HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Februari 2018

Murid Tahun 6 maut dada tertusuk sabit

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BAGAN DATUK: Seorang murid Tahun Enam di sebuah sekolah di sini maut selepas dadanya tertusuk sabit yang terjatuh ketika mengikut datuknya yang sedang mengait buah kelapa sawit di Kampung Sungai Tiang Darat, petang semalam.
 
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, ketika kejadian jam 2.00 petang itu, mangsa Mohd Riduan Hakim Abd Rashid, murid Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat terkena sabit yang tiba-tiba melantun mengenai dada kirinya. 
 
“Siasatan mendapati mangsa mengikut ahli keluarga pergi ke kebun mengait sawit pada 9.30 pagi kerana cuti sekolah.
 
“Semasa salah seorang ahli keluarga mangsa sedang mengait sawit, tiba-tiba buah sawit yang dikait telah jatuh bersama sabit melalui kayu kait dan sabit berkenaan melantun mengenai bahagian kiri dada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
 
Marzukhi berkata, mangsa dikejarkan ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.
 
“Polis menerima maklumat kematian kanak-kanak itu kira-kira 3.45 petang,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: