HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Jun 2009

Mansuhkan Dulu PPSMI Sebelum Mewajibkan Bahasa Inggeris Dalam SPM!

BULETIN ONLINE


KUALA TERENGGANU – Rakyat mahu kerajaan menyelesaikan masalah memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seelum mewajibkan matapelajaran Bahasa Inggeri dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi Lajnah Pelajaran PