HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Februari 2018

Congak Kerusi PH: DAP Bakal Jadi PM Selepas PRU-14?


Congak Kerusi PH: DAP Bakal Jadi PM?

MYNEWSHUB

ATAS kertas, konon ada nama Melayu duduk sebagai Presiden, Pengerusi dan Ketua Umum, tetapi ketua sebenar dalam pembangkang tidak dimasukkan, hanya menjadi King Maker dari belakang.

 

Sekali lagi atas kertas itu cuma nampak nama Melayu tetapi isi penuh nama DAP. Itulah Pakatan Harapan (PH), blok yang diketuai dan dipimpin DAP sepenuhnya. Barisan kabinet bayangan pun penuh dengan nama tokoh DAP.

Belum pun Pilihan Raya Umum (PRU), Melayu yang ada dalam PH sudah pun dipermainkan DAP. Sedar atau tidak, kejadian di Negeri Sembilan pada minggu lepas adalah contoh bagaimana DAP berjaya mempermainkan Melayu.

Pada Konvensyen PH negeri itu, mereka jadi kecoh. Laungan ‘boikot’, ‘mana hak kami’ dan ‘tak adil’ diluahkan oleh mereka sendiri terhadap Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir.

Mereka dakwa parti cap bunga ada 6,000 ahli di Negeri Sembilan tetapi hanya dapat 6 kerusi sahaja untuk PRU ke-14. Jauh berbanding serpihan PAS sendiri iaitu PAN yang ada cuma 500 orang ahli pun boleh dapat tujuh kerusi.

Sementara PKR yang dikatakan baru ada kurang 10,000 orang ahli tiba-tiba pula mendapat 12 kerusi DUN negeri tersebut. Itulah dakwaan yang dibuat oleh Mohd. Sharul Anuar, Ketua Pemuda PPBM Negeri Sembilan.

Ini bukan kali pertama PPBM Negeri Sembilan bergolak. Sebelum ini pun, banyak sudah berlaku pergaduhan dalam parti lambang bunga layu di negeri tersebut antaranya 6 April 2017, 500 ahli PPBM Rembau telah keluar parti.

Malahan 19 April 2017, Pengerusi PPBM Negeri Sembilan, Cikgu Kamarul yang cukup dihormati pun sanggup keluar parti serpihan UMNO tersebut bersama-sama dengan 821 orang ahli parti yang lain dari seluruh negeri berkenaan.

Keretakan dalam PPBM di Negeri Sembilan hanya ibarat retak menanti belah sahaja. Agihan kerusi secara pelik ini adalah bukti jelas bagaimana blok pembangkang yang ada pada hari ini sebenarnya adalah dikuasai oleh DAP.

Lihatlah bagaimanakah Wan Azizah yang dilantik sebagai Presiden PH terus lari keluar dewan konvensyen pada hari tersebut dan langsung tidak boleh berbuat apa apa. Di manakah kehebatan beliau sebagai pemimpin blok itu?


 

Baca: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

Juga: DAP Mahu Usir Melayu Keluar Pulau Pinang – PAS


DAP yang dapat kerusi yang banyak iaitu 11 kerusi DUN untuk PRU ke-14, sebenarnya 11 kerusi itu jugalah yang DAP menang sekarang dalam DUN Negeri Sembilan. Maknanya, kerusi kuat DAP tetap menjadi milik DAP.

DAP tidak beri pun kepada mana mana rakan mereka dalam pembangkang. Di Perak pun begitu juga, pada 25 Januari 2018, Ketua Pemuda DAP Perak, Wong Kah Woh berkata DAP mahu menguasai negeri Perak.

Dalam DUN Perak sekarang ujar beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Canning, DAP sudah ada 18 kerusi daripada 24 kerusi pembangkang. Ini bermakna 75% pembangkang di Perak sebenarnya adalah DAP.

Mengikut analisis dibuat Dr. Kamarul Yusuf dari UUM, DAP Perak sasar rampas 32 kerusi. Jika PH berjaya kuasai Perak, maka komposisi kerajaan yang naik di Perak kalau Barisan Nasional (BN) tumbang adalah seperti berikut:

22 ADUN bukan Melayu bukan Islam, iaitu melalui:
(a) 18 dari DAP.
(b) 4 dari PKR.

10 ADUN Melayu Islam, iaitu melalui:
(a) 6 dari PAN.
(b) 3 dari PPBM.
(c) 1 dari PKR.

Kerajaan yang naik ini adalah kerajaan negeri DAP. Orang Perak khasnya majoriti Melayu Islam sendiri sudah pernah berasa sekali detik hitam apabila BN tumbang tipis ketika PRU ke-12 pada 2008 lalu.

ADUN Melayu pembangkang dipergunakan sebagai boneka DAP untuk menjadi Menteri Besar kerana parti itu tiada calon Melayu Islam. Di kiri dan kanan Nizar Jamaluddin, diapit oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Khoo Ham dari DAP.

Lihatlah sendirilah bagaimana DAP mentadbir Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan. Penuh dengan skandal dan penyelewengan. Tanah digadai, tanah runtuh kerap berlaku. Banjir sampai lebih seratus kali dalam setahun.

Duit konon untuk kajian projek terowong dasar laut yang berjuta-juta ringgit lesap entah ke mana. Luluskan kilang haram, sampai mati orang kampung kemudian mereka dijamu kerajaan DAP makan durian untuk ‘tutup mulut’.

Mahukah rakyat Negeri Sembilan, Perak dan Johor lihat apa terjadi di Pulau Pinang ini berlaku di negeri mereka? Janji ditabur masa mengundi tidak dibuat. Rakan rakan pembangkang seperti PAS diterajang keluar begitu sahaja.



Ini berlaku ke atas parti Islam itu sesudah DAP mendapat kuasa di Pulau Pinang dan Selangor. Wakil PAS dilucut jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan, syarikat berkaitan kerajaan dan agensi milik kerajaan negeri sendiri.

Sama juga formula agihan kerusi PH di peringkat pusat, DAP konon hanya bertanding 35 kerusi, walhal semuanya di tempat selamat DAP sendiri. Tidak satu pun kerusi selamat DAP diberikan kepada calon PAN, PKR atau PPBM.

Semasa Konvensyen PH Kebangsaan, DAP hanya umum kerusi bertanding untuk Semenanjung Malaysia sahaja yang berjumlah 165 kerusi, padahal ia belum termasuk 57 kerusi lagi masing-masing di Sabah dan Sarawak.

Jika dikira balik satu persatu, baki 57 kerusi di Sabah dan Sarawak bakal habis dikuasai DAP. Oleh itu secara congak keseluruhannya, agihan kerusi blok pembangkang empat parti tersebut sebenarnya adalah seperti berikut :

a) DAP = 92 kerusi
b) PKR = 51 kerusi
c) PPBM = 52 kerusi
d) PAN = 27 kerusi

Jumlahnya adalah 222 kerusi. Siapakah yang akan menang banyak kalau rakyat Malaysia mengundi pembangkang? Sudah tentu DAP menang banyak. Kalau pembangkang rampas Putrajaya, DAP yang akan jadi paling berkuasa.

Ingat balik apa yang Hew Kuan Yau, tokoh ikon ‘Superman DAP’ pernah dengan biadab dan angkuh cakap besar: “Ini game terakhir untuk ‘screw’ si Mahathir. Lim Kit Siang pula masih ada masa untuk banyak game lagi.”

DAP hakikatnya hanya mahu screw Melayu sahaja. Jika tumbang BN ditunjangi UMNO dan gigih pertahan syiar Islam, DAP pula akan kuasai pembangkang dan umat Islam di Malaysia bakal jadi seperti Singapura selepas ini!

Untuk rekod UMNO yang menerajui 13 komponen BN sejak merdeka masih berada di depan dengan 88 kerusi sekali gus membolehkan presiden parti keramat umat Islam terbesar dunia itu menjadi perdana menteri tanpa masalah.

Sebagai Melayu yang sedar apa agenda tersirat DAP, jangan sesekali izin impian Malaysian Malaysia tercapai. Jangan benar BN tumbang, ayuh jadikan BN parti yang menang pada PRU kelak! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bagaimana berlagak Hew Kuan Yau selamba hina masyarakat Melayu Islam sebagai bangsa bodoh…

LIHAT  VIDEO DI SINI


“Tatu Tetap Haram Walaupun Sementara” – Dai’ Wan





MYNEWSHUB

SEKARANG seperti sudah menjadi ‘trend’ tersendiri bagi anak muda masa kini yang gemar mengenakan lakaran tatu pada anggota badan.

 

Senario yang dilihat memberi risiko negatif terhadap remaja itu telah menarik perhatian pendakwah muda, Dai Wan untuk tampil menjelaskan mengenai hukum berbuat demikian.

Wan atau nama sebenarnya, Wan Dazrin Wan Din berkata tindakan melakar tatu di mana-mana bahagian anggota badan adalah haram di sini Islam meskipun ia hanyalah tatu sementara.



Jelasnya lagi, perbuatan itu adalah sekeras-kerasnya dilarang oleh Allah SWT sebagaimana termaktub dalam firman Nabi Muhammad SAW:

“Menurut riwayat Bukhari dan Muslim, Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan meminta untuk ditatu.

“Manakala, Al Imam Ibnu Hajar pula berkata, hal ini sama sahaja lelaki dengan perempuan. Maksudnya, dua-dua tak boleh pakai tatu yang bersifat kekal sebab perbuatan itu dilaknat Allah.

“Kita dianggap telah ubah ciptaan Allah kerana tatu original ni tak boleh ditanggalkan dan melekat selamanya di badan,” kata bekas peserta Da’i Pendakwah Milenia musim kedua itu dipetik Mstar Online.



Ketika diminta untuk mengulas mengenai trend anak muda termasuk artis tanah air yang gemar mengenakan tatu bersifat sementara, Dai Wan berkata hal itu tidak salah untuk golongan wanita.
Ini kerana ia dianggap sebagai hiasan namun menjadi satu kesalahan buat kaum Adam pula.

“Perempuan dibenarkan mengenakan inai dengan corak bunga yang seakan bertatu dan hukumnya harus selagi tidak ada gambar binatang dan tanda ke arah kemaksiatan atau lucah.

“Tetapi lelaki pula, ulama terdahulu hingga kini cenderung mengharamkan lelaki untuk mengenakan sebarang corak lukisan pada badan.

“Ada pendapat daripada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Bayyan Linnas: Irsyad Fatwa ke-157 ‘Hukum lelaki memakai inai’.

“Beliau berpendapat seperti semua ulama yang terdahulu juga iaitu tidak dibenarkan,” ujar bekas graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Kewangan Islam itu.  – MYNEWSHUB.CC/AM

LIHAT VIDEO DI SINI

Kerajaan akan bantu rakyat hadapi ekonomi global, kata Agong



agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yakin kerajaan dapat mengadakan kaedah baharu dan inovatif bagi membantu rakyat hadapi ekonomi global yang masih berada dalam keadaan tidak menentu.

Baginda melahirkan rasa sukacita terhadap kerjasama pihak swasta dan badan bukan kerajaan dengan kerajaan dalam merealisasikan segala perancangan direncanakan untuk rakyat.

“Sebagaimana maklum, keadaan ekonomi global masih lagi tidak menentu. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan langsung kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah,” kata baginda pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Hari Wilayah Persekutuan 2018 di Istana Negara.

Baginda turut mengingatkan tentang kepentingan perpaduan di negara dan berharap ia diperkukuhkan lagi.

“Bagi negara Malaysia yang menyasar menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi sosial melalui Transformasi Nasional 2050, faktor persefahaman dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama hendaklah dipupuk secukupnya demi kejayaan negara,” kata baginda.

PKR Selangor perlu akur tubuh jawatankuasa khas - Amanah

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR Selangor terutama pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa akur dengan arahan Pakatan Harapan (PH) agar diwujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi membincangkan soal agihan kerusi di negeri itu.
 
Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata jawatankuasa itu perlu ditubuhkan dengan kadar segera memandangkan PH negeri itu perlu memuktamadkan senarai agih kerusi pada 7 Februari depan.
 
"Keputusan ini dari Majlis Presiden. PKR pun ada dalam itu. Semua setuju. Cuma kita nie (peringkat) negeri, kita sebagai anak, kita ikutlah arahan. Sebenarnya (PH Pusat) dah bagi arahan selesaikan sehingga 31 Januari tapi bila tak selesai, maka (PH) Pusat masuk campurlah. 
 
