HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Mac 2016

LEKAS laksana sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya mulai esok

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SEREMBAN:  Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya mulai 12 tengah hari esok.
 
LEKAS dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pengguna yang memasuki enam plaza tol lebuh raya itu, iaitu Kajang Selatan, Semenyih, Pajam, Mantin, Setul dan Ampangan sebelum pukul 12 tengah hari esok, di beri tempoh untuk bayaran tunai semasa keluar dari lebuh raya sehingga pukul 12 tengah malam, 3 Mac.
 
"Ini selepas mengambil kira para pengguna yang berhenti di kawasan rehat dan rawat atau meletakkan kenderaan dalam tempoh yang lama di kawasan lebuh raya.
 
LEKAS juga akan mengedarkan sebanyak 50,000 kad Touch 'n Go secara percuma yang mana pengguna cuma perlu membayar nilai kredit minima berdasarkan kelas kenderaan masing-masing," kata kenyataan itu.
 
Bagi melancarkan operasi, kemudahan Lorong Tambah Nilai dan penjualan kad Touch 'n Go di LEKAS akan beroperasi selama 24 jam serta penempatan kakitangan di lorong bagi membantu mereka yang menghadapi masalah.
 
Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui kesemua plaza tol bagi melancarkan perjalanan.
 
 

Pendedahan terbaru WSJ: Najib terima RM4.2 bilion, bukannya RM2.6 bilion

tony arab

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Akhbar The Wall Street Journal hari ini mendedahkan wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak berjumlah lebih dari USD1 bilion (RM4.2 bilion) dan bukan sekadar USD681 juta (RM2.6 bilion).

Sehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata Perdana Menteri perlu menolak dakwaan akhbar Amerika Syarikat itu dan menerangkan butirannya kepada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia jika ia adalah laporan yang dituduh palsu dan berniat jahat seperti didakwanya sebelum ini.

“Najib perlu memberi butiran jelas mengenai wang itu, lebih-lebih lagi WSJ mengatakan sumber maklumat itu datang dari dua negara yang sedang menyiasat skandal kewangannya.

“Malah, laporan WSJ mengatakan wang itu berasal dari 1MDB – dan bercanggah dengan kenyataan Peguam Negara bahawa ia diderma oleh kerabat diraja Arab Saudi,” katanya di sidang media di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mencadangkan Najib untuk mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan jika dakwaan itu tidak benar, termasuk membuat saman kesalahan fitnah di Amerika Syarikat.

“Jika tindakan tidak boleh diambil terhadap WSJ di Malaysia, maka beliau boleh lakukannya di Amerika Syarikat. Kenapa beliau tidak saman WSJ?” katanya.

WSJ mendakwa Najib menerima lebih dari AS$1 bilion dalam akaun peribadinya, termasuk wang AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang didakwa telah ‘dibersihkan’ Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dengan mendakwa ia adalah sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Tony berkata, Apandi pula perlu menerangkan sumber dan ke mana perginya baki wang AS$1 bilion itu kerana beliau sebelum ini hanya menyebut perihal AS$681 juta.

“Apandi perlu menerangkan bagaimana wang sebanyak itu boleh dideposit ke dalam akaun peribadi Najib. Jika sebelum ini ia kononnya datang dari penderma Arab Saudi, mungkinkah kali ini ia datang dari penderma Pakistan?” katanya.

Beliau berpendapat sudah tiba masa Apandi membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima bantuan badan kehakiman bagi mendedah kebenaran berhubung skandal melibatkan Perdana Menteri itu. – Roketkini.com


Pendapatan Petronas Jatuh 56 Peratus! Pakar Ingatkan Supaya Bersedia Dengan Harga Minyak Dunia US$20!



