HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Februari 2017

Minyak naik: Jamal serbu pejabat PM esok?

Minyak naik: Jamal serbu pejabat PM esok?
Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan kenyataan itu miliknya.
 

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan bahawa beliau menyeru orang ramai supaya menyerbu pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya esok bagi membantah kenaikan harga minyak.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Jamal berkata, sebaran info itu adalah berniat jahat dan fitnah semata-mata.
"Itu palsu," ujar Jamal berhubung sebaran kenyataan yang didakwa ditulis beliau di Facebooknya.

Terdahulu, tersebar di media sosial satu keratan kononnya ditulis oleh Jamal di Facebook.

"Ayuh turun beramai ramai di hadapan pejabat PM, Putrajaya bersama Datuk Seri Jamal Md Yunos, Gabungan NGO Malaysia, ahli Umno dan rakyat Malaysia untuk membantah kenaikkan harga minyak yang membebankan rakyat.

"Jam 10 pagi, esok...sila bawa kenderaan anda bersama," tulis kenyataan itu.

"Ini Facebook saya," ujar Jamal menjelaskan perkara itu beserta dengan paparan Facebooknya yang sebenar.


Amanah tidak letak calon pada PRK Tanjong Datu

 MALAYSIA DATELINE
 
Mohd Anuar Mohd TahirMohd Anuar Mohd Tahir
Selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini, Parti Amanah Negara (Amanah) pula memutuskan untuk tidak meletakan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun ) Tanjong Datu pada 18 Februari ini.

Setiausaha Agungnya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, parti itu berpendapat mahu menumpukan perancangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Amanah berpendapat dalam suasana politik semasa hari ini, adalah penting untuk kami menumpukan sepenuhnya usaha ke arah persiapan dan perancangan bagi menghadapi PRU ke-14 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Semalam BN mengumumkan meletakkan calonnya Puan Sri Jamilah Anu, 62, balu kepada Allahyarham Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Nama Jamilah diumumkan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, selepas mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi parti itu di Ibu Pejabat BN Sarawak.

Kerusi Dun Tanjong Datu kosong susulan kematian Allahyarahm Adenan di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan akibat komplikasi jantung, 11 Januari lalu.

Dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), 7 Mei tahun lalu, Allahyarham mengekalkan penguasaan di kerusi berkenaan, yang juga `kubu kuat' BN Sarawak, dengan memperoleh majoriti 5,892 undi,
menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan.

PKR dalam satu kenyataannya pada 25 Januari lalu, tidak akan meletakkan calonnya untuk pertahankan kerusi Tanjong Datu.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dipetik berkata keputusan itu juga sebagai memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan semua janji yang dibuat oleh Allahyarham Adenan.

Beliau berkata PKR melihat sebahagian visi yang digariskan oleh bekas Ketua Menteri itu seiring dengan wawasan PKR serta aspirasi rakyat Sarawak, justeru wajar dilunas oleh penggantinya, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

PRU14 makin hampir bila MB naik lori sampah?

 ARIF ATAN
 
 
 Aksi Zambry mengumpulkan beg-beg sampah untuk diangkut  ke lori sampah.Aksi Zambry mengumpulkan beg-beg sampah untuk diangkut ke lori sampah.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilihat semakin hampir ketika blok pembangkang masih ternanti-nanti kesudahan rundingan Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pagi tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan berpakaian seperti pekerja bahagian pembersihan Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) menaiki lori sampah dan mengutip sampah di beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar raya itu.

“Ini merupakan usaha kerajaan negeri untuk mendekati golongan yang bertanggungjawab membersihkan persekitaran bandar raya ini. Saya perlu turun ke bawah untuk merasai pengalaman golongan ini melaksanakan kerja-kerja mereka," ujarnya dipetik dari Utusan Online.
Walaupun Zambry yang juga Adun Pangkor mendakwa tindakannya itu dibuat secara mengejut dan tidak dirancang tetapi banyak pihak melihat berkaitan dengan tempoh PRU14 yang semakin hampir.
Kelmarin, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook beliau menyeru supaya jentera pilihan raya parti itu bersiap sedia.