"7 Februari itu semua (agih kerusi) kena selesai. Bukan baru Pusat nak masuk (campur). Itu sasaran kita. Saya rasa mungkin dalam Isnin (5 Februari) mereka akan panggil. Minggu ini banyak hari cuti," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Semalam, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas di Selangor bagi memuktamadkan isu agih kerusi di negeri itu.
 
Dr Mahathir bertegas jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor tidak boleh digunakan untuk berbincang soal agih kerusi.
 
Terdahulu, pimpinan PKR Selangor mempertahankan tindakan mereka menggunakan jawatankuasa Pilihan Raya PH negeri untuk berbincang mengenai agih kerusi.
 
Namun, Amanah, PPBM dan DAP melihat keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas memandangkan Jawatanakuasa Pilihan Raya PH adalah lebih kepada strategi dan gerak kerja menuju pilihan raya.
 
Izham dalam pada itu mengulas kenyataan Azmin bahawa faktor kebolehmenangan lebih penting daripada mengejar sesuatu tempoh dalam mengagihkan kerusi sesama parti komponen PH.
 
"Tak boleh..tak boleh..itu bukan keputusan dia. Keputusan ini, keputusan Majlis Presiden yang tetapkan 7 Februari. Kita harus ikut (arahan). Kalau kita dalam organisasi, tapi tak boleh ikut arahan, kecohlah. Jadi huru-hara. Negeri lain dah hampir selesai, pasal apa Selangor tak boleh (selesai).
 
"Selain daripada timbalan presiden (PKR) dia juga Pengerusi PKR Selangor jadi kena ikut arahan. Dia kena belajar ikut arahan dari Pusat. Bukan dia yang tentukan semuanya. Dalam perjanjian Pakatan Harapan, PKR salah satu komponen parti, tidak ada bersangkut dengan jawatan menteri besar.
 
"Menteri besar hanya uruskan pentadbiran sahaja. Bila masuk bab rundingan, dia (dirujuk) sebagai Pengerusi PKR," jelas Izham panjang lebar.
 
Ditanya adakah campurtangan PH Pusat dalam agihan kerusi di Selangor akan menjadi kecoh sepertimana yang berlaku di Negeri Sembilan minggu lalu, Izham berkata beliau yakin insiden sedemikian tidak akan berlaku di negeri itu.
 
Katanya, pimpinan PH Pusat akan meneliti dan merujuk PH negeri terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan, justeru isu ketidakpuasan hati rakan komponen di Selangor boleh diatasi.
 
"Sebarang kerusi di peringkat negeri atau Pusat, dibincang dengan negeri. Bahkan kerusi Parlimen pun kita rujuk negeri dahulu. Sebab kita nak tahu maklum balas. Tak ada keputusan yang dibuat di peringkat Pusat tak dirujuk negeri terlebih dahulu.
 
"Biasanya pengalaman kita, 80 hingga 90 peratus daripada (agihan) kerusi itu boleh selesai. Yang 10 peratus bertindan itu, yang kita perlukan sokongan daripada (PH) Pusat untuk selesaikannya," ujarnya.
 
Antarapos bagaimanapun menghubungi Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan beliau berkata pihaknya tetap akan menggunakan jawatankuasa itu untuk tujuan agih kerusi sehingga menerima arahan selanjutnya daripada Azmin

Bunuh dan rogol suri rumah, penganggur ke tali gantung

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur atas kesalahan membunuh dan merogol seorang suri rumah di Kampung Batu Papan, Gua Musang, pada Mac 2015.
 
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Awari Ahmad, 25, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.
 
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membunuh Yashmin Fauzi, 25, di sebuah rumah tanpa nombor, Kampung Batu Papan, di sini antara jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi, pada 1 Mac 2015.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
 
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi yang sama jam 12.30 tengah malam dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(4) Kanun Keseksaan.
 
Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan.
 
Ahmad menerusi penghakimannya berkata, selepas meneliti keterangan, mahkamah menolak alasan tertuduh yang kononnya tidak berniat untuk membunuh, apabila berkali-kali melibas mangsa menggunakan parang selain mengelar di leher mangsa.
 