Pendapatan Petronas Jatuh 56 Peratus! Pakar Ingatkan Supaya Bersedia Dengan Harga Minyak Dunia US$20!


harga minyak dunia


Bisnes dan perniagaan emas hitam hari ini aka petroleum cukup “brutal” disebalik permainan politik terutamanya kartel minyak padang pasir seperti Arab Saudi yang berusaha keras untuk mengekalkan kuasa pasaran minyak mentah di dunia.

Lebih-lebih lagi sasaran Arab Saudi adalah syarikat carigali minyak di Amerika.
Akibatnya, ia membuatkan lebih ramai pemain industri minyak terduduk dan merasai bahangnya termasuklah Petronas.

Sejarah telah mencatatkan harga minyak dunia hari ini sebagai antara yang paling buruk dalam sejarah harga minyak dunia. Harga minyak dunia jenis crude telah jatuh mendadak sebanyak 70 peratus sejak pertengahan tahun 2014 lagi kepada sekitar 30 dollar setong hari ini. Dalam tempoh 30 tahun terakhir, harga minyak dunia dicatatkan berlkau kejatuhan sebanyak 4 kali iaitu:
  1. Pada tahun 1986
  2. Tahun 1998
  3. Tahun 2008
  4. Dan sekarang ini…..
Persoalannya adakah akan berlaku pemotongan pengeluaran minyak di pasaran minyak mentah dunia? Wakil kartel minyak Arab Saudi merangkap Menteri minyak Arab Saudi Ali Al-Naimi :
“Ia sama sekali tidak akan berlaku”
Ini kerana Arab Saudi berharap dengan kejatuhan mendadak harga minyak dunia akan menyebabkan lebih banyak syarikat minyak Amerika ditutup gara-gara tidak mampu bertahan dengan keuntungan yang mereka perolehi dengan kos yang terpaksa yang ditanggung mereka. Selama mana? Tidak pasti…

Situasi bertambah buruk hari ini. Lain yang dirancang Arab saudi dengan melambakkan minyak mentah di pasaran dunia supaya harga terus jatuh dan jatuh sehingga memberikan tekanan yang cukup hebat kepada syarikat minyak dari US, lain pula yang terjadi.

Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ini syarikat minyak US lebih banyak dilihat “berdiam diri” tanpa berbuat apa-apa dalam erti kata lain bertahan selagi mana yang boleh dengan mencari jalan untuk mengurangkan kos operasi masing-masing.

Keadaan Sebenar Lambakan Minyak di Pasaran VS Kejatuhan Harga Minyak Dunia?

 

  1. Masalah bertambah parah apabila sekatan terhadap Iran telah dihapuskan sehingga membolehkan Iran mengeluarkan sejumlah 400,000 tong minyak sehari.
  2. Di negara barat sahaja, terdapat sejumlah 3,000,000,000 tong minyak dalam simpanan mereka
  3. Ditambah dengan tambahan 1.1 juta tong minyak sehari yang dijangka berada dalam simpanan untuk tahun 2016 ini.
  4. Berdasarkan data yang diperolehi daripada EIA, Pengeluaran di Amerika Syarikat sahaja sudah mencecah 9 juta setong
Dan pakar-pakar minyak dan ekonomi telah mengingatkan sekali lagi seriring dengan peringatan Goldman Sach dan juga Citibank yang mana pemain industri minyak haruslah bersedia untuk berhadapan dengan kejatuhan harga minyak dunia yang lebih kejam daripada yang kita lihat hari ini iaitu, US$20 setong.

KLIK SINI : Punca Harga Minyak Dunia Jatuh dan Turun? Terkini, Goldman Sachs Jangka US$20 Setong?

Apa sahaja kemungkinan bakal berlaku dengan data yang diperolehi hari ini.

Berita terkini mengenai laporan kewangan Petronas mencatatkan, keuntungan bersih Petronas telah jatuh sebanyak 56 peratus menjadi hanya RM20.9 bilion. Petronas menjangkakan tahun yang cukup mencabar bagi tahun 2016 dan juga tahu 2017 apabila mengunjurkan harga minyak dunia jenis Brent akan berada sekitar 30 dolar setong pada tahun ini.

