparan twitter manakala Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.

Mulanya, Safwan dihantar ke Hospital Tanjung Malam tetapi dikejarkan ke Hospital Slim River berikutan kecederaannya parah.

Mereka antara 17 mahasiswa yang ditahan di balai polis Tanjung Malim termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.


Terdahulu, perhimpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) bermula petang semalam dengan berkumpul di hadapan UPSI sambil menyanyikan lagu Negaraku, memdeklamasi puisi dan berpidato sambil dikawal kira-kira 100 anggota polis.

Mereka berbaring di jalan raya dan mengusung keranda tertera perkataan “AUKU’ dengan imej gambar Datuk Seri Najib Razak sebagai simbolik bantahan.


Mereka turut membawa bunga Ros untuk dihadiah kepada Perdana Menteri itu dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin.

Sekurang-kurangnya dua sekatan jalan raya dibuat dari susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke UPSI untuk menghalang mahasiswa dan aktivis hadir memberi sokongan.

Selepas tangkapan dibuat, pengguna twitter terkejut dan marah apabila akaun atas nama Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan polis menyerbu lokap dan memukul mahasiswa yang sudah ditahan manakala sebahagian ditahan ketika mahu membuat laporan berkaitan keganasan pihak berkuasa itu.


Sekumpulan peguam hak asasi Lawyer For Liberty (LFL) yang berkejar ke lokasi kejadian selepas kejadian itu pula dihalang menemui tahanan dengan pelbagai alasan tidak munasabah.

“KPD (Ketua Polis Daerah) Supt Othman baru maklum perkembangan terkini, masih ambil dokumentasi. Masih tunggu IO (Pegawai Penyiasat). “Tahun baru, alasan lama – “saya tak tahu sebab menangkap, saya cuma ikut adahan menangkap’,” kata Puspa Rosman melalui twitter.

Susulan itu, ramai pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Jingga 13, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bergegas ke UPSI selepas melepasi halangan sekatan jalan raya dan berkumpul di balai polis Tanjung Malim untuk mendesak pembebasan kumpulan mahasiswa berkenaan.

(Laporan Lanjut Menyusul)

KEADILAN kecam keganasan polis terhadap mahasiswa

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: KEADILAN mengecam perbuatan ganas polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

“Tindakan ini jauh berbeza ketika perarakan mahasiswa ke PWTC. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa makna,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media, pagi ini.


Justeru, Pengarah Komunikasi KEADILAN itu menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil memberi penjelasan,

Nik Nazmi turut mendedahkan, pengamal media yang bertugas melaporkan kejadian tersebut turut dikasari pihak berkuasa.

“Mahasiswa mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media turut dipukul polis,” katanya.

Dalam pada itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pula menyifatkan tindakan ganas di ambang sambutan tahun baru meletakkan Malaysia sebagai negara polis yang takut dengan gerakan mahasiswa.

“Ini sungguh memalukan. Pemerintah mengerahkan polis untuk melindungi kepincangan mereka dalam mengendali AUKU,

“AMK akan terus bersama aktivis mahasiswa. Inilah yang ditakuti Umno BN, apabila anak muda sudah berani menggerakkan zaman.

“AMK menyokong penuh mahasiswa mempertahankan prinsip yang mahukan kebebasan akademik tanpa sebarang sekatan dan campur tangan politik kotor kerajaan yang memerintah,” kata Setiausaha AMK, Julailey Jemadi.

Lebih mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI sambil menyanyikan lagu Negaraku, memdeklamasi puisi dan berpidato sebelum polis mencetuskan keganasan.

PKR tuntut Hisham, KPN beri penjelasan

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: PKR mengecam tindakan polis termasuk FRU untuk meleraikan perhimpunan aman mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) secara ganas pada awal pagi ini.

Pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, difahamkan kira-kira 100 orang mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI semalam sebagai bantahan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta mendesak UPSI menarik balik tindakan terhadap Adam Adli.

Adam merupakan mahasiswa UPSI yang mendapat perhatian meluas apabila menggantikan bendera yang tertera gambar PM dengan panji kebebasan akademik.

Pihak polis, termasuk dua trak FRU dan pegawai Cawangan Khas hadir beramai-ramai dan pada 2.30 pagi, bertindak ganas apabila mahasiswa enggan bersurai.

Salah satu mahasiswa tersebut, Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan orang pegawai polis dan SB sebelum beliau dilarikan oleh rakan-rakannya ke Hospital Slim River.

Beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri.

Sehingga kini difahamkan kira-kira 17 mahasiswa termasuk Adam Adli telah ditangkap oleh pihak polis..

Pihak mahasiswa turut mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media mereka turut dipukul pihak polis.

“Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik,” katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau berharap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara dapat segera tampil memberikan penjelasan.

“Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan agenda transformasinya tidak membawa sebarang makna,” ujarnya.

Insiden UPSI: Hishammuddin, KPN bertanggungjawab

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengkritik sekeras-kerasnya tindakan pihak keselamatan terhadap mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli dan bantahan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samudin berkata, PKPIM difahamkan mereka yang terlibat dalam dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang dan beberapa mahasiswa cedera parah dan luka di badan sementara beberapa pimpinan mahasiswa ditahan oleh pihak polis awal pagi tadi.

“PKPIM berpandangan tindakan polis termasuk FRU yang meleraikan mahasiswa secara ganas pada awal pagi ambang tahun baru akan menimbulkan polemik baru yang tidak berkesudahan kerana tindakan seumpama ini tidak bertepatan dengan hasrat transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merangkumi langkah-langkah mengukuhkan lagi demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat sesuai dengan tuntutan generasi mahasiswa hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Seharusnya, kata beliau sebarang perbezaan pandangan serta kritikan perlu diraikan serta diberikan ruang dengan sebaik-baiknya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, ujarnya PKPIM melihat isu itu juga berkait langsung dengan kelulusan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 kerana kandungannya bercanggah dengan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan perhimpunan aman.

PKPIM juga, katanya memandang berat serta menolak pemusatan kuasa serta budi bicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat alam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan yang telah terbukti di dalam kejadian yang menimpa mahasiswa di UPSI awal pagi tadi.

“PKPIM merasakan bahawa bahawa tragedi mahasiswa di ambang 2012 ini sekiranya tidak diselesaikan dengan baik akan membuka ruang lebih banyak ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan akibat dari ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budi bicara pihak polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan aman pada masa akan datang,” katanya lagi.

Justeru, PKPIM mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dengan insiden ini dengan tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan secara terbuka kepada seluruh mahasiswa dan rakyat demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan hak-hak asasi manusia.

Apabila pelajar menggenggam hak politiknya

Mustafa K Anuar


Perbuatan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli Abdul Halim, yang kononnya telah merendahkan bendera yang menampakkan wajah Perdana Menteri Najib Razak di depan ibupejabat United Malays National Organization (UMNO) di Putra World Trade Centre (PWTC) baru-baru ini telah dijangka mengundang kontroversi yang hangat dalam konteks masyarakat di mana kritikan terhadap tindak-tanduk kepimpinan negara lazim disamakan dengan tindakan memburuk-burukkan imej negara.

Dan keengganan pelajar berumur 22 tahun ini (gambar kiri) untuk memohon maaf atas perbuatannya itu sudah tentunya menarik bukan sahaja perhatian serius daripada sebilangan ahli UMNO dan Barisan Nasional, malah menerima maki hamun serta pelbagai ugutan daripada pihak tertentu terhadap dirinya. Adam berani berhadapan dengan cabaran yang menggugat ini.

Sesungguhnya, riuh rendah terhadap insiden ini tidak harus mengalihkan perhatian kita daripada apa yang ingin disampaikan oleh pelajar muda ini, iaitu meletakkan masalah negara seperti rasuah, akauntabiliti, keadilan sosial serta isu AUKU di mata umum.

Insiden di PWTC ini juga memberi petanda bahawa mahasiswa, atau sekurang-kurangnya sebilangan mahasiswa, di negara kita telahpun bangkit dengan kesedaran politik mereka, bersedia untuk berjuang demi kebebasan akademik dan pelajar, serta kebebasan untuk menyuarakan pandangan mengenai isu nasional dan antarabangsa sebagai insan yang cerdik dan berprihatin.

Kesedaran politik ini kelihatan melonjak lebih-lebih lagi setelah Mahkamah Persekutuan membuat hukuman baru-baru ini bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (yang gubalkan pada tahun 1971) - yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam politik kepartian - telah bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kebebasan bersuara.

Tetapi insiden di PWTC ini dan juga peristiwa lain yang melibatkan mahasiswa negara, seperti protes terhadap perkhidmatan Wifi di kampus yang tidak memuaskan, bukanlah satu perkara yang terpencil dan tempatan. Sesungguhnya, perjuangan mahasiswa ini harus dilihat dalam konteks yang luas lagi, iaitu ianya menjadi sebahagian daripada gelombang rakyat yang membantah ketidakadilan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah dan jurus menginginkan hak asasi manusia mereka, serta perubahan dan reformasi sosial.

Dengan kata lain, perjuangan politik pelajar selalunya seiring dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. Maka tidak hairanlah, misalnya, apa yang diwar-warkan sebagai Arab Spring itu mendapat tempat di hati mahasiswa di dunia Arab. Ini bukanlah bermakna gelombang reformasi ala dunia Arab itu akan atau sudah melanda negara kita. Namun, bahang kebangkitan politik itu boleh menyuntik perjuangan politik pelajar kita.

Itulah sebabnya idealisme yang membakar semangat pelajar negara ini berperanan membuat mereka sinis dan kritis terhadap usaha pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk hanya meminda AUKU yang selama ini kelihatan batu penghalang kepada penglibatan politik aktif pelajar dalam dan luar kampus. Bagi mereka, AUKU yang kelihatan tidak demokratik itu perlu dimansuhkan sahaja.

Kelulusan Parlimen tergesa-gesa baru-baru ini terhadap Akta Perhimpunan Aman (Peaceful Assembly Act) yang sebenarnya mengekangkan lagi ruang berkumpul dan bersuara mungkin juga menjadi satu faktor atau isu tambahan yang membuat sebilangan pelajar berasa terpanggil untuk menyahut seruan kepimpinan pelajar untuk turut memperjuangkan hak-hak asasi pelajar dan orang ramai.

Bagi pihak yang menentang pergerakan politik pelajar yang aktif, mereka lazim mengingatkan orang ramai, khususnya ibubapa, bahawa mahasiswa akan membuang banyak masa dalam politik hingga mengabaikan pendidikan universiti mereka. Tapi kita harus ingat bahawa pengabaian pendidikan atau kelemahan pencapaian akademik juga berlaku bagi sebilangan pelajar ketika AUKU masih digunapakai. Yang penting ialah keupayaan mahasiswa membuat perhitungan sendiri untuk membahagi-bahagikan masa dengan lebih waras dan kreatif.

