Oleh Sakmongkol
Kerajaan
kita sedikit demi sedikit menunjukkan bahawa ia nya sebuah kerajaan
yang tidak boleh dipercayai. PM Najib is deceiving the people through
his backpedalling. Jika pemimpin nya sudah demikian, kerajaan yang
dipimpin nya akan dilihat oleh rakyat sebagai kerajaan yang berdusta.
Memang
benar BN menang 133 kerusi parlimen dan oleh kerana system pemilihan
kita seperti yang ada sekarang, maka BN jadilah kerajaan. Tapi dia
jangan lupa, dari segi moral nya, BN kalah kerana mereka hanya dapat 47%
dari undi popular. Dalam bahasa mudah- walaupun puak BN mahu berhujjah
sampai muka naik biru dan kerbau lembu pulang petang- PR lebih popular.
Kerajaan yang memekakkan telinga kepada suara majority akan kecundang
akhirnya.
BN boleh berjanji kerana ada kapasiti. Mereka menguasai
kerajaan dan bolehlah berjanji apa sahaja. Janji PR adalah janji dengan
syarat PR menang jadi kerajaan. Perbezaan ini tentulah mudah untuk
fahami tapi oleh kerana ahli dan pemimpin UMNO terdiri dari orang2
bodoh, tentulah perbezaan yang paling basic ini tidak boleh difahami.
Yang kata pemimpin UMNO bodoh ialah Dr Mahathir.
Rakyat bertambah
marah kalau mengelirukan mereka. Tidak boleh melakukan janji boleh lagi
diterima. Tapi dipermainkan, sukar rakyat terima. Sebagai contoh- memang
benar PM Najib kata dia tidak akan turunkan harga minyak seperti yang
ditawarkan oleh Pakatan Rakyat. Dia tidak akan melakukan perkara
‘sebodoh' itu. Tapi dia janji TIDAK akan naikkan harga minyak. Nah-
sekarang, ron95 berharga RM2.20 dan disel RM2.00.
Yang menyebabkan
rakyat bertambah naik darah, ialah cara kerajaan menerangkan kenaikan
harga minyak. Kami bukan naikkan harga, kami kurangkan sabsidi. Sebab
rakyat miskin yang menikmati sabsidi yang diberi keatas minyak disel dan
ron95 hanya 33% dari penerima. Yang lebih nya orang kaya, yang pakai
banyak kereta. Yang ambil keempatan sabsdi disel ialah tauke2 bot dan
peniaga kaya.
Mari kita lihat kedangkalan hujjah kerajaan.
Dalam
parlimen, timbalan menteri kewangan bersyarah panjang lebar menerangkan
jumlah sabsidi keats minyak yang diberi. Jika kerajaan tak beri sabsidi,
harga ron95 adalah sekitar RM2.70 sen. Sekarang ron95 hanya RM2.20.
mana ada naik?
Ahmad Maslan kalau cakap kepada penyokong UMNO
bolehlah. Yang hairan nya, penyokong UMNO ini tidak sedar kah- mereka
pun kena bayar harga yang lebih tinggi. Bagaimana ia nya tinggi?
Bila
rakyat pergi membeli minyak distesyen pam-mereka takkan berhenti
sejenak dan melakukan perdebatan dalam minda bahawa sebetulnya, harga
minyak tak naik. Yang dikurangkan ialah sabsidi. Pembeli tidak ada masa
berbahas dalam kepala mereka mengatakan bahawa kalau tidak ada sabsidi,
harga ron95 sebenarnya RM2.70sen atau seumpamany.
Bila kita sebagai
pengguna dan pembeli pergi sestesyen minyak apa kita fikir? Kita akan
fikir: sebelum x haribulan, harga disel RM1.80 dan ron95-RM2.00. selepas
x haribulan, harga disel jadi RM2.00 dan ron92- RM2.20. hraga naik 20
sen. Itu sahaja. Tak ada perdebatan dalam kepala mengenai sabsisdi atau
apa.
Rakyat bukan ada masa untuk berfalsafah mengenai sabsidi atau
bukan-sabsidi. Kepada mereka, selepas x haribulan, harga disel dan ron95
naik. Dan menyusuli kenaikan harga minyak ialah kenaikan harga barangan
dan perkhidmatan.
Kerajaan telah memberi sabsidi. Semasa sabsidi
diberi rasional nya ialah membantu rakyat biasa. Ketika itu pemberian
sabsidi diangagap sebagai suatu pengorbanan bersar oleh sebuah kerajaan
yang bertanggung jawab dan menjaga rakyat seperti BN. sekarang, sabsidi
dikurangkan kerana kerajaan kata mengikut kajian, yang menikmati faedah
sabsidi ialah orang2 kaya. Orang tak kaya hanya 33%.