P/S : Samada akan ada pekerja dan kakitangan Petronas kena buang atau dikekalkan ataupun kena potong gaji, dapat bonus Petronas atau tidak, dan juga butiran penstrukturan tenaga kerja Petronas akan diumumkan dalam masa terdekat ini.


Khalid nasihat Tun M lebih tumpu isu rakyat

 
Beliau menghormati apa saja keputusan Dr Mahathir kerana bekas Perdana Menteri lebih matang berpolitik. 


khalid


PUTRAJAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kurangkan berpolitik sebaliknya menumpukan kepada pembangunan dan isu rakyat.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, walaupun beliau menghormati apa sahaja keputusan Dr Mahathir namun bekas Perdana Menteri itu perlu kurangkan bermain politik.

“Saya berharap, pada masa depan ialah kita kurangkan berpolitik dan menumpukan banyak usaha untuk pembangunan rakyat,” katanya ketika diaju soalan pemberita mengenai tindakan Dr Mahathir keluar UMNO.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu ditemui di Kementerian Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Khalid, bekas ahli PKR yang dipecat itu berkata, Dr Mahathir berhak untuk memilih haluan politiknya memandangkan mantan Perdana Menteri itu sudah masak dengan politik negara.

“Saya tidak akan mencampuri tentang apa-apa yang dilakukan. Saya rasa itu keputusan dia, kalau dia buat keputusan itu (sertai parti pembangkang), baguslah untuk dia,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir bercadang membentuk ‘kumpulan’ untuk ‘membebaskan’ negara daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘Betul atau salah, saya bersama ketua saya’

 
Kesetiaan pada presiden parti mengikat UMNO daripada terlerai, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz.


Nazri Aziz


KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz berharap Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meninggalkan UMNO bersama pemberontak lain.

Perkara utama dalam UMNO, menurut Nazri, adalah kesetiaan kepada presiden, yang beberapa kali terbukti menyelamatkan parti itu.

Mengimbau kembali perjalannya bersama UMNO sehingga hari ini, Nazri menjelaskan sejarah parti Melayu itu penuh rencam pergolakan dan gelora, antaranya pemecatan Datuk Harun Idris oleh Presiden UMNO Tun Hussein Onn, dan runtunan pertelingkahan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin lain seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ahli Umno dah orang kata dah ‘kutai'(biasa) dah benda ni,” ujar Nazri.

“Yang penting jaga parti itu ja. Apa berlaku kita pastikan Umno tak hancur.”

“Dulu saya kawan Anwar Ibrahim, dia ketua pemuda saya, saya penyokong kuat dia.

“Tapi bila Mahathir bergaduh dengan dia, kita pegang (sokong) Mahathir, sebab tu parti selamat. Lepas tu dia (Mahathir) buat ke Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi), saya tak peduli dia dah saya jaga Pak Lah.”

“Dia (Mahathir) ni kaki gaduh. Kalau kita ikut dia, mati kita.

“Saya cukup confident Umno okay. Takkan biarkan individu mempengaruhi hancurkan pimpinan Umno sepertimana yang cuba dilakukan Muhyiddin, Shafie, Mukhriz dan Mahathir sekarang ni. Saya harap mereka keluar partilah,” katanya kepada FMT dalam satu wawancara Ahad lalu.

Mahathir semalam mengisytihar keluar parti buat kali kedua sejak 2008 dan berharap Muhyiddin menyertai beliau membentuk satu “kumpulan teras”.

Anaknya, Mukhriz, dijangka akan mengikut langkah bapanya, menurut pimpinan UMNO dan penganalisis.

Nazri turut mencucuk Muhyiddin dengan menzahirkan rasa ‘kagum’ pada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohammed yang bingkas pertahan ketuanya sebaik digantung MT.

“Muhyiddin kena belajar dengan dia (Ismail). Dia pertahankan ketua. Saya tak nak marah dia. Itu kita buat zaman Mahathir dulu, walaupun banyak benda salah kita defend (pertahankan).”