"Saya ingin berpesan kepada semua jentera Umno dan Barisan Nasional agar tidak leka atau ambil mudah kerja kita. Kita harus sentiasa bersedia dan berusaha memastikan jentera kita terus mantap untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara," ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 21 November 2016 memberi bayangan Perhimpunan Agung Umno tahun itu adalah yang terakhir menjelang PRU14.

Tarikh mandat penggal lima tahun kerajaan berakhir pada 24 Jun 2018 tetapi banyak pihak meramalkan PRU14 akan berlangsung selepas Sukan SEA berakhir 31 Ogos nanti.

Walau bagaimanapun, kajian semula persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Semenanjung bermula 15 September tahun lalu masih digantung sehingga bantahan mahkamah di Selangor dan Wilayah Persekutuan berhubung syor persempadanan itu selesai.

Pemilihan Jamilah atas suara akar umbi, kata penganalisis

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemilihan Puan Sri Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu adalah tepat kerana ia dilakukan dengan mengambil kira suara akar umbi.
 
Pemerhati politik, Datuk Seri Azman Ujang berkata, Jamilah juga calon yang paling sesuai bagi meneruskan tugas serta khidmat bakti bekas penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, kepada rakyat tempatan.  
 
Jamilah, 62, yang juga merupakan balu Adenan, semalam diumumkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi mempertahankan kerusi yang dipegang suaminya sebelum ini.    
 
"Adalah menjadi hasrat Allahyarham yang diberi lima tahun untuk menjalankan tugas, bukan saja sebagai ADUN dan Ketua Menteri, jadi sekurang-kurangnya sekiranya Puan Sri Jamilah dipilih, beliau dapat meneruskan tugas arwah suaminya sebagai wakil rakyat Tanjung Datu.
 
"Saya difahamkan pemilihan beliau adalah berdasarkan kepada permintaan akar umbi kawasan itu," katanya kepada Antarapos, mengulas mengenai pemilihan Jamilah untuk bertanding di kerusi DUN Tanjung Datu. 
 
Mengulas lanjut, Azman tidak menolak faktor 'keselesaan' menjadi sebab mengapa akar umbi menyokong pemilihan Jamilah kerana sudah 'terbiasa' dengan kelibat wanita itu yang sering mendampingi Adenan dalam setiap program sebelum ini.
 
Beliau turut merujuk kepada pemilihan Datin Mastura Yazid sebagai calon sebelum ini, yang dipilih bagi mempertahankan kerusi yang disandang suaminya, Allahyarhan Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, pada PRK Kuala Kangsar, Jun lalu.
 
"Ini juga baik dari segi menambah bilangan wanita dalam politik negara," katanya. 
 
Setakat ini, PKR dan PAS mengumumkan tidak bertanding pada PRK berkenaan.
 
Sementara itu Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen turut membayangkan partinya juga tidak bertanding.
 
Amanah pula akan mengadakan mesyuarat petang ini bagi memutuskan sama ada akan meletakkan calon atau tidak di kerusi berkenaan.  
 
Ketika diminta mengulas mengenai peluang Jamilah pada PRK berkenaan, Azman yang juga Pengerusi Bernama melahirkan keyakinan calon berkenaan mampu mempertahankan kemenangan memandangkan Tanjung Datu merupakan kubu kuat BN. 
 
"Kalau ada pertandingan, BN boleh menang dengan mudah, sebab itu kubu kuat.
 
"Tapi pertandingan baik juga untuk amalan demokrasi," katanya lagi. 
 
Kerusi DUN Tanjung Datu kosong susulan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima, Tan Sri Adenan Satem akibat komplikasi jantung, 11 Januari lalu.
 
Dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) 7 Mei tahun lalu, Allahyarham mengekalkan penguasaan di kerusi berkenaan, yang juga kubu kuat BN Sarawak, dengan memperoleh majoriti 5,892 undi, menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari penamaan calon pada 4 Februari, pengundian awal pada 12 Februari manakala hari pembuangan undi pada 18 Februari.
 
 

Elak lantik ahli politik urus GLC untuk bendung rasuah - Tunku Aziz

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli politik tidak harus dilantik mengurus syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dalam usaha untuk membanteras rasuah, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
 
Ujarnya, ahli politik yang memegang jawatan dalam GLC berkemungkinan berdepan dengan percanggahan kepentingan yang membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan tanggungjawab.
 
"Banyak pelantikan dibuat atas sebab politik. Jika anda dilantik memegang jawatan dengan kuasa mutlak, ada keputusan yang anda harus buat setiap hari, atau setiap minggu, bulan dan lain-lain.
 
"Dan dalam membuat keputusan ini, akan terdapat beberapa permintaan terhadap anda atas dasar hubungan, saudara mara, kawan-kawan dan kroni," katanya dipetik Bernama.
 
Tunku Abdul Aziz berkata trend menyalah guna kuasa ini atas sebab konflik kepentingan telah lama berlaku dan boleh dicegah jika pelantikan untuk jawatan penting dalam sesebuah GLC dilaku'an dengan 'pemilihan dan tapisan yang betul'.
 
Tunku Abdul Aziz berkata proses pemilihan harus termasuk meneliti latar belakang dan rekod perkhidmatan calon.
 
Katanya, akan sentiasa ada orang yang mahukan layanan istimewa, untuk mendapat kelebihan berbanding pesaing mereka.
 
"Mereka tidak peduli dengan apa jua cara pun (asalkan mereka dapat pekerjaan itu)...di sinilah bermulanya amalan rasuah itu," katanya.
 
Tunku Abdul Aziz berkata prosedur dan teknik pengambilan yang betul boleh membantu mencapai ketelusan dan akauntabiliti, sesuatu yang amat penting untuk pengurusan atasan.
 
"Kita boleh jadikan rasuah itu suatu urusan yang tidak menguntungkan dengan menjadikannya lebih susah untuk seseorang itu mendapat hasilnya," kata Tunku Abdul Aziz.
 
Beliau percaya yang amalan rasuah berlaku di peringkat operasi.
 
"Menteri-menteri tidak boleh menandatangani atau memberikan kontrak tetapi pengarah dalam jabatan-jabatan tertentu boleh berbuat demikian. Di sinilah penyalahgunaan kuasa berlaku," katanya.
 
"Jika anda tiada kuasa, anda tidak boleh menyalahgunakannya. Kakitangan awam mempunyai lebih banyak kuasa berbanding pemimpin politik mereka dan menteri-menteri (dalam memberikan kontrak)," katanya.
 
Beliau menarik perhatian bahawa SPRM memberkas lebih banyak 'jerung' kini berbanding sebelum pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya baharu pada Julai tahun lepas.
 
Tunku Abdul Aziz berkata SPRM merupakan sebuah pasukan profesional yang amat berdedikasi dengan memberi tumpuan kepada punca penyebab rasuah dan memberkas pesalahnya.
 
 

Polis tahan Jamal Yunos

ANTARAPOS.COM

Post Pic


KUALA LUMPUR: Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos ditahan oleh polis hari ini atas tuduhan menceroboh dan curi di pusat hiburan.

Tangkapan itu dibuat di rumah di Ampang di sini, tiga jam selepas polis berpakaian biasa mengepung rumahnya.

Pada jam 3 petang, Ketua Umno Sungai Besar itu keluar rumahnya dengan menaiki motosikal lalu melambaikan tangan ke arah semua orang, termasuk jiran-jirannya.

“Semuanya selamat,” katanya kepada jiran-jirannya yang dipetik oleh The Star Online.

Beliau kemudian dibawa dengan kereta polis ke Balai Polis Ampang.

Seorang pegawai polis di tempat kejadian tidak dapat mengesahkan sebab tangkapan itu tetapi menambah satu laporan penuh akan dikeluarkan.

Sebelum itu, Jamal merancang untuk mengadakan sidang akhbar pada jam 3 petang di luar Balai Polis Ampang.

Kenyataan akhbar itu berkata, 12 daripada penyokongnya sudah ditahan berikutan aduan awam dibuatnya berkaitan dengan pusat judi haram di Ampang Jaya.

Disember lalu, Jamal dan penyokong Baju Merahnya menjalankan “serbuan” ke atas pusat judi disyaki haram.

Kerjasama PAS-PPBM bakal lengkapi permuafakatan politik pembangkang, kata Muhyiddin

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan jalan kerjasama antara partinya dengan PAS akan merintis usaha ke arah penyatuan parti-parti pembangkang yang lebih kukuh bagi menghadapi Barisan Nasional (BN).
 