Soalan: jadi
sebab utama sabsidi dikurangkan ialah untuk menghukum orang kaya?
Kerajaan iri hati kepada orang kaya ke? Bukankah kerajaan ini sebuah
kerajaan yang pro bisness? Jadi oleh kerana kita tidak mahu orang kaya
menikmati faedah dari pemberian sabsidi melalui harga minyak yang
rendah, kita hukum mereka dengan mengurangkan sabsidi? Tapi jangan lupa,
sementara kita hukum yang kaya tadi, yang miskin juga yakni yang 33%
lebih itu pun turut sama dihukum. Mereka pun kena bayar harga minyak
yang sudah naik.
Kalau rasional kerajaan ialah menyekat yang kaya
atau dalam pengucapan timbalan menteri kewangan- yang pakai BMW, Audi,
Mercdes, Alphard, Vellfire dan kereta mewah yang lain dari menikmati
harga minyak yang rendah, biarkanlah yang 33% itu membeli nya pada harga
yang berbeza. Bukan begitu? Hukumlah yang kaya sahaja. Yang 33% itu
jangan dizalimi. Biarkan rakyat biasa membeli pada harga lama?
Kalau nak menipu, tengok dan kaji sama ada pendengar itu sebodoh yang kerajaan sangkakan.
Rasional
sebenar pengurangan sabsidi ialah sebahagian dari langkah penjimatan
kerajaan untuk mengekang bajet deficit. Tahun 2013 ini, hutang kerajaan
saya yakin sudah mencecah RM546 bilion. Jika di campur dengan tanggungan
kontinjensi yang bernilai lebih dari 100 billion- hutang sector awam
yakni kerajaan sudah melebihi 600 billion. Ini sudah melampaui tahap
55% daripada GDP kita. Kerajaan tidak cekap mengurus perbelanjaan dan
pendapatan negara.
Jadi isiu yang lebih pokok bukanlah pencanangan
pengurangan sabsidi sebagai langkah menyekat orang kaya menikmati
sabsidi. Janganlah kerajaan melaga dan mengadu domba pertelingkahan
antara klas miskin dan klas kaya dalam negara in. negara kita bukan ada
perperangan klas( class war) antara kaya dan miskin. Isiu pokok sekarang
ialah incompetence kerajaan mengurus ekonomi.
Tapi inilah kerja
kerajaan kita. Mencari jalan bagaimana menanam rasa curiga dan syak
wasangka untuk menutup incompetence mereka dalam mengurus dan mentadbir
negara.
Isiu yang lebih pokok ialah bagaimana kerajaan melakukan
penjimatan. Kalau penjimatan itu objektif yang lebih besar, maka
sepatutnya langkah yang lebih berkesan ialah mengekang punca
perbelanjaan besar yang lain. Dimana perbelanjaan yang lebih besar?
Antara nya- pampasan kepada syarikat yang menngendali TOL. Kenapa kita
beri mereka pampasan dan pada masa yang sama, kita benarkan mereka
menaikkan bayaran TOL?
Lebih baik kerajaan ambil alih tol dan segala
kutipan TOL di salurkan kepada sebuah institusi ala trust fund nasional.
Hasil tol digunakan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam
aturan hari ini, semua hasil pergi kepada syarikat pengendali bukanya
kepada rakyat.
Warga asing dalam negara kita menghantar RM20 billion
setahun kenegeri asal. Mereka buat duit dalam negara tapi hantar
kenegeri mereka. Apa pasal tidak belanja dalam negara? Itu penghantaran
dari perkerja yang sah. Penghantaran dari pendatang tanpa izin
bagaimana? Lebih kurang RM20 billion setahun juga.
Ertinya ada RM40
billion mengalir keluar dari negara kita setahun.
Berapa penjimatan
dari penarikan sabsidi keatas ron95 dan disel? Untuk tahun 2013,
RM1.1billion. untuk tahun depan RM3.3 billion. Jika kerajaan membenarkan
hanya 50% boleh dihantar pulang, akan ada RM20billion lebihan dalam
negara kita.
Itu belum lagi kita cakap mengenai pembatalan projek2
mega dan ketirisan akibat rasuah dan pengaliran wang secaar haram keluar
negara. Kita cerita itu pada lain masa. Sekian walla hu ‘alam bissawab.