“Kita jangan ambil tindakan kepada dia. Kita faham dia makan dari tangan Muhyiddin. Dari semangat dan kesetiaan kepada ketua itu bagus; jangan marah dia. Saya admire (mengkagumi) dia.”

Negara 'musnah' kerana pemimpin politik lalai

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemimpin politik hari ini dilihat gagal meletakkan perpaduan dan kemajuan bangsa serta negara sebagai keutamaan akibat terlampau mementingkan perjuangan peribadi, demikian pendapat Prof Dr Mansor Mohd Nor.
 
Ketua Kluster Perpaduan Nasional itu berkata demikan mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno sebagai tanda protes terhadap kepimpinan presidennya, Datuk Seri Najib Razak, pada Isnin.
 
Tambah Mansor, mutakhir ini isu demi isu ditimbulkan namun tiada penyelesaian tuntas diambil hingga menyebabkan parti-parti yang terlibat goyah dan tidak fokus kepada usaha menabur bakti kepada rakyat.
 
"Semenjak zaman reformasi hingga ke hari ini, saya perhatikan masyarakat Melayu bukannya mahu membina negara atau kepentingan kita bersama. 
 
"Namun dilihat seperti mahu menghancurkan negara dan kepentingan bersama. Sebab kita tidak jumpa penyelesaian ke atas masalah yang kita hadapi dan gagal berbincang masalah. Akhirnya kita bertindak melahirkan serpihan demi serpihan dalam parti," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Mahathir ketika mengumumkan dirinya keluar Umno beralasan Umno bukan lagi sebuah parti, sebaliknya kini 'diubah' untuk menjadi parti yang mempertahankan Najib sebagai presidennya.
 
Ini bukan kali pertama Mahathir mengumumkan keluar parti, kerana pernah berbuat demikian pada 2008 juga sebagai tanda protes terhadap pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
 
Minggu lalu juga senario politik negara tegang apabila Umno mengambil tindakan menggantung jawatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno apabila gagal menjalankan tugas membantu Presiden dan parti.
 
Mansor, turut menyebut Pakatan Harapan (PH) yang padanya berdepan dengan perbalahan sesama parti komponennya.
 
Umum mengetahui hubungan DAP dan PKR berada keadaan tegang buat masa ini akibat tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memecat dua ADUN PKR daripada jawatan pengarah di dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang.
 
Keputusan itu dibuat selepas dua ADUN itu tidak menyokong usul kerajaan negeri pada sidang DUN November lalu untuk menebus guna tanah pinggir laut, yang membuatkan Guan Eng berang.
 
Tindakan Guan Eng ditegur Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang kemudiaanya menambah burukkan lagi pergeseran antara PKR dan DAP.
 
Mengulas perkembangan itu, Mansor bertegas masyarakat Melayu adalah yang paling terkesan akibat perbalahan politik yang tidak berkesudahan ini.
 
"Politik bertujuan membangunkan sesuatu, membina kekuatan dan perpaduan serta kemajuan. Kalau begini, apakah matlamatnya? 
 
"Tidak kira parti politik mana pun, termasuklah dalam kes Umno, apabila berlakunya perpecahan, jika tidak boleh duduk berbincang cari penyelesaian dan mengikat kembali, mana-mana parti akan hancur," katanya lagi.
 
 

Perjumpaan dengan Mahathir positif, kata Lim Kit Siang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tun Mahathir Mohamad mengadakan rundingan dengan Lim Kit Siang yang dilihat sebagai cubaan mantan perdana menteri itu untuk mencari kesepakatan dengan DAP untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
Lim mengesahkan pertemuan itu yang dipercayai berlangsung semalam sebelum Mahathir mengumumkan beliau keluar untuk kali kedua daripada Umno.
 