Sesungguhnya, penglibatan aktif dalam pergerakan mahasiswa boleh mendirikan insan yang bukan saja diasah ciri-ciri kepimpinan, tetapi juga menggalakkan mereka lebih bersikap berkeyakinan dan prihatin terhadap kebajikan orang ramai, khususnya mereka yang miskin dan tidak berkuasa dari segi politik. Inilah antara ciri idealisme yang sepatutnya diburu oleh para mahasiswa yang muda usianya yang mempunyai kesedaran politik dan kecerdikan.

Masyarakat secara amnya boleh meraih kebaikan daripada mahasiswa yang sanggup menyahut panggilan suara hatinya (conscience) supaya mereka tidak bersikap Pak Turut dan akur kepada keadilan dan lunas-lunas demokrasi, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan realiti yang begitu mencabar.

Sejarah pergerakan pelajar memperagakan beberapa contoh yang mencerminkan keprihatinan dan keluasan pandangan atau worldview pelajar. Misalnya, pelajar dari Universiti Malaya (UM) peka terhadap kesengsaraan yang dialami oleh kalangan petani yang miskin di Teluk Gong di Selangor pada tahun 1967 hingga menyebabkan sebilangan pelajar dari universiti tersebut mengadakan protes terhadap pemerintah. Satu kes lagi ialah pelajar UM telah membuat protes beramai-ramai terhadap pemerintah yang mengakibatkan pemusnahan kawasan setinggan Tasek Utara di Johor pada September 1974.

Sesungguhnya mahasiswa tempatan di masa lalu tidak bersikap katak di bawah tempurung. Mereka juga peka dan prihatin terhadap apa yang berlaku di peringkat antarabangsa. Misalnya, mereka mengadakan demonstrasi membantah pencerobohan Soviet Union terhadap negara Czechoslovakia pada 1968.

Mahasiswa sedemikian rupa sukar untuk diputarbelitkan atau diperkudakan oleh mana-mana pihak, iaitu satu-satu ciri yang menjadi kayu ukur terhadap kebebasan intelek dan politik mereka.

Itulah sebabnya bagi kebanyakan pelajar dan sebilangan orang ramai yang menghargai kebebasan berfikir dan semangat berdikari, kemunculan AUKU pada 1971 di kampus merupakan satu usaha muflis pihak pemerintah untuk membenteras pergerakan pelajar yang kritis lagi bebas itu. Pendek kata, kebebasan minda mahasiswa menjadi fobia pemerintah.

Layanan sedemikian rupa yang diperlakukan oleh pemerintah terhadap mahasiswa adalah menyedihkan kerana ini melibatkan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin dan juga golongan intelektual yang berkaliber, dinamik dan berkeyakinan di masa akan datang.

Minda yang bebas dalam kalangan mahasiswa bukanlah semata-mata untuk tujuan "berpolitik" dalam ertikata atau kerangka yang sempit yang selalu digunakan oleh pihak berkuasa. Minda dalam persekitaran yang bebas membolehkan mahasiswa berusaha berfikir secara lebih kreatif, berimaginasi dan kritis. Pemikiran yang tajam amat perlu dalam usaha kita melahirkan insan yang berkeupayaan mencari penyelesaian kepada cabaran dan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian kita.

Kemunculan seorang insan bernama Adam Adli merupakan satu peringatan kepada kita akan era silam pergerakan mahasiswa tanah air di mana kebebasan berfikir, keprihatinan dan kepekaan terhadap masalah dan cabaran yang dihadapi rakyat, negara dan komuniti antarabangsa dihargai masyarakat pada amnya.

Ketika artikel ini ditulis, Adam dan rakan seperjuangannya dilaporkan ditahan oleh polis ekoran daripada demo membantah AUKU di UPSI menjelang Tahun Baru ini. Adam dan rakan-rakannya kelihatan sedar bahawa tubuh badan boleh ditahan, tapi idea dan idealisme yang berkembang sukar untuk dipenjarakan.

*Dr.Mustafa K Anuar ialah seorang pemerhati politik tanah air.

Kill The Bill mahu teruskan perhimpunan aman

Sce Hwai Phang berkata orang ramai perlu sedar tentang hak mereka sebagai rakyat dalam negara demokrasi.



KUALA LUMPUR: NGO Kill The Bill tekad teruskan perhimpunan aman pada setiap Sabtu bagi membangkitkan kesedaran orang ramai bagi membantah Akta Perhimpunan 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat November lalu.

Wakilnya Sce Hwai Phang berkata orang ramai perlu sedar tentang hak mereka sebagai rakyat dalam negara demokrasi bagi menyuarakan pandangan tanpa sebarang sekatan.

“Kita akan teruskan setiap minggu di sekitar KLCC bagi mendidik orang ramai yang tak semestinya perhimpunan aman ini bersifat agresif dan kerajaan tidak boleh tutup mulut rakyat jika ada sebarang salah laku terjadi seperti penyelewengan, rasuah dan sebagainya,” katanya kepada FMT di sini hari ini.

Dalam perhimpunan aman keenam ini, kira-kira 50 penyokong Kill The Bill turut serta dengan memakai baju kuning.

Disertai kanak-kanak sehingga warga emas tanpa kehadiran wakil ahli politik, mereka mula berkumpul daripada Stesen KL Sentral menaiki transit aliran ringan (LRT) dan menuju KLCC sambil memegang belon kuning, selain mengedarkan belon dan gula-gula kuning kepada orang ramai.

‘Ribuan penyokong’

Phang berkata, perhimpunan ini akan berterusan dan Sabtu depan pihaknya akan mengadakan sesi bersama beberapa kartunis termasuk Zunar untuk melukis atas payung kuning dan mengedarkannya kepada orang ramai ditempat yang sama

Katanya, usaha ini tidak akan berhenti dengan sebarang bentuk tekanan kerana pihaknya turut mengadakan protes melalui online selain dalam laman sosial Facebook dan Twitter.

“Setakat ini di Facebook sudah mencapai ribuan penyokong dan kita mengharapkan sokongan yang berterusan untuk turun setiap Sabtu dengan memakain pakaian kuning,” katanya.

Guna Wang Zakat Untuk Bayar Peguam : Mahsithah Atau Jamil Khir Berbohong?

MSO


SEMALAM media penjilat buntut menyiarkan penjelasan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mohd Jamil Khir Bahrum berhubung isu pengambilan wang zakat untuk membayar fee guaman isu qazaf. Khir menjelaskan tuduhan Pakatan Rakyat tidak benar, di mana wang sejumlah dimaksudkan itu bukan saja untuk fee guaman qazaf tetapi kes-kes lain juga.

Wang itu katanya adalah dari dana khas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIP) untuk bayaran guaman.

Penjelasan Khir itu tidak menyakinkan dan cuba tidak bercakap benar walaupun Islam mengajar umatnya berkata benar walaupun pahit. Dia cuba ‘klu klik’ untuk melepaskan dirinya dalam isu tersebut yang kian membelit dirinya kini. Dengan isu itu orang mula melihat Khir juga pengamal budaya Umno kelas alpa.

Di kesempatan itu dia juga menjelaskan tentang rumahnya yang ditimbulkan media massa. Katanya isu rumah beliau juga tidak dilihat dari awal bagaimana rumah itu dibina. Katanya dia bina rumah itu dengan pinjaman bank dan masih membayar sampai kini.

Penjelasan itu juga tidak konkrit dan tuntas. Kalau hadith ia bukan hadih sahih yang lengkap dengan perawinya. Kalau Khir setakat memperkatakan sesuatu isu atau perkara itu dengan hujah akal (akli) dan bukan nakli (dalil-dalilnya) dalam konteks ini bukti sukar dipercayai, malahan perlu ditolak. Apa lagi dalam partinya banyak mengamalkan hadith palsu (dhaif).

Cuba Khir keluarkan pernyataan bank pembayaran rumahnya dan jumlah loan yang dibuat. Akal manusia waras termasuk kanak-kanak di Tadika Kemas merasa tidak munasabah kalau pendapatannya sebagai menteri yang gaji hanya setakat RM30 ribu sebulan beliau dapat menyambung rumah dua kali dalam masa tidak sampai tiga tahun. Khir jadi menteri baru tiga tahun. Apa lagi budak Taski lagi tidak percaya.

Lainlah kalau Khir menggadai mana-mana asset atau jual lembu gemuk, baru ada logiknya. Apakah Khir juga ada terlibat dengan projek lembu gemuk atau sewaktu dengannya? Tidaklah pula diketahui.

Saya tidak mahu mengulas penjang mengenai penjelasan Khir tentang fee guaman itu. Dibawah ini nanti disertakan kenyataan akhbar oleh Pengarah Komunikasi Keadilan Nik Azmi Nik Ahmad. Baca dan nilailah sendiri.

Apabila saya membaca kenyataan akhbar itu apa yang boleh saya simpulkan berlaku percanggahan penjelasan oleh Jamil Khir dengan timbalannya sitapai mala, Mashitah Ibrahim.

Di sini siapa yang benar dan siapa yang salah. Atau mungkin juga kedua-duanya bersalah kerana mereka dari plenet yang sama, iaitu plenet Umno. Atau Mashitah benar dalam jawabannya itu. Umum sudah tahu Mashitah ada masalah dengan Jamil Khir. Apakah Mashitah mendedahkan yang benar dan sengaja tidak selari dengan penjelasan Khir kerana hendak balas dendam? Hendak mengajar Khir tinggi dan rendah dunia politik. Kedua-dua mereka ini katanya bergaduh fasal hendak monopoli Tv Hijrah. Mula kroni Mashitah mendapat projek di tv itu tetapi bila Khir naik jadi menteri segala projek itu dipotong?

Atau kedua-duanya berbohong? Elok sangatlah PKR buat laporan polis dan SPRM supaya Khir disiasat. Kalau boleh buat sama laporan ke atas Awang Adek Hussein dan tiga pegawainya yang mengaku ada terima wang ‘sedekah’ RM100,000 untuk program parti menerus akaun peribadi. Kedudukan atau status wang yang diterima dan dibelanja Awang Adek untuk parti itu masih menjadi tanda tanya.[wm.kl.10:10 01/01/12]

Berikut kenyatasan akhbar yang diemailkan kepad saya:

SKANDAL ZAKAT: JAWAPAN JAMIL MASIH BERCANGGAH DENGAN MASHITAH DAN KETUA AUDIT NEGARA

Akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum tampil memberikan jawapan bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain bagi menghadapi kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan peruntukan kerajaan, bukannya wang zakat.

Namun Jamil Khir tidak menjawab percanggahan jawapannya dan MAIWP pada hari ini dengan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Peguam Zainul Rijal Talha dan Amir dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Pada 21 Jun 2011, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab YB Saifuddin Nasution di dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen.

YB Saifuddin sendiri telah menunjukkan baucer bayaran yang secara terang menulis bahawa pembayaran dibuat menggunakan wang zakat.

Pada 23 Jun 2011 peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

Pada 21 November 2011, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Ini memandangkan geran kerajaan tidak dapat menampung pembayaran yuran guaman tersebut. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Jamil seharusnya tahu bahawa pemulangan semula wang tersebut tidak menjadikan tindakan awal menggunakan wang zakat itu tindakan yang betul sama ada daripada segi hukum syarak mahupun prosedur perbendaharaan kerajaan.

Lainlah sekiranya Jamil menganggap dirinya salah satu daripada lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Sekiranya Jamil beranggapan demikian, tidak perlu lah dipulang semula wang tersebut menggunakan geran kerajaan!

Justeru jawapan Jamil setakat ini masih tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan. KEADILAN tetap akan membuat laporan polis pada minggu hadapan.

NIK NAZMI NIK AHMAD

PENGARAH KOMUNIKASI

KEADILAN

Pilihan Belia Malaysia pada PRU-13: ABU atau ‘Anything but Umno’

Moaz Nair, Malaysia Chronicle


UMNO masih lagi memuji diri mereka sendiri kerana ada 3 juta ahli tetapi, mereka tidak sedar hakikat bahawa tidak semua ahli mereka ini akan mengundi mereka pada PRU 13 nanti.

Dalam politik, nombor kadang kala boleh menipu dan pada masa yang sama menyakinkan. PArti politik biasanya akan mendakwa mempunyai jumlah ahli yang besar dan penyokong dan memberi ilusi bahawa mereka akan menang besar dalam pilihanraya. Mereka sebenarnya berbuat demikian untuk mengaburi mata orang ramai. Walaupun mempunyai jumlah ahli sebegitu, tidak semestinya mereka ini akan mengundi untuk parti mereka dalam pilihanraya.

Tidak mengundi BN

3.4 ahli UMNO tidak akan mempastikan UMNO akan menang mahupun BN. Pilihanraya umum 2008 telah menunjukkan hakikat ini di mana hamper separuh ahli UMNo tidak mengundi BN. Pilihanraya 2012 pasti menunjukkan tren yang sama. Bagi sesetengah pengkritik, kali ini BN mungkin akan kalah dengan majoriti yang sedikit. Empat negeri akan kekal dibawah Pakatan dan Perak juga akan dirampas balik Pakatan. Mereka menjangka ramai ahli UMNO yang tidak berpuas hati akan mengundi pembangkang.

Pada 2008, penganalisis politik tidak menduga UMNO akan kalah sebegitu tetapi, analisis pasca pilihanraya telah menemui bahawa kempimpinan UMNO pada ketika itu adalah punca utama ia gagal. Menuju pilihanraya seterusnya, UMNO sekali lagi dilihat sebagai sebuah parti yang lemah dengan kepimpinan lemah.

Daripada 16 juta pengundi berdaftar, akan terdapat 2.6 juta pengundi baru. Yang dijangka adalah 10 juta pengundi dengan 1.5 pengundi muda- ini adalah 17% daripada pengundi. Menurut beberapa kajian, pengundi baru dan media baru adalah lebih menggemari pembangkang. Mereka nampaknya tidak begitu gemar terhadap sesuatu yang lama. Mereka juga hilang kepercayaan kepada media pro-kerajaan. Dengan ramai pengundi muda menjadi pengundi untuk pilihanraya tahun depan, ia mungkin akan memberi kesan negatif kepada UMNO dan BN.

“Strategi mereka salah. Apabila media terlalu taksub, ia akan memberi efek sebaliknya. Mempamerkan gambar personaliti di televisyen semata untuk memburuk-burukkan pembangkang dan memperbodohkan rakyat tidak berjaya. Rakyat kebanyakkannya tidak percaya apa yang mereka lihat di kaca tv sekarang. Mereka lebih gemar kepada media alternatif,” ujar seorang pelajar universiti tempatan.

Ada lagi kepincangan dalam parti komponen BN

Pada 6 bulan pertama 2010, daftar pengundi telah menunjukkan Pakatan ada kelebihan berbanding BN. DAP mendahului dengan 32.5%, UMNO 32.5% dan PAS 22.7%. Pendaftaran pengundi untuk DAP dan PAS digabungkan adalah lebih daripada UMNO. Tren ini terus wujud. Sekiranya trend an jumlah ini diambil kira, ia adalah petunjuk kuat bahawa ada kemungkinan yang besar pengundi baru akan memihak kepada pembangkang.

DAP telah berjaya mendapatkan ahli Melayu dan juga bukan melayu. PKR mempunyai kelebihan menarik golongan muda dan PAS pula menarik golongan professional Islam. Jalan kemenangan tidak begitu nampak untuk UMNO. Dengan menggugurkan sekumpulan calon yang baik akan menjadikan UMNO lebih pincang. Mereka yang digugurkan itu akan mempunyai penyokong yang akan mensabotaj parti seperti yang berlaku pada pilihan raya 2008.

Seorang penjawat awam muda memberi pandangan beliau: “Rakyat –terutamanya yang muda sekarang sudah sedar akan hak mereka sebagai pengundi dan mereka mahukan sistem 2 parti dan terdapat sentimen bahawa rakyat mahukan perubahan kerajaan setelah terlalu lama diperintah oleh kerajaan yang sedia ada.

Dominasi Melayu, Islam dan Raja

Semakin kahabisan idea untuk menyelamatkan parti, UMNO telah menggunakan bangsa, Islam dan raja untuk memenangi pengundi Melayu. Tetapi strategi ini nampaknya tidak begitu berkesan untuk pengundi muda. Satu kajian menunjukkan bahawa rakyat lebih berminat terhadap isu lain berbanding isu yang cuba diketengahkan UMNO.

Pengundi muda juag sedat bahawa PAS juga adalah parti orang Melayu dan ia boleh dengan lebih baik menggantikan UMNO untuk mewakili kaum itu. Empat negeri yang berada di bawah Pakatan tidak menunjukkan tanda-tanda mendiskriminasi orang Melayu, Islam ataupun raja. Berdasarkan survei yang dibuat, orang muda rata-rata gembira dengan kerajaan Pakatan di negeri-negeri ini.

“Kerana terdesak, UMNO terpaksa bermain isu-isu sensitive untuk mendapat ihsan pengundi Melayu tetapi orang Melayu tidak akan jatuh dalam perangkap ini,” kata seorang pelajar universiti di Shah Alam.

UMNO berada dalam keadaan terdesak sehinggakan mereka terpaksa memainkan isu seperti dominasi Melayu, Islam dan sistem raja untuk kekal relevan dan terus hidup. Mereka gagal menyedari bahawa politik perkauman mereka dan sokongan kepada NGO yang kurang popular telah menjadikan golongan beliau Melayu menolak UMNO. Mencetuskan isu berkaitan agama dan perkauman untuk menutup kekecewaan rakyat terhadap pentadbiran mereka tidak akan berjaya kali ini. Pengundi muda sedar bahawa sekiranya Pakatan mengambil alih Putrajaya, status quo status politik akan kekal sama. Kaum Melayu dan kumpulan etnik lain tidak akan diketepikan kerana manifesto Pakatan menjamin hak kesemua kumpulan etnik, menghormati Islam sebagai agama rasmi dan sistem raja.

“Kepentingan semua kaum etnik di negara akan dijamin seperti dalam perlembagaan. Islam akan kekal sebagai agama rasmi negara. Kepentingan oran asli akan dikekalkan juga seperti yang ada dalam perlembagaan dan kebajikan mereka dijamin,” ujar seorang ahli DAP muda dari Johor.

UMNO cuba kaburi mata rakyat

Walaupun pengundi muda lebih fokus kepada isu yang asas, ketidakpuasan hati mereka terhadap rasuah yang semakin menjadi-jadi dan juga salahguna kuasa ahli politik dan juga pihak berkuasa serta keinginan mereka untuk mewujudkan keselesaan hidup untuk semua kaum. Mereka juga gusar terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat di negara.

“UMNO sedang mengaburi mata rakyat. Kami jemu dengan kadar jenayah tinggi di kawasan kediaman. Kami hidup dalam ketakutan. Penjenayah semakin menjadi-jadi sekarang. Pihak berkuasa nampaknya tidak begitu mengendahkan perkara ini.” Ujar seorang pelajar universiti di Skudai, Johor.

UMNO mengharapkan undian golongan Melayu luar bandar. Mereka tahu bahawa mereka tidak akan mendapat sokongan daripada golongan Melayu bandar. Mengharapkan undi bukan Melayu juga tidak akan berhasil. Orang Cina akan mengundi berdasarkan isu yang melanda negara, kemandirian kaum mereka dan ekonomi. Orang India, yang kebanyakkannya miskin telah lama dikecewakan UMNO. Mereka telah diketepikan sejak kemerdekaan.

UMNO tidak dapat mengharapkan undi orang India kerana janji kosong mereka kepada kaum ini. Ramai dikalangan belia bukan Islam yang merasa diketepikan akan mengundi PAS, PKR dan DAP untuk perubahan. Tiada lagi zaman di mana UMNO boleh meyakinkan orang bukan Melayu untuk tidak mengundi PAS. Kini, UMNO tidak dapat menakut-nakutkan orang Islam dan bukan Islam kerana menyokong Pakatan Rakyat – terutamanya DAP terutamanya dengan menggunakan insiden 13 Mei.

“PAS dengan positifnya menggalakkan sebuah negeri yang menjaga kebajikan. Yang miskin dari semua kumpulan etnik akan diberi bantuan dan diberi kelebihan bertujuan untuk merapatkan jurang di antara yang kaya dan yang miskin. Kita harus berlaku adil dengan semua kumpulan etnik di negara. Kita harus raatkan jurang antara yang miskin dan kaya. PAS akan menyokong progres ekonomi. Kita harus menjadi mesra perniagaan dan berharap agar mendapat lebih banyak pelabur di negara ini untuk hasilkan lebih banyak peluang perniagaan untuk rakyat,” ujar ketua pemuda PAS.

Pengkristianan

Kerana gagal memenangi hati orang Melayu, memburukkan orang Kristian telah menjadi perkara biasa bagi pemimpin UMNO dan disokong oleh orang gila dari kalangan pemimpin NGO. Ini juga tidak meyakinkan golongan pengundi Melayu muda yang nampaknya lebih liberal dalam politik.