Katanya langkah kearah itu akan memastikan pembangkang bersatu dalam memastikan prinsip satu lawan satu antara pembangkang dan Umno BN adalah dicapai menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
"Kerjasama ini akan merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional secara satu lawan satu dalam PRU-14 dan insyaAllah, jika diberikan mandat oleh rakyat, akan membentuk sebuah kerajaan baharu yang berintegriti selepas pilihanraya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Malah beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk membentuk kerjasama dengan serpihan Umno itu sebagaimana yang dijalankan oleh Timbalannya Datuk Seri Mukhriz semalam.
 
Mukhriz bersama-sama rakan sejawatnya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili PAS semalam mengadakan rundingan secara rahsia di ibu negara bagi merintis jalan kearah kerjasama antara kedua-dua parti.
 
Rundingan itu menghasilkan draf kerjasama yang akan diperincikan oleh kedua-dua pihak untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
 
"PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama ini akan diteruskan. Persefahaman yang dicapai dengan PAS ini akan melengkapkan usaha ke arah mewujudkan muafakat politik antara parti-parti pembangkang dan InsyaAllah akan memperkukuhkan lagi kedudukan parti-parti pembangkang menjelang PRU-14," katanya.
 
Dalam pada itu, bekas timbalan perdana menteri itu turut optimis kerjasama berkenaan akan mewujudkan satu gabungan yang berkaliber untuk mentadbir negara sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.
 
PPBM sebelum ini mengikat persefahaman antara parti tajaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan konsep satu lawan satu dengan Umno BN pada PRU14 kelak.
 
"Saya percaya peluang untuk mewujudkan sebuah gabungan parti-parti politik yang lebih berkaliber untuk mentadbir negara sekiranya diberikan mandat oleh rakyat akan dapat direalisasikan dengan wujudnya persefahaman antara PPBM, PAS dan parti-parti sekutu yang mempunyai aspirasi yang sama. 
 
"Dengan perkembangan terbaru ini saya juga yakin bahawa harapan untuk menyelamatkan Malaysia serta menawarkan masa depan Malaysia yang lebih baik juga semakin cerah.
 
"Saya berdoa semoga perjanjian PPBM-PAS akan dapat dimaterai oleh saya dan Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, dalam tempoh beberapa hari akan datang," katanya lagi.
 
 

Anwar nafi cuba guling Mahathir pada 1998

MALAYSIAKINI



Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan yang dibuat oleh tiga orang saksi yang dibawa oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa beliau merancang untuk mengulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatan presiden Umno pada tahun 1998.

Ketika memberi keterangan dalam saman fitnahnya terhadap Khairy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata dakwaan itu adalah palsu dan rekayasa politik selepas pemecatannya pada tahun 1998.

"Tidak ada pemilihan parti (Umno) pada tahun 1998. Majlis Tertinggi telah menetapkan tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

"Pada mesyuarat itu, saya menyokong usul tiada pertandingan bagi jawatan presiden tetapi selainnya, termasuk jawatan yang saya sandang ketika itu, iaitu timbalan presiden Umno dipertandingkan.

“Kenyataan saya berkaitan dilaporkan dalam media," katanya, merujuk laporan The Star bertarikh 11 Mei 1998.

Beliau mendakwa bahawa isu dirinya mencabar Mahathir tidak pernah tidak timbul, walaupun naib presiden ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Abdullah Ahmad Badawi mahu beliau membawa beberapa isu mengenai Proton, Perwaja, Empangan Bakun dan lain-lain kepada presiden parti.

"Saya seringkali diminta naib-naib presiden untuk menyampaikan kepada perdana menteri (Mahathir) pandangan dan keprihatinan pimpinan dan akar umbi.

“Namun, soal mencabar kedudukan presiden tidak pernah berbangkit," katanya.

Menurut Anwar, begitu juga perbincangan dengan Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sering membawa setiauasaha Pemuda Umno, Datuk saifuddin Nastion.

Di sebaliknya, saksi-saksi yang dikemukakan Khairy tidak pernah hadir atau terbabit dalam pertemuan tersebut, katanya.

Beliau mengulas keterangan yang dibuat oleh Datuk Lokman Adam, Datuk Ishak Ismail (ADUN Lenggeng) dan Datuk Ali Shikh yang memberi keterangan di mahkamah sebelum ini bahawa Datuk Ezam Mohd Noor telah memberitahu mereka bahawa Anwar mahu menjatuhkan Mahathir.

"Datuk Seri Azmin Ali, selaku setiauasaha pejabat timbalan perdana menteri menetapkan dan merekod semua jadual pertemuan. Datuk Yassin Salleh, ketua setiausaha pejabat TPM menetapkan jadual rasmi mesyuarat jabatan.

"Setiausaha Politik TPM, Datuk Mansor Othman bertindak selaku penyelaras dan hadir bersama.

"Maka tuduhan bahawa Datuk Ezam menjaja isu cabaran jawatan presiden tidak berasas dan pastinya tidak berkait dengan saya atau Datuk mansor," kata Anwar

Kempen bebas beg plastik Selangor paparkan sisi bebal Umno

Berita Daily
 
 

Kebelakangan ini, media pro parti yang mengepalai Kerajaan Persekutuan giat menghentam kempen bebas beg plastik oleh Kerajaan Selangor.

Rasanya, sudah hampir sebulan kritikan demi kritikan dilemparkan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali susulan pelaksanaan kempen itu.

Utusan Malaysia dan TV3 selain laporan berkala oleh Berita Harian dan New Straits Times cuba untuk menjustifikasikan betapa bengap dan bodohnya Mohamed Azmin menjalankan kempen bebas beg plastik itu.

Yang cuba diuar-uarkan ialah, ke mana perginya caj 20 sen yang dikenakan oleh pasar raya terhadap pengguna di Selangor yang menggunakan beg plastik.

Media pro parti pentadbir di Putrajaya menggambarkan seolah-olah Kerajaan Selangor mendera pengguna negeri itu dan memihak kepada golongan peniaga untuk membesarkan kantung mereka.

Itu naratif yang dipersembahkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional Selangor, yang mana dikutip oleh Utusan Malaysia, TV3, Berita Harian dan New Straits Times untuk laporan berita.

Mohamed Azmin bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong acap kali menjelaskan sememangnya kerajaan negeri membenarkan pengusaha pasar raya di negeri itu mengenakan caj 20 sen terhadap pengguna yang masih mahu menggunakan beg plastik bagi membawa barangan yang dibeli di pasar raya.

Alasannya mudah, iaitu mahu mendidik pengguna di Selangor supaya mengurangkan penggunaan beg plastik dan membiasakan diri membawa beg sendiri dari rumah untuk pembungkusan barangan yang dibeli.

Jika dilihat secara mendalam akan kebenaran oleh kerajaan negeri mengenakan caj 20 sen itu, ia sememangnya wajar kerana Selangor adalah negeri penyumbang terbesar sisa pepejal berbanding negeri lain dalam Malaysia.

Paling banyak sisa pepejalnya ialah beg plastik dan ia menyumbang kepada pelbagai masalah termasuk penularan wabak penyakit seperti denggi dan zika.

Penulis sangat yakin, langkah itu tepat sama sekali dan ia juga dilaksanakan di Pulau Pinang dan Melaka atas alasan yang sama sejak beberapa tahun lalu.

Penduduk di Selangor juga sangat terdedah dengan dunia luar serta rata-ratanya berpendidikan tinggi, mengetahui bahawa langkah sama telah diambil di negara maju sejak beberapa dekad lalu bertujuan mengurangkan beg plastik.

Pada sama sama, kesedaran berhubung hak pengguna dan sikap pesimis majoriti rakyat Selangor yang tinggi turut mendorong Kerajaan Selangor untuk mengambil dasar itu.

Berikan keizinan kepada pengusaha pasar raya besar untuk kaut keuntungan menerusi caj 20 sen bagi pembelian beg plastik.

Tentunya majoriti pengguna di Selangor tidak suka pasar raya membuat keuntungan lebih, dan lebih rela membawa beg sendiri dari rumah. Hasilnya, mana mungkin pasar raya boleh buat untung dengan penjualan beg plastik dek sikap pesimis penduduk di Selangor.