Dalam perkembangan berkaitan hari ini, Mahathir sekali lagi menegaskan beliau tidak berhasrat menyertai mana-mana parti pembangkang atau menubuhkan parti baru.
 
Bagaimanapun, Lim menyifatkan pertemuannya dengan Mahathir sebagai “positif’ dalam merungkai kemelut politik negara namun enggan menghurai lanjut hasil perjumpaan itu.
 
"Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan Mahathir mengenai keadaan negara,” kata Lim.
 
Lim sekali lagi menegaskan usaha DAP adalah tertumpu kepada gerakan Selamatkan Malaysia dan bukan setakat menjatuhkan Najib.
 
Pendirian itu dilihat bertentangan dengan agenda Mahathir iaitu hanya menggulingkan Najib.
 
Semalam, Mahathir berkata beliau dan isteri keluar daripada Umno kerana tidak sehaluan dengan Najib. Beliau juga mahu gerakan merentasi politik kepartian dilancar untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
 
Bagaimanapun tindakan Mahathir itu di lihat sebagai satu lagi cubaan untuk memecah-belahkan Umno namun tidak akan berjaya.
 
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa keputusan Mahathir itu hanya langkah strategik untuk menjatuhkan Najib namun yakin Umno tetap utuh menyokong Perdana Menteri.
 
Kesediaan Mahathir untuk bekerjasama dengan DAP, khususnya Lim agak mengejutkan apabila mengambil kira Lim adalah pengkritik utama Mahathir semasa beliau menerajui Umno dan negara selama 22 tahun.
 
Sebelum ini, Lim kerap merujuk Mahathir sebagai dikator yang menyalah guna kuasa manakala Mahathir  melihat DAP pari chauvinis dan Lim sebagai pemimpin yang tamak kuasa.
  

Rakyat menderita kerana pemimpin sibuk berpolitik – IKHLAS

 
Pemimpin politik tidak kira kerajaan atau pembangkang perlu memberi tumpuan isu rakyat dan bekerjasama memulihkan ekonomi.


Mohd-Ridzuan-Abdullah_rakyat_600


PETALING JAYA: Rakyat negara ini semakin tertindas kerana pemimpin politik sama ada pihak kerajaan atau pembangkang yang terlalu sibuk berpolitik.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, nasib rakyat sejak kebelakangan ini terbiar di mana suara rakyat langsung tidak diendahkan.

“Pemimpin politik kena ingat rakyat pilih mereka jangan la disebabkan masalah politik yang berlaku rakyat terjejas.

“Hari ini rakyat terpinga-pinga, rakyat dibiarkan,mereka tersepit hari ini kita tengok banyak isu politik isu dalaman masih tak selesai baik pihak pemerintah mahupun pembangkang menyebabkan rakyat menderita,” katanya kepada FMT.

Kata Ridzuan, pemimpin politik sepatutnya melupakan seketika krisis politik dalaman dan memberi fokus sepenuhnya kepada masalah rakyat yang menderita disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Ekonomi negara bergantung kepada situasi politik negara, rakyat sekarang tertekan dengan masalah ekonomi ketika ini, sepatutnya ahli politik tampil membantu bukannya membiarkan rakyat dalam kesusahan,” katanya.

Katanya, sekiranya masalah dalaman parti berterusan, bala besar akan melanda negara tahun ini, termasuklah kejatuhan ekonomi serta hilangnya kepercayaan rakyat terhadap mana-mana parti politik.

Mandi bunga bukan penentu kemenangan – Zamihan

 
Ia dianggap sekadar terapi sampingan bagi meredakan tekanan dan memberi keyakinan kepada penampilan diri.


zamihan,bunga


PETALING JAYA: Amalan mandi bunga yang dilakukan terhadap pemain dan ketua jurulatih pasukan bola sepak Kelantan bukanlah penentu kemenangan dalam sesuatu perlawanan.

Sebaliknya, ia dianggap sekadar terapi sampingan bagi meredakan tekanan dan memberi keyakinan kepada penampilan diri, kata Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin.

Mengulas mengenai langkah Penaja utama The Red Warriors, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida yang mahu agar pemain skuad Kijang itu mandi bunga, Zamihan berkata, perbuatan itu tidak salah dari segi hukum syarak.

“Hukum mandi bunga dengan niat untuk menyegarkan tubuh badan adalah harus. Ini kerana tiada sebarang dalil yg menyuruh atau menegahnya sama sekali. Justeru cadangan DS Vida adalah dibenarkan dan ia tidak salah dari segi hukum syarak.

“Bunga-bungaan merupakan bahan semulajadi yang mempunyai aura aroma terapi tersendiri. Campuran haruman yang terdapat di dalam air mandian boleh menjadikan seseorang itu berasa segar dan bersemangat semulajadi. Ia sedikit sebanyak membantu kekuatan mental dan fizikal seseorang,” katanya kepada FMT ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, sebuah laman portal melaporkan, Datuk Vida berhasrat mahu membawa semua pemain termasuk ketua jurulatih pasukan itu `mandi bunga’ sebelum pasukan tajaannya itu bertemu dengan skuad Helang Merah pada aksi Liga Super dan Piala FA, minggu ini.

Katanya, inisiatif itu diambil bagi membangkitkan aura positif dalam kalangan pemain selepas pasukan itu masih gagal mengutip tiga mata penuh serta menamatkan kemarau kemenangan.

“Bagaimanapun aktiviti mandi bunga tidak sepatutnya ditokok tambah dengan unsur-unsur khurafat, tahyul dan perbomohan untuk semata kelihatan kuat dan cantik atau untuk membuang sial.

“Ia jelas bertentangan dengan hukum syarak. Pelakunya dikira telah melakukan amalan syirik dan wajib bertaubat kepada Allah serta-merta. Namun begitu, amalan begini sudah tidak diamalkan lagi dan sudah ketinggalan zaman,” tambah Zamihan.

Sementara itu bagi Ultras Kelantan, mereka melihat kenyataan yang dibuat Datuk Vida lebih kepada gurauan tehadap pemain dan tidak perlu dipandang serius.

Reman tahanan yang diseksa dilanjut 21 hari di bawah PoCA

 
Mahkamah Khas PoCA yang memutuskan peguam tidak perlu dibekalkan kenyataan bertulis yang dibuat polis dipersoal.


Sashi Devan


PETALING JAYA: Lima daripada enam individu yang menurut Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) telah ditahan reman lebih 70 hari, telah direman selama 21 hari lagi bermula 29 Februari lalu di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PoCA).

Manakala seorang lagi tahanan dibebaskan tengah malam Ahad lalu selepas polis gagal mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, kata peguam tahanan, Sashi Devan.

“Selepas gagal mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, polis memfailkan permohonanan di Mahkamah Khas PoCA di Shah Alam.

“Di sana, permohonan diluluskan dan di bawah PoCA, mereka diperintah reman selama 21 hari,” katanya lagi kepada FMT.

Pada 27 Februari lalu, SUARAM dan ahli keluarga tahanan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, atas dakwaan tahanan diseksa sepanjang ditahan reman selama lebih 70 hari, di 14 IPD berbeza.

Keenam-enam mereka ditahan di Tapah pada 11 Disember lalu, atas tuduhan rompakan bersenjata.
Dalam pada itu, beliau mempersoalkan pihak Mahkamah Khas PoCA yang memutuskan peguam tidak perlu dibekalkan kenyataan bertulis yang dibuat polis.

“Selain itu pihak pendakwa juga berhujah mahkamah secara mandatori perlu meluluskan permohonan reman jikan polis memberikan kenyataan bertulis yang ditandatangan.

“Kalau begitu, bagaimana peguam nak berhujah (jika tidak mendapat kenyataan tersebut)? Dalam kalau mandatori, buat apa peguam hadir ke mahkamah?” katanya lagi.