Untuk ini, seorang pemimpin pemuda PAS mengatakan “Isu pengkristianan Malaysia tidak akan wujud. Ini hanyalah cakap kosong dikalangan ahli UMNO yang terdesak dan beberapa ahli politik yang telah menubuhkan NGO untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa kerana mereka yang merupakan golongan terbesar itu akan diwakili PAS dan PKR. Islam adalah agam rasmi dalam Perlembagaan. Mereka yang menganut agama lain pula tidak akan dihalang daripada mengamalkan agama mereka. Tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan oleh orang bukan Islam.

Serupa juga dengan ‘ancaman terhadap institusi ke-rajaan’ yang ditimbulkan UMNO juga tiada isu untuk pengundi muda. Pandangan mereka adalah UMNO sengaja menimbulkan isu itu untuk undi orang Melayu. Bagi mereka, ini tidak akan membantu UMNO. Persepsi mereka adalah ‘selagi ini adalah sistem raja berpelembagaan, tiada asas untuk UMNO mendakwa bahawa dengan mengudi pembangkang, institusi ke-rajaan akan terancam.’

“UMNO tidak ikhlas apabila bercakap soal institusi raja. Mereka hany mempergunakan institusi tersebut untuk kekal berkuasa. Ada ketika institusi diraja dimalukan oleh pemimpin UMNO dan media mereka semasa pindaan Perlembagaan dibuat pada 1993. Mereka tidak diberi peluang untuk mempertahankan hak mereka. Mereka telah dimalukan dengan teruk. Itulah UMNO sebenar,” ujar seorang pemimpin pemuda PKR.

Pandangan ini telah disuarakan oleh PAS dan PKR dan juga diutarakan oleh pemimpin pemuda DAP:

“Orang Melayu, kesemua kumpulan etnik ,Islam dan institusi raja akan dijaga kepentingannya dibawah Pakatan. Perlembagaan masih yang tertinggi dan dalam lingkungan demokrasi. Ia akan menjadi perubahan yang k earah lebih baik untuk Malaysia, buka suatu revolusi.”

Budaya tutup sebelah mata dalam UMNO

Sayap Pemuda UMNO dibawah pemerintahan tiada karisma dan tidak popular dilihat sebagai terlalu lemah untuk memenangi sokongan golongan muda. Sokongan golongan muda kepada pembangkang juga membuatkan UMNO bimbang.

“Pemimpin kami sibuk bercakap dan mempertahankan skandal lembu. Mengapa dia harus terlalu sibuk mengenai hal ini? Beliau sebenarnya kurang karisma dikalangan belia. Beliau juga bukanlah pemimpin politik yang dapat diterima. Kita sekarang sudah kehilangan sokongan daripada golongan belia nampaknya mempunyai pendirian yang bertentangan,” ujar seorang ahli UMNO muda.

Yang jelas, kebanyakkan pemimpin UMNO yang tidak effisyen dan rasuah adalah sangat kuat dengan penyokong kuat. Pemimpin yang lemah tidak ada pilihan lain selain daripada mengekalkan mereka dalam parti kerana sekiranya tidak, parti akan kehilangan sokongan yang diperlukan. Kepada generasi muda, budaya tutup sebelah mata dalam UMNO ini dilihat sebagai lapuk dan tidak effektif.

Seorang menteri yang teruk dikecam baru-baru ini telah diaporkan mengata, “beritahu saya pemimpin UMNO mana yang tiada masalah.” Kenyataan ini memberi bayangan bahawa kesemua pemimpin UMNO bermasalah- mungkin juga masalah yang sedang beliau hadapi sekarang. Sebagai orang dalam, beliau sememangnya arif mengenai kejahatan yang dilakukan pemimpin UMNO. Inilah yang dirasakan oleh golongan muda.

Golongan muda sedar akan perlakuan UMNO yang menyimpang. Skandal ternakan lembu benilai RM250 juta melibatkan syarikat yang dikait rapat dengan UMNO dan seorang menteri cabinet hanyalah sedikit daripada barah yang besar. Banyak lagi kesumbangan, skandal dan penyalahgunaan kontrak dan wang rakyat yang disembunyikan.

Pengundi muda juga menyedari bahawa ada pemimpin, seperti yang dilaporkan mendapatkan dana daripada kontraktor yang telah dianugerahkan kontrak besar. Ada laporan bahawa seorang ahli politik telah mengkreditkan dana tersebut ke dalam akaun peribadinya. Menteri itu sekarang sedang disiasat oleh SPRM. Kontrak tersebut dikatakan diberi kepada kroni yang akan menolong ahli politik tersebut.

Syarikat-syarikat kroni terus menerus mendapat kontrak yang menguntungkan-salah satu di antaranya adalah projek mega RM 36 billion Mass Rapid Transit di Lembah Kelang. Syarikat yang mendapatkannya MMC Gamuda merupakan sebuah syarikat yang rapat dengan UMNO.

Membeli peralatan pertahanan sehingga kini bukanlah pembelian yang boleh dibeli secara terus. Sentiasa ada pihak ketiga yang terlibat. Pihak ketiga ini akan memperoleh keuntungan yang luar biasa melibatkan berjuta-juta ringgit wang rakyat. Pembongkaran penyelewengan ini akan merosakkan prospek UMNO. Walaubagaimanapun, media pro kerajaan sentiasa bersengkongkol dengan pesalah untuk memberikan gambaran baik pemimpin yang terlibat.

“Apabila ramai dikalangan pemimpin UMNO yang dianggap melakukan rasuah, tiada apa-apa yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Ini telah menyakitkan UMNO,” ujar seorang bekas pemimpin Pemuda UMNO di Johor.

Bantahan dlam diam

Generasi muda tahu lebih banyak. Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index , CPI) telah jatuh untuk tiga tahun berturut-turut dibawah pemerintahan Najib. Pada dekad pertama dalam abad ini, Malaysia telah kehilangan RM 1.08 trillion (US338 billion) dalam aliran wang haram keluar – ini adalah yang keempat tertinggi dikalangan negara membangun. Pengaliran keluar wang haram ini menunjukkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Yang mentadbir negara ini lebih berminat membina imej beliau di mana berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk membayar agen luar negara membina imej baik beliau sebagai perdana menteri. Reformasi ekonomi beliau adalah lebih kepada akronim-akronim yang berbunga dan formula dan sebenarnya tidak konkrit. Model Ekonomi baru (NEM) –bersama program berkembar untuk kerajaan dan transformasi ekonomi juga tidak menunjukkan perubahan berkesan kepada ekonomi.

Apa yang dilihat oleh generasi muda adalah inflasi dan kos hidup yang tinggi. Pemberian wang oleh kerajaan yang disifatkan tidak seberapa kepada pelajar sekolah dan mereka yang berpendapatan kurang 3000 sebulan adalah semata stun politik. Ia tidak memberi impak jangkamasa panjang untuk mengurangkan kos sara hidup ataupun mengembangkan ekonomi negara.

Jurang pendapatan antara yang kaya dan miskin semakin meningkat. Prospek ekonomi untuk negara semakin suram. Orang muda yang terpelajar merasakan bahawa menambah-baik polisi kerajaan dan pengenalan kepada undang-undang baru adalah taktik untuk melindungi masalah ekonomi dan social sebenar yang dihadapi negara. Pendekatan yang diambil adalah lebih ke arah peribadi dan politik dan bukan untuk ekonomi dan negara.

UMNO dilihat oleh golongan muda sebagai sebuah parti yang tidak banyak berubah. Ianya masih lagi merupakan pemimpin UMNO yang bertanding pada pilihanraya yang lepas. Percubaan untuk mengenengahkan muka-muka baru amat sukar dilakukan. Terlalu ramai mereka-mereka dalam UMNO yang mahukan jawatan yang sedikit dalam parti dan juga kerajaan. Adalah rugi sekiranya mereka alpa dan sekiranya mereka gagal mendapatkan apa yang mereka inginkan, mereka akan menjadi penentang secara senyap dan akan mensabotaj parti. Inilah minda kebanyakkan ahli UMNO dan yang sedihnya mereka tidak akan berubah.

Golongan muda akan mengundi untuk perubahan kali ini. Mereka akan mengundi untuk parti lain selagi ia bukan UMNO atau BN. Malaysia Chronicle

Najib dijangka akan rombak kabinet, cubaan raih undi semula




KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak dijangka akan merombak semula Kabinetnya awal bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya berikutan skandal yang melibatkan sekurang-kurangnya dua menteri yang menggugat faktor terbaik Bajet 2012 yang mana Perdana Menteri mengagihkan wang tunai kepada 5.3 juta isi rumah, menurut sumber dalaman Umno.

The Malaysian Insider difahamkan, pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang-orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Najib memerlukan lebih ramai orang-orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya,” menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal yang menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.

Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membibarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda.

Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan “peperangan kerusi” untuk pilihan raya awal. “Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Sumber berkenaan turut menyatakan hanya bekas Menteri Besar Terengganu dan Ketua Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, menyatakan secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya.

“Kebanyakan menteri menjangkakan mereka akan dipilih dan menang. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan untuk bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008,” katanya menambah.

Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas setahun memerintah dan kekalahan tersebut dan menyerahkan pentadbiran kepada Najib.

Penganalisi rasmi parti berkata, Najib harus memenangi dua pertiga majoriti Parlimen atau paling kurang pun setaraf dengan margin kemenangan Abdullah. “Ianya mudah dan skandal-skandal terbaru ini tidak akan membantu.

Najib merupakan seorang yang berhati-hati,” sumber rasmi parti berkata The Malaysian Insider.

Terdapat juga pemimpin umno secara terbuka mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan daripada politik ekoran siasatan terhadap syarikat keluarganya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menyatakan syarikat terbabit tidak berkaitan dengannya, Najib, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shahrizat telah menghantar surat perletakan jawatan.

Tetapi menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan spekulasi bahawa Shahrizat harus meninggalkan parti atau parti akan turut terkesan daripada skandal berkenaan.

Umno telah dilihat berundur apabila bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan.

Jamil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk Hal ehwal Islam, menafikan dakwaan beliau dan dua pegawai rasmi agama menyalahgunakan wang zakat untuk membayar kos guaman di mahkamah bagi kes yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan audit menyatakan sejumlah RM63,650 daripada Lembaga Zakat digunakan untuk kos guaman apabila Anwar menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dikatakan telah dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan.

Contohi tindakan saya, kata Phang kepada Shahrizat

Nigel Aw

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.

NONE"Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.

"Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan.

"Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.

Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.