"Malah, kejadian itu disaksikan sendiri anak lelaki mangsa yang ketika itu berusia lima tahun mengatakan dia melihat tertuduh menyembelih ibunya ketika tampil memberi keterangan," katanya.
 
Ahmad berkata, selepas mangsa cedera akibat dikelar, tertuduh kemudiannya merogol pula wanita itu dan ketika kejadian tertuduh dalam keadaan waras.
 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shaharaliza Razak dan tertuduh diwakili peguam, Latifah Arifin.
 
 

Hujan dan kelompok awan halang penampakan gerhana bulan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Hujan yang turun menghalang penampakan gerhana bulan penuh "Super Blue Blood Moon" iaitu fenomena yang hanya akan berlaku selepas 152 tahun.
 
Oleh kerana hujan yang membasahi bumi sejak petang, beratus-ratus orang yang berkumpul di Planetarium Negara di sini tidak berkesempatan untuk melihat gerhana bulan tersebut kerana kelompok awan menutupi bulan.
 
Bagaimanapun, Planetarium Negara tidak menghampakan pelawat itu apabila menyiarkan sesi secara langsung fenomena itu dari Balai Pencerapan Griffith, Nasa selama kira-kira 30 minit selain menyiarkan penampakan gerhana itu dari Balai Cerap Kebangsaan Langkawi untuk mereka melihat fenomena tersebut.
 
Antara mereka yang mengunjungi Planetarium Negara untuk melihat gerhana bulan malam tadi ialah Balqis Mohamad, 28 tahun.
 
"Saya agak kecewa kerana tida dapat melihat fenomena itu disebabkan hujan tetapi peluang itu ialah sesuatu yang tidak harus dilepaskan kerana ia merupakan fenomena yang jarang-jarang berlaku, " kata Balqis yang datang seorang diri ke Planetarium Negara.
 
Kali terakhir fenomena Super Blue Blood Moon berlaku ialah pada 31 Mac, 1866 iaitu merupakan gabungan "Supermoon", "Bluemoon" dan "Bloodmoon".
 
Supermoon terjadi apabila kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi, menyebabkan ia 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah. Gerhana bulan penuh yang dikenali blood moon befrlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan bulan merentasi bayangan umbra bumi.
 
Atmosfera kemudian menyaring sebahagian besar cahaya warna biru dengan itu menyebabkan warna kemerahan pada bulan.
 
Di Malaysia, fasa gerhana bulan bermula pada 7.48 malam sehingga 11.11 malam apabila gerhana bulan penuh bermula pada 8.51 malam sebelum mencapai fasa maksimum pada 9.29 malam dan berakhir pada 10.07 malam.
 
Di PUTRAJAYA, ratusan penduduk serta jemaah berkumpul di pekarangan Masjid Putra bagi menyaksikan kejadian cakerawala itu melalui cerapan menggunakan enam teleskop berkomputer yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
 
Bagaimanapun, cuaca hujan sejak lewat petang menyebabkan fenomena bulan dikenali Super Blue Blood Moon iaitu berlakunya 'supermoon, super blue blood moon atau bulan biru dan gerhana bulan' tidak kelihatan sehingga melepasi waktu kemuncak 9.29 malam.
 
Penolong Pengarah Unit Falak Jakim, Shahril Azwan Hussin berkata sepatutnya fasa gerhana bermula pada 6.51 petang iaitu bulan memasuki bayang umbra diikuti pada jam 7.48 malam gerhana separa bermula.
 
"Namun, awan tebal yang meliputi keadaan bulan menyukarkan penduduk di sini melihat fenomena terbabit," katanya dan menambah gerhana dijangka berakhir pada pukul 12.08 tengah malam.
 
Terdahulu, Masjid Putra mengadakan solat sunat gerhana atau khusuf selepas solat Isyak yang sebelumnya didahului dengan ceramah yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
 
Majlis diakhiri dengan bacaan Khutbah Khas berkenaan gerhana bulan yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat.
 
Di KELANTAN, 40 anggota Persatuan Astronomi Falak Amatur Kelantan serta 40 pelajar sekolah menunaikan solat gerhana di Balai Cerap Kota Bharu di Kampung Kubang Rawa, Salor, di sini.
 
Setiausaha persatuan itu, Abdullah Hassan berkata tiga teleskop khusus disediakan bagi mengambil gambar dan memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri fenomena gerhana.
 
"Fenomena ini terjadi apabila bulan dikatakan paling dekat dengan bumi. Bulan dilihat seakan berwarna merah dan 'berdarah' disebabkan oleh atmosfera bumi," katanya kepada Bernama.
 
Di TERENGGANU, kira-kira 1,000 orang berkunjung ke Dapo Pata, Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus dan membanjiri kawasan pantai sejak 7 malam bagi melihat fenomena gerhana itu.
 
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) menerusi Insititut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), yang menganjurkan program Jom Teropong Bulan, membuka peluang kepada pelajar dan masyarakat setempat menyaksikan cerapan fenomena gerhana bulan penuh.
 
Progam mesra komuniti UniSZA itu bertujuan memberi pendedahan tentang fenomena sains kepada masyarakat sekaligus menarik minat mereka dalam ilmu sains serta mempraktikal instrumentasi astronomi yang terdapat di ESERI UniSZA.
 
Sebanyak enam alatan teleskop dan binokular disediakan kepada pengunjung yang datang untuk melihat dengan lebih jelas gerhana bulan penuh, selain taklimat ringkas mengenai gerhana bulan penuh oleh penyelidik UniSZA serta solat sunat gerhana.
 
Pensyarah ESERI, Dr Roslan Omar berkata fenomena itu bagaimana pun hanya dapat disaksikan pengunjung di pantai berkenaan dua kali sepanjang tempoh gerhana.
 
"Pengunjung dapat menyaksikan gerhana itu selama dua minit iaitu pada pukul 8.51 hingga 8.53 malam tadi dan kembali muncul pada saat-saat gerhana itu berakhir pada kira-kira 10 malam," katanya.
 
 

Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,000


Bernama
 



KUALA TERENGGANU – Seorang inspektor polis mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,000 sebagai dorongan bagi meringankan kesalahan seorang individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada Februari 2016.

Tertuduh, Lee Beng Oui, 37, yang berkhidmat di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dituduh menerima wang tunai itu daripada Koperal Aziz Abdullah yang mewakili Asmadi Ali, bapa kepada Firdaus Asmadi yang ditangkap di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama kerana urin mengandungi dadah.

Lee didakwa menerima suapan itu pada pukul 11.45 malam di hadapan rumah di No 1, Blok Ezora, Perumahan Polis (PDRM) Bukit Mentok, Kemaman, 29 Februari 2016 bagi meringankan kesalahan Firdaus kepada satu sahaja iaitu urin mengandungi dadah.

Pertuduhan ke atas Lee dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 atau Akta 694 dan boleh dihukum di bawah Sekysen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 21 Februari ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Puteri Hikmatul Raudah Dzulaika Mohamad. – Bernama


Yakin sasaran 80,000 unit RUMAWIP tahun ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Sasaran pembangunan 80,000 unit rumah di bawah program Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dilihat boleh dicapai pada tahun ini berbanding sasaran awal pada 2020, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Setakat ini, katanya, lebih 80 peratus daripada sasaran itu sudah dicapai membabitkan tiga wilayah - Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan - merangkumi kategori 'siap', 'dalam pembinaan' dan 'kelulusan perintah pembangunan atau development order'.
 
Katanya, tujuh buah projek di Kuala Lumpur dan tiga buah projek di Labuan setakat ini sudah siap sepenuhnya yang masing-masing berjumlah 3,662 unit dan 332 unit.
 
Tengku Adnan berkata, RUMAWIP menjadi pemangkin supaya memastikan pemaju perumahan tidak sewenang-wenangnya menjual rumah pada harga yang tidak berpatutan apabila RUMAWIP, yang dilengkapi kemudahan asas dan persekitaran kondusif, ditetapkan pada harga RM300,000 dan ke bawah.
 
"Terdapat 27 projek masih dibuka kepada warga Wilayah (Persekutuan) dan permohonan boleh dibuat di portal RUMAWIP dengan kemudahan pinjaman disediakan Yayasan Wilayah Persekutuan," katanya dalam pertemuan bersama media di kementeriannya baru-baru ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018, hari ini.
 