Langkah Kerajaan Selangor mengurangkan penggunaan beg plastik tidaklah gopoh, malah tepat pada masanya ketika populasi penduduk negeri meningkat mendadak.

Jika tidak dibuat sekarang, penulis tidak boleh bayangkan sisa pepejal yang terpaksa diurus kelak. Tentu sahaja kosnya mahal, mendatangkan wabak dan mungkin bencana alam seperti banjir kilat.

Apabila Umno dan Barisan Nasional Selangor menghentam kempen bebas beg plastik di Selangor, penduduk Selangor sebenarnya keliru dengan pendirian sedemikian.

Bukankan langkah itu bagus memelihara alam sekitar dan menjimatkan? Apa yang Umno dan Barisan Nasional mahu? Boleh sahaja mengkritik dan membangkang tetapi bukan sembrono.

Natijahnya, Umno dan Barisan Nasional khususnya di Selangor dilihat tidak jelas, dungu dan keliru dengan kempen politik sendiri. Senang cerita tak ada substance.

Yang jadi mangsa ialah Utusan Malaysia, TV3, Berita Harian dan New Straits Times. Tidak semena-mena media arus perdana itu menjadi bebal laporannya. Kasihan penulis pada wartawan terbabit.

Rabu, 1 Februari 2017

KALAU ANNUAR MUSA BOLEH DIGANTUNG, KENAPA JAWATAN NAJIB TIDAK DIGANTUNG?

shahbudindotcom


1. Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa telah digantung jawatan serta merta sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara ) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) susulan isu penajaan UniKL dan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors (TRW).

Saya ucapkan tahniah diatas keberanian dan ketegasan pengurusan Mara dan Ahli majlis Mara yang bermesyuarat khas tanpa pengetahuan Annuar Musa untuk menggantung jawatan beliau dengan serta merta.

2. Penggantungan terhadap Annuar Musa diambil kononnya untuk memasti dan mengelak dari sebarang campur tangan Annuar Musa terhadap pasukan audit dalaman Mara membuat siasatan.

Tindakan ini bagi saya adalah langkah yang wajar untuk memastikan tiada unsur salah guna kuasa dilakukan oleh orang yang berkepentingan iaitu Annuar Musa.

Langkah sebegini wajar menjadi amalan dalam semua peringkat pengurusan pentadbiran negara kerana setiap salah laku hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar, tanpa berat sebelah dan tanpa mengambil kira siapa yang melakukannya.

3. Persoalannya adakah amalan ini juga membabitkan anggota kabinet dari Perdana Menteri hingga ke peringgat Timbalan Menteri dan juga di peringkat kerajaan negeri.

Menggantung Annuar Musa untuk siasatan yang membabitkan penajaan tak sampai RM2 juta berbanding siasatan keatas PM Najib dan akaun peribadinya dengan wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion  dan wang SRC RM42 juta adalah sesuatu yang pelik serta tidak munasabah.

Memang tiada peruntukan undang-undang untuk menggantung PM tetapi PM Najib boleh dengan rela hati menggantung tugasnya sebagai PM dan Menteri Kewangan dengan mengambil cuti dan jawatan PM serta Menteri Kewangan dipangku untuk mengelak dari campur tangan dan salahguna kuasa Najib yang boleh mengganggu pasukan penyiasat.

4. Oleh kerana Najib masih berdiri sebagai PM semasa siasatan dibuat keatasnya dan 1MDB maka berlaku  'kacau-bilau' dalam SPRM semasa diserbu PDRM  sehingga berlaku pertukaran segera pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) walaupun kemudiannya dibatalkan adalah membuktikan memang berlaku unsur salahguna kuasa orang yang berkepentingan iaitu Najib.

Apa tidaknya,dalam kes memecat Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada tahun 2016, Najib menggunakan kuasanya sebagai orang yang berkepentingan dalam kes sisatan untuk  memecat  TPM dan Peguam Negara semata-mata bagi mengelak Najib didakwa.

Malangnya rakyat Malaysia kerana dipimpin oleh jemaah menteri dan pemimpin Umno/BN sebagai kerajaan yang korup serta Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang 'pelahap' (glutton).

Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena