HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 November 2012

Peraturan am penceramah Pemuda PAS



 Oleh Nasrudin Hassan,

a] Muqaddimahkan ucapan saudara dengan lafaz salam serta diiringi dengan ucapan Tahmid dan Tasbih [memuja dan memuji Allah Jalla wa A'la] seterusnya Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw.

b] Uruti ucapan saudara dengan menyusun tertib protokol dengan takrim [menghormati tetamu dan pimpinan melalui sebutan atau gelaran yang baik berasaskan kedudukan ranking protokol dan kepimpinannya]

c] Mempertegaskan dasar dan prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS serta menjelaskan matlamat dan objektif perjuangan yang mahu dicapai . [sebaiknya saudara mengambil satu atau dua nas untuk memperkukuhkan hujjah saudara]

d] Mengemukakan isu semasa yang sesuai dengan suasana dan kedudukan politik semasa serta mengupasnya dengan baik berlandaskan fakta dan figure yang benar dan tepat.

e] Mengemukakan Tawaran PAS kepada rakyat menerusi Dokumen Negara Berkebajikan dan Tawaran Anak Muda menerusi Maqalah Ucaptama Ketua Pemuda 2012 "Mencorak Masa Depan"

f] Selingan dengan membawa pelbagai contoh yang diambil dari sejarah mahupun perkara semasa untuk menyegarkan ulasan atau kupasan ceramah saudara serta pastikan ia dipersembah dengan baik dan tersusun. Saudara boleh membawanya melalui nada bersahaja dan humor tanpa perlu menyinggung perasaan audien dan tidak keterlaluan sehingga menjejaskan kredebilliti serta akhlak saudara sebagai seorang pejuang Islam .

g] Menutup ucapan atau ceramah saudara dengan memujuk, merayu dan mengharapkan agar audien mendengar, menilai dan mengkaji kandungan ucapan saudara dengan tenang, saksama dan adil. Saudara tidak perlu memaksa dan mendesak audien untuk menerima pandangan dan hujjah yang dilontarkan. Sebaiknya saudara juga menutup ucapan dengan doa mengharapkan petunjuk Allah swt dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang serba sukar ini.

[jika saudara adalah penceramah terakhir dan penganjur tidak menyediakan individu khas untuk membacakan doa penutup]

Nota : 5 Rukun Ceramah :

1. Muqaddimah [ a ]
2. Protokol [ b ]
3. Dasar Perjuangan [ c ]
4. Isu Semasa dan Polisi [ d & e ]
5. Penutup [ f ]

Pantang Larang AM ceramah Pemuda PAS :

a] Elakkan fitnah dan dusta. jangan kemukakan fakta dan figure yang tidak sohih atau tidak benar serta tidak diketahui sumber ambilannya.

b] Jangan sekali - kali memaki hamun serta mencaci nista mana - mana pihak termasuk pihak lawan politik saudara. Sebaliknya ambil pendekatan yang lunak dan baik. [ بشروا و لا تنفروا ]

c] Pastikan saudara tidak menidakkan daya intelektual audien yang hadhir mendengar ceramah saudara apatah lagi memperbodoh dan mempersendakan mereka. Sebaliknya hargai mereka dan hormati tahap keintelektualan mereka.

d] Elakkan penampilan yang angkuh dan berlagak dalam gaya bahasa ucap dan juga bahasa badan.

Untuk mendapatkan Nilai Tambah AM buat Penceramah Pemuda PAS, saudara perlu mempelajari skil pidato awam dan juga berguru dengan veteran atau otai yang mahir serta mempelajari bagaimana penampilan di khalayak. Saudara juga sewajarnya

i] memiliki ilmu dan maklumat lengkap dalam sesuatu isu atau ilmu yang mahu disampaikan

ii] Menguasai bahasa dan laras penggunaannya pada hari ini menepati kedudukan serta tahap audien

iii] Persiapan spiritual, mental dan fizikal adalah pakej yang perlu ada pada saudara sebelum tampil di khalayak.

iv] Menghormati protokol majlis dan menepati masa kehadhiran sebagaimana yang dijadualkan agar audien tidak menanti lama.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~

Sokongan kepada PAS Johor luar biasa


Oleh Abd Shukur Harun

Semakin hampir PRU Ke-13, semakin menyerlah kebangkitan PAS Johor, negeri Muhyiddin Yassin yang bersungguh-sungguh untuk menentang PAS habis-habisan.