Menyentuh mengenai Pelan Tindakan Pembangunan Labuan 2030, Tengku Adnan berkata, dasar berkenaan mampu melonjakkan wilayah berkenaan sebagai hab pelancongan, perniagaan, minyak dan gas yang mana manfaatnya akan dinikmati oleh penduduk di kawasan itu.
 
Pelan pembangunan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 18 Januari lepas, direka khas untuk mentransformasikan landskap ekonomi Labuan secara menyeluruh dengan menggariskan kepada tiga fokus utama iaitu pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal, katanya.
 
"Selain itu, kita mahu meningkatkan populasi penduduk Labuan yang mana pada hari ini penduduknya hanya berjumlah kurang 100,000 orang. Jumlah yang kecil ini tidak akan memberi impak ekonomi yang baik dan kita mahu menambah populasinya agar impak ekonomi akan berjalan dengan lebih baik," katanya.
 
Bagi wilayah Putrajaya, Tengku Adnan berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Majlis Ekonomi Negara dan berharap projek perkhidmatan monorel dan trem di Putrajaya dapat dilaksana dengan secepat mungkin.
 
"Kita mengharapkan sistem pengangkutan alternatif ini dapat dimulakan segera bagi mengatasi kesesakan pada masa akan datang kerana populasi di Putrajaya pada hari ini adalah kira-kira 85,000 orang pada waktu malam dan pada siang hari sekitar 300,000 ke 400,000 orang," katanya.
 
Mengenai sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018, Tengku Adnan berkata, sebanyak 35 program dirancang yang akan membabitkan pelbagai lapisan masyarakat membabitkan peruntukan sebanyak RM3.37 juta.
 
"Program-program ini secara tidak langsung akan mewujudkan rasa cinta warganya pada Wilayah Persekutuan terutamanya di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mana rata-ratanya berasal daripada negeri lain, dan kita mahu menerapkan konsep di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung," katanya.
 
 

Lelaki panjat bumbung Myvi positif dadah

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Seorang lelaki mencetuskan kekecohan selepas memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi di bulatan Jalan Pasir berhadapan Plaza Likas.
 
Lelaki warga tempatan berusia 36 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan khayal keluar dari kereta dipandu rakannya sebelum melakukan kekacauan dengan menghalang lalu lintas di lokasi terbabit.
 
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisiner M Chandra mengesahkan ujian saringan awal air kencing lelaki terbabit mendapati dia positif syabu.
 
"Suspek memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi warna putih yang berhenti di bulatan Jalan Pasir sebelum ditangkap oleh orang awam di kawasan terbabit," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
 
Chandra berkata, pada hari kejadian, anggota Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama bersama anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) diarahkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berkaitan tangkapan lelaki terbabit.
 
Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mengaku terbabit dalam kes curi sebuah Toyota Hilux bersama seorang rakannya yang masih bebas di tepi jalan sekitar Karamunsing, pada jam 10 pagi hari sama.
 
"Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu direman sejak Isnin lalu hingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan," katanya.
 
 

Murid Tahun 6 maut dada tertusuk sabit

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BAGAN DATUK: Seorang murid Tahun Enam di sebuah sekolah di sini maut selepas dadanya tertusuk sabit yang terjatuh ketika mengikut datuknya yang sedang mengait buah kelapa sawit di Kampung Sungai Tiang Darat, petang semalam.
 
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, ketika kejadian jam 2.00 petang itu, mangsa Mohd Riduan Hakim Abd Rashid, murid Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat terkena sabit yang tiba-tiba melantun mengenai dada kirinya. 
 
“Siasatan mendapati mangsa mengikut ahli keluarga pergi ke kebun mengait sawit pada 9.30 pagi kerana cuti sekolah.
 
“Semasa salah seorang ahli keluarga mangsa sedang mengait sawit, tiba-tiba buah sawit yang dikait telah jatuh bersama sabit melalui kayu kait dan sabit berkenaan melantun mengenai bahagian kiri dada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
 
Marzukhi berkata, mangsa dikejarkan ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.
 
“Polis menerima maklumat kematian kanak-kanak itu kira-kira 3.45 petang,” katanya.