Laporan terkini memberi khabar gembira hampir setiap hari iaitu bertambahnya sokongan rakyat kepada PAS/Pakatan Rakyat Johor, negeri yang digahkan sebagai kubu kuat Umno selama ini.

Sabtu, 1 Disember ini akan diadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor di Dataran Rakyat Parit Saleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat dari jam 3.00 petang hingga 12.00 malam. Dijangkakan puluhan ribu orang akan membanjiri Dataran Rakyat itu untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin Pakatan negeri Johor.

Himpunan Rakyat ini dijangka akan menyerlahkan sekali lagi gelombang kebangkitan rakyat Johor dalam usaha untuk menukarkan kerajaan Umno/BN yang memerintah lebih suku abad kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Seperti yang saya katakan dulu bahawa tsunami politik Malaysia dijangka akan bermula dari negeri paling selatan, iaitu negeri Johor, kemudian akan melimpah ke negeri lain, khususnya Negeri Sembilan, dengan negeri Melaka juga dijangka akan mengalami perubahan.

Perkembangan di negeri Johor ini sangat luar biasa, di mana sebuah negeri yang selama ini menjadi benteng pertahanan Umno kelihatan telah bertukar wajah dengan mood rakyat yang mahukan perubahan disebabkan pelbagai isu besar dan kecil.

Antaranya, pengambilan tanah rakyat, pembangunan yang tidak menguntungkan rakyat tempatan, harga barangan yang melambung naik, yang tidak mampu ditanggung oleh rakyat tempatan, harga rumah yang tidak mampu dibeli oleh rakyat, sementara rumah sewa juga begitu mahal.

Bagi rakyat Johor, seperti yang saya tinjau beberapa kali di Muar, Batu Pahat, Segamat, Simpang Renggam, Labis, Gelang Patah Kota Tinggi, Endau, Mersing, dan sekitar Johor Bahru, keluh kesah mereka semakin meningkat, terutamanya harga barang keperluan harian yang melambung. Setiap hari mereka seolah-olah ‘bertanding’ daya beli dengan pembeli dari Singapura yang mempunyai dollar bernilai tinggi.

Ini bukan saja dirasai oleh penduduk sekitar Johor Bahru, bahkan sampai ke Gelang Patah, malah sampai ke Air Hitam dan daerah yang lebih jauh.

Penduduk tidak melihat ada sebarang usaha konkrit dari kerajaan Umno/BN negeri Johor untuk menyelesaikan masalah rakyat, dalam masa yang sama pemimpin politik yang berkuasa hidup bermewah-mewah.

Dalam suasana baru di negeri Johor, jika sesiapa yang datang ke negeri itu akan mendapati bendera PAS dan Pakatan Rakyat ada di mana-mana, malah hingga di ceruk kampung yang selama ini diketahui sebagai ‘lubuk Umno’. Dalam masa yang sama markas PAS besar dan kecil kelihatan begitu rancak dengan pelbagai kegitan parti siang dan malam.

Mereka benar-benar telah bersiap untuk menghadapi PRU akan datang, untuk menunjukkan PAS/Pakatan Rakyat negeri Johor mampu membuat perubahan.

Oleh itu tidak memeranjatkan apabila membaca analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.


 Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Masduki, meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai fix deposit Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat Umno, beberapa penemuan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberangsangkan.



 Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya baru-baru ini. Beliau mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.


PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut.

Pola sokongan pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.
Berdasarkan analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula, hanya 26 kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.

Kerusi-kerusi DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor ialah Buluh Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.

"Bagaimanapun kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini seperti kes RAPID di kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN Penawar dan Tanjung Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar Melayu oleh PR," tambah beliau.

Menurut pendapat saya, apa yang penting sekarang ini bagi PAS/Pakatan Rakyat Johor ialah mengekalkan momentum sokongan rakyat yang ada sekarang, bahkan meningkatkannya dan jangan sekali-sekali membuat sebarang kesilapan. Over-confidence juga tidak baik.

Saya yakin pimpinan PAS/Pakatan Rakyat Johor mampu membuat kejutan dalam PRU akan datang ini.

Khamis, 29 November 2012

HASSAN JATI KENA BIJAK MACAM EZAM SESUMPAH UNTUK CARI MAKAN

Oleh:  WFAUZDIN NS


KECOH blog-blog pro Umno kononnya akan ada beberapa orang tokoh yang telah dicampak keluar dari PAS dan tokoh yang terpinggir di dalam PAS akan mengistiharkan diri menyertai parti sekutu Apco itu.   Firasat aku, dan aku amat berharap tokoh itu salah seorangnya adalah Hassan Jati.

Jiwa Hassan Jati sekarang memang sesuai untuk Umno.  Jika beliau tidak sertai Umno pun setiap kali beliau bercakap terbau dari mulutnya bau Umno.  Maka elok sangat beliau sertai Umno kerana mungkin dengan cara itu beliau boleh bertanding di dalam PRU akan datang.  Jika tidak, beliau terpaksa bertanding di atas kapasiti calon Bebas yang mana harapan untuk beliau memberi 'sedekah' deposit nya kepada SPR amat cerah.

Jika beliau sertai Umno pula masalahnya di mana beliau akan bertanding?  Di Selangor?  Kita tahu di Selangor sekarang semua Ketua Bahagian sedang lapar mahu menjadi calon.  Mereka sanggup bertikam sesama sendiri untuk menjadi calon, masakan begitu mudah mereka mahu serahkan kerusi kepada Hassan Jati bekas pemimpin PAS yang pernah berjanji tidak akan sertai Umno itu.

Kalau Hassan Jati sertai Umno, kita patut mengadakan kenduri kesyukuran.  Ini adalah kerana kemasukan Hassan Jati akan dapat membantu PAS di mana sudah pasti perbalahan di dalam Umno akan bertambah rancak.  Kita masih ingat apabila Ezam sesumpah dianugerahkan Senator selepas menyembah lutut Umno, bukan sedikit yang merungut dan tidak puas hati.  Manakan tidak, orang yang pernah memuja memuji DS Anwar dan mengutuk rapat Umno dan Najib dahulu begitu mudah mendapat Senator.  Itulah bijaknya Ezam sesumpah memperbodohkan orang-orang lama di dalam Umno.

Kali ini tidak mustahil giliran Hassan Jati pula untuk memperbodohkan ahli-ahli yang telah sedia bengap itu.  Hassan Jati tahu, semua ahli-ahli Umno akan jadi burung belatuk jika pemimpin mereka bersuara.  Jika Najib kata Hassan Jati akan jadi calon, burung belatuk ini akan menganguk walaupun di dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.

Harapan kita, eloklah Hassan Jati umum masuk Umno secepat mungkin.  Kita simpati dengan beliau yang mungkin sekarang ini merasa resah khuatir dapor tidak berasap apabila tidak lagi menjadi Wakil Rakyat selepas ini.

Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu ‘Bagai Telur di Hujung Tanduk’. Benarkah? Fakta @ Auta?

Staff Berita Semasa 
 
Shahrizat Perhimpunan UMNO 2012 Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta?

Kalau tengok sekarang ini, bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2012 yang berlangsung sekarang ini, media arus perdana tidak kira media cetak mahupun elektronik terus memberikan liputan yang cukup meluas. Sehingga kami tertanya-tanya, UMNO ada “tanam sahamkah” kepada media-media ini?

Seperti di muktamar PAS yang lalu kami sedikit pun tidak memberikan liputan di Berita Semasa. Bagi kami itu hal parti mereka. Apa-apa masalah yang persoalan yang berbangkit. Itu hal parti tersebut. Jangan sesekali melibatkan rakyat dalam masalah parti anda. Andaikata sokongan parti merosot, salahkan diri sendiri berbanding menyalah & meletakkan “beban” masalah di bahu rakyat yang tidak menyokong.

Begitu juga dengan Perhimpunan Agong Umno 2012 kali ini….

Kami tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam Perhimpunan kali ini…..(Laporan Bernama)
Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008.
Ini masalah parti kamu, parti UMNO. Masalah politik UMNO yang berlaku sekarang ini jangan sesekali libatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Jika UMNO ada kredibiliti, Insyaallah kekuatan parti akan terus bersama anda dengan sendirinya. Itu sahaja….
Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu “akan semakin terpinggir” kemudiannya.
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
Kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, kuasa politik melayu tidak akan hilang, ia sudah termaktub dlm perlembagaan. Atas pertimbangan apa yang menyebabkan beliau berkata begini…
“Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?” katanya.
Beginilah Datuk Seri Shahrizat Jalil. Anda ini patut nasihatkan diri sendiri terlebih dahulu, muhasabah diri sebelum nasihatkan orang lain. Itu sebablah ada orang mengatakan kepimpinan melalui tauladan.

Soalan kami, macam mana kuasa ekonomi bangsa Melayu nak naik sedangkan hak penternak lembu bernilai RM250 juta pun dirampas dan dirompak oleh bangsa Melayu sendiri yang kononnya mendabik dada merekalah yang memperjuangkan bangsa Melayu. Itu baru skandal kes lembu NFC yang terbongkar, belum lagi yang lain? Ehem……

Lembu Shahrizat Jalil Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta?

Tepuk dahi kami melihat senario politik yang berlaku hari ini.
Berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan “Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan”, Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum.
“Jika Melayu bersatu, dan kuat dan mejadi tulang belakang kerajaan yang dipilih, apatah lagi jika majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, maka insya-Allah semua kaum, semua lapisan masyarakat akan dapat meraih kestabilan politik negara,” katanya. [Sumber : BERNAMA]
Dan seperti dijangka antara isu yang akan dibangkitkan adalah persoalan Melayu, kekuatan bangsa Melayu, kuasa politik Melayu hilang dan akan juga diselitkan dengan “kerisauan mereka terdapat keadaan Islam yang ada pada hari hari ini”.
UMNO : “Isu Melayu, Islam”
Kami juga suka untuk “petik” sekali lagi ingin memetik kenyataan & mengulas kenyataan Datuk Seri Shahrizat di bawah ini :
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
Owh…..nak cakap pasal kuasa politik melayu di Parlimen amat marginal? OK….Kalau cakap “kosong” atau berdasarkan persepsi, semua orang boleh cakap. Tetapi tidak semua orang mampu bercakap melalui fakta terutamanya kalangan ahli politik yang ada pada hari ini…..

Calon Melayu/Islam dari Barisan Nasional lawan calon bukan Melayu/Islam Pakatan Rakyat

  • P144 LEDANG – Hamim Samuri (BN) vs Lau Tek Hai (PKR)
  • P153 SEMBRONG – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (BN) vs Lee Sang (PKR)
  • P218 SIBUTI – Ahmad Lai Bujang (BN) vs Dr. Michael Teo Yu Keng (PKR)
  • P221 LIMBANG – Hasbi Habibollah (BN) vs Dr. Lau Liak Koi (PKR)
  • P47 NIBONG TEBAL – Tan Tee Beng (PKR) vs Datuk Zainal Abidin Osman (BN)

Calon Melayu/Islam Dari PR Lawan Calon Bukan Melayu/Islam Barisan Nasional

  • P148 AYER HITAM – Dr. Wee Ka Siong (BN) vs Hussin Sujak (Pas)
  • P151 SIMPANG RENGGAM – Liang Teck Meng (BN) vs Azhar Gombang (Pas)
  • P158 TEBRAU – Lim Bang San @ Teng Boon Soon (BN) vs Roslani Sharif (Pas)
  • P162 GELANG PATAH – Tan Ah Eng (BN) vs Dr. Zaleha Mustafa (PKR)
  • P132 TELOK KEMANG – Datuk S. Sothinathan (BN) vs Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR)
  • P94 HULU SELANGOR – Datuk G. Palanivel (BN) vs Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR)
  • P100 PANDAN – Datuk Ong Tee Keat (BN) vs Syed Shahir Syed Mohamud (PKR)
  • P111 KOTA RAJA – Siti Mariah Mahmud (Pas) vs S. A. Vigneswaran (BN)
  • P54 GERIK – Datuk Tan Lian Hoe (BN) vs Mohd. Noor Abdul Rahman (Pas)
  • P74 LUMUT – Datuk Kong Cho Ha (BN) vs Suwardi Sapuan (PKR)
  • P77 TANJONG MALIM – Datuk Ong Ka Chuan (BN) vs Mohamad Azman Marjohan (PKR)
  • P52 BAYAN BARU – Datuk Zahrain Mohamed Hashim (PKR) vs Ooi Siew Kim (BN)
  • P80 RAUB – Datuk Dr. Ng Yen Yen (BN) vs Abu Bakar Lebai Sudin (DAP)
  • P83 KUANTAN – Fuziah Salleh (PKR) vs Datuk Fu Ah Kiow @ Oh (Fu) Soon Guan (BN)
  • P124 BANDAR TUN RAZAK – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) vs Datuk Tan Chai Ho (BN)
  • P205 SARATOK – Jelaing Mersat (BN) vs Mohd. Yahya Abdullah (PKR)
  • P170 TUARAN – Datuk Wilfred Bumburing (BN) vs Ansari Abdullah (PKR)
  • P173 PUTATAN – Dr. Makin@Marcus Mojigoh (BN) vs Saukinah Yussof (PKR)
SIAPA yang mengurangkan kuasa politik Melayu di Parlimen? Mengapa Shahrizat? Mengapa? Kawasan-kawasan campuran yang mana 60% pengundi adalah Melayu, yang bertanding adalah MCA dan MIC…Siapa yang khianat kuasa politik Melayu? Tetapi apabila bercakap di dalam perhimpunan tidak selari apa yang dilakukan hari ini? Mengapa Shahrizat? Mengapa?

Itu tidak termasuk lagi persempadanan semula kawasan parlimen, kawasan-kawasan majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah

Najib Perhimpunan Agong UMNO 2012 Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta?

Walaubagaimanapun, kami cukup yakin dan percaya ini isu-isu ini akan dibangkitkan oleh kebanyakan perwakilan kerana isu ini terus diputarkan setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO 2012.

Perhimpunan Agung UMNO 2012 kali ini kami pasti memberi fokus terhadap bagaimana perwakilan membahaskan perkara-perkara yang ada hubung kait dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Masih ada masa lagi untuk memperbaiki UMNO, kurangkan mencanang parti UMNO yang patut disokong semata tetapi sepatutnya masa yang tinggal ini gunakan dengan sebaiknya untuk berikan tumpuan bagaimana cara nak mengangkat bangsa Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah yang terbaik sebenarnya. Barulah sokongan kepada UMNO akan datang dengan sendirinya.

P/S : Berpolitiklah dengan cara di zaman 2012 bukan di zaman 90an. Jika tidak anda akan ketinggalan…

YDP minta maaf kepada Karpal, sesi Dewan Rakyat berakhir


KUALA LUMPUR —  Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf kepada ahli parlimen Bukit Gelugor (DAP) Karpal Singh ekoran insiden pada tahun 2008 dalam ucapan penutup sesi Dewan Rakyat hari ini, sidang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal menjelang.

"Jadi saya rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat memohon maaf kepada Bukit Gelugor.

"Walaupun beliau tidak ada disini," kata Pandikar (gambar) yang merujuk insiden sidang pertama pengggal ke-12 pada 28 April.

Pandikar melahirkan rasa kesal kerana tidak mengetahui Karpal ketika itu sakit tangan kanannya dan terpaksa mengangkat tangan kiri semasa upacara mengangkat sumpah anggota di Dewan Rakyat.

Dalam ucapan beliau lagi, Pandikar menegaskan kuasa untuk memanggil sidang Dewan adalah terletak ke atas perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak dan membayangkan sesi kali ini mungkin yang terakhir sebelum PRU.

"Sehubungan dengan itu, sekiranya Ketua Majlis atau PM tidak memohon untuk Dewan Rakyat bermesyuarat pada Januari, Februari, Mac atau awal bulan April maka bagi saya persidangan ini adalah yang terakhir sebelum PRU Ke-13.

"Oleh yang sedemikian saya berterima kasih kepada semua yang berhormat yang telah memberikan kerjasama sejak awal 2008 hingga Disember tahun ini," kata Pandikar lagi.

Sebaik sahaja Pandikar menamatkan ucapan, ahli parlimen kedua-dua belah pihak daripada kerajaan dan pembangkang menyampaikan ucapan penghargaan kepada YDP di atas khidmatnya sepanjang di Dewan Rakyat.

"Saya mewakili Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), ingin mengambil peluang ini melahirkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDP sepanjang perkhidmatan di Dewan ini.

"Kalau ada yang terlepas cakap dan pandang, kami mohonkan kepada YDP untuk maafkan kami," kata ahli parlimen Tangga Batu (Umno), Datuk Idris Haron.

Selepas ucapan Idris, wakil ahli parlimen daripada pembangkang juga memberikan ucapan penghargaan sama kepada YDP atas khidmatnya membimbing Dewan Rakyat.

"Saya mewakili pihak disebelah disini, saya ucapkan jutaan terima kasih ke atas YDP dalam membimbing Parlimen Ke-12 selama lima penggal ini.

"Karenah-karenah ini boleh berlaku dimana-mana sahaja, sudah tentu ia boleh menguris setengah pihak. Jadi saya meminta maaf juga kepada YDP dan pihak disebelah sana," kata MP Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.

Turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Pandikar adalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Pandikar merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Pelantikan Pandikar sebagai YDP dibuat mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dicadangkan oleh Perdana Menteri yang hanya mengemukakan satu nama bagi jawatan itu kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Roosme Hamzah melalui surat bertarikh 10 April 2008.

Pandikar Amin yang berkelulusan undang-undang sebelum ini pernah dilantik sebagai Senator dan juga merupakan Presiden Parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar Bersatu) yang kini sudah dibubarkan.

Geran Selangorku Dipastikan Sampai Ke Tangan Rakyat




SHAH ALAM : Proses permohonan dan kelulusan Geran Selangorku diperketatkan untuk memastikan kesemua dana itu sampai kepada rakyat dan bukannya disalurkan kepada orang tengah, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, dengan cara itu, rakyat akan mula memberi sepenuh kepercayaan kepada ketelusan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

“Kita buat konsep ini kerana kita dapati walaupun Kerajaan mempunyai geran, tetapi ia disalurkan kepada orang tengah.

“Orang tengah akan gunakan duit bukan sahaja untuk pelaksanaan tetapi ada kos di sebaliknya. Oleh sebab itu, kita ingin mula kurangkan itu supaya mereka boleh diukur tugasnya.

“Kita akan buat laporan berapa banyak perkara yang dilakukan oleh Geran Selangorku untuk tahu siapa yang dapat.

“Dengan cara itu rakyat akan mula memberikan kepercayaan kepada kita yang setiap ringgit duit rakyat digunakan sampai kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan lisan daripada Gan Pei Nei (DAP-Rawang) berhubung aduan segelintir pihak yang sukar memohon Geran Selangorku daripada Kerajaan Negeri.

Tambah Abdul Khalid, program infrastruktur menggunakan lebih 80 peratus daripada peruntukan Geran Selangorku, sementara program kebajikan kepada bekerja (workfare) hanya digunakan dalam skala kecil sahaja.

Beliau berkata, peruntukan yang masih belum habis digunakan akan diteruskan sehingga tahun depan.

Katanya, bagi membuktikan pelaksanaan Geran Selangorku dibuat secara telus, segala maklumat tentang penggunaan serta permohonan dimasukkan ke dalam laman web supaya perkembangannya diketahui semua pihak.

“Saya telah meminta penjawat awam menubuhkan jawatankuasa untuk menentukan keutamaan permintaan supaya kita berlaku adil terhadap geran dan penggunaan dana tersebut.

“Geran Selangorku adalah pemangkin di mana hasilnya digukana untuk kepentingan orang ramai berasaskan konsep hasil negeri untuk rakyat,” katanya lagi.

Jingga 13 Dedah Delegasi Israel Hadir Persidangan Gas Sedunia Di Kuala Lumpur




SHAH ALAM: NGO Jingga 13 hari ini mendedahkan bahawa delegasi dari Israel telah menghadiri Persidangan Gas Sedunia (WGC) yang diadakan di Kuala Lumpur Jun lalu.

Jingga 13 mendakwa terdapat bukti dalam senarai pendaftaran delegasi ke persidangan itu yang menunjukkan nama delegasi dari Israel.

Dalam daftar senarai delegasi WGC yang ditunjukkan kepada media didapati Pengurus Pembangunan Komersial LNG dari syarikat Noble Energy, Doorneweeret, Hans Peter merupakan salah seorang delegasi Israel yang hadir.

Demikian menurut Ketua Kordinator Jingga 13, Fariz Musa dalam sidang media yang diadakan di lobi Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor hari ini.

“Kami desak Wisma Putra dan Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini.

Kerana ia bertentangan dengan dengan solidariti rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan tidak mahu sebarang hubungan diplomatik dengan Israel,” kata Fariz.

Jingga 13 juga mencabar kerajaan, Petronas dan MGA untuk mendedahkan maklumat sebenar senarai delegasi khususnya selepas 15 April 2012.

Fariz juga mendakwa MGA pernah menulis surat kepada persatuan gas di Israel bagi merayu sokongan mereka terhadap pencalonan Naib Presiden Urusniaga Gas Petronas, Datuk Abdul Rahim Hashim bagi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012.

Kenyataan ugutan Shahrizat bayang ketakutan

Harakahdaily,


TEMERLOH: PAS menyifatkan kenyataan berbentuk ugutan dan hasutan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai ketakutan yang jelas di pihak Umno untuk berdepan dengan pilihanraya.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kenyataan Shahrizat jelas berupa ugutan kepada rakyat Malaysia dan meminta polis bertindak segera.

“Dan dalam sistem demokrasi berparlimen, kenyataan tersebut adalah sangat tidak wajar,” kata beliau.

Tuan Ibrahim turut menyangkal bahawa perubahan kuasa politik dan kejatuhan Umno di PRU13 akan menggugat kedudukan orang Melayu di Malaysia.

“Ini kerana yang akan menggantikan Umno ialah PAS yang juga terdiri dari orang Islam yang kebanyakannya Melayu. Kenyataan beliau jelas menggambarkan ketakutan Umno yang berhadapan dengan PRU akan datang,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka semalam.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Keadaan itu ujarnya dibimbangi akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menyelar kenyataan Shahrizat yang disifatkkannya 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.


(Shahrizat dalam Himpunan Agung Umno semalam. Foto The Star)

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.

Ahli parlimen Pokok Sena itu turut meminta PAS di semua peringkat membuat laporan polis berhubung kenyataan shahrizat yang disifatkan 'bahaya' itu.

"Oleh yang demikian saya mewakili pimpinan PAS mengarahkan semua peringkat parti untuk membuat laporan polis di seluruh negara atas kenyataan Shahrizat itu.

"Kita minta pihak polis mengambil tindakan segera sebagai tindakan mencegah, sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.

P’raya lebih telus jika ada pemerhati antarabangsa

Salmiyah Harun,


KUALA LUMPUR: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang hanya mengundang pemerhati negara Asean untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, terus dipersoal.

Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli berkata, SPR tidak perlu bimbang jika mereka membuka peluang kepada pemerhati antarabangsa untuk memantau PRU negara ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, berkata, dengan memanggil pemerhati antarabangsa sebenarnya akan memperkayakan sistem pilihan raya negara ini yang telus di mata dunia.

"Apa yang SPR takut? Kita sepatutnya buka kepada antarabangsa dan buka kebenaran kepada sesiapa sahaja.

"Kalau kita, kononya guna media yang bebas, sistem yang adil, lantai yang sama rata, kenapa perlu takut?" katanya dalam sidang media.

Beliau tidak menolak usaha SPR memanggil pemerhati Asean bagaimanapun usaha ini boleh diperluaskan ke negara antarabangsa.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan adalah tidak wajar menjemput kerajaan asing datang campur tangan dalam urusan menentukan proses pemilihan kerajaan di negara ini.

Beliau berkata demikian setelah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta SPR mengundang kerajaan Australia sebagai pemantau bebas bagi memastikan pilihan raya nanti bebas dan adil.

"Motif Ketua Pembangkang ialah untuk menanamkan satu perasaan simpati, yang mereka (parti pembangkang) adalah 'underdog' di kalangan para penyokong, rakyat am khususnya pengundi atas pagar dan pihak luar. Ini adalah rangka dan agenda perancangan yang rapi.

"Motif kedua Anwar ialah untuk mendapat tarikan dan simpati dunia dan pihak antarabangsa supaya tekanan demi tekanan akan datang untuk Malaysia," dakwanya.

Pampasan RM207 bilion: Perwakilan PAU diminta bangkit

Harakahdaily,


IPOH: Pemuda PAS mencabar perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) membangkitkan isu pampasan RM207 bilion untuk mangsa keretapi maut jika benar parti itu memperjuangkan hak orang Melayu.

Ini kerana, selepas lebih lapan tahun wang itu diterima kerajaan, sehingga kini wang pampasan dari kerajaan Jepun itu tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

"Kami sekali lagi mencabar perwakilan Umno untuk membangkitkan persoalan ini di dalam ucapan-ucapan mereka di dalam POU 2012!" kata Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan mangsa atau waris yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut di Nong Pladuk di Kanchanaburi, Thailand ke Thanbyuzayat di Burma (kini Myanmar).

Landasan itu dibina sepanjang tempoh 1942 hingga 1946 yang melibatkan rakyat Malaysia dan hampir 70 peratusnya adalah berbangsa Melayu masih belum mendapat pembelaan.

Landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dibina selepas penaklukan negara Jepun di Tanah Melayu dan Singapura dahulu.

Sebagai tanda kekesalan, kerajaan Jepun telah membayar wang itu sebagai pampasan kerana memaksa penduduk negara ini terlibat dalam pembinaan landasan itu.

Namun, walaupun diterima pada tahun 2004 lalu, sehingga kini wang itu tidak diserahkan kerajaan kepada mangsa atau waris.

"Dewan Pemuda PAS  tertunggu ucapan di dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) Malaysia 2012 kali ini yang akan membangkitkan keluh kesah rakyat negara ini kerana yang pernah terlibat menjadi mangsa seramai 72,000 orang," kata Raja Iskandar (gambar).

Ini bermakna Umno yang dikatakan membawa slogan ‘Janji Diterpati’ perlu memastikan pampasan yang telah diberikan oleh kerajaan negara Jepun pada tahun 2004 perlu diberikan kepada mangsa ataupun waris keluarga yang terlibat.

"Kami mendesak Umno yang menjadikannya sebagai teras membela bangsa Melayu membawa isu besar ini yang masih tiada kesudahan jika benar-benar ingin mengotakan janji-janji mereka," katanya.

Apa yang telah didedahkan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam Dewan Rakyat tempohari berkaitan sejumlah pampasan RM207 Bilion menjadi  persoalan sehingga kini yang masih tidak terjawab, tambah beliau.

"Persoalan kami, dimanakah ‘wang darah’ yang telah diserahkan oleh kerajaan negara Jepun tersebut sebagai pampasan kepada semua mangsa dan juga waris keluarga mereka yang terlibat sebagai buruh paksa ketika itu?

"Kenapakah Kerajaaan Malaysia tidak menjawab persoalan ini termasuk di dalam Dewan Rakyat sehingga kini?

"Kami mendesak mana-mana perwakilan Umno membangkitkan perkara ini," katanya.

Jesteru, jika tiada mana-mana perwakilan yang berani untuk membawa isu ini, terbukti Umno tidak mampu membela rakyat yang tertindas dan juga gagal menepati janji-janji mereka selama ini yang telah lebih 55 tahun memerintah negara, tegas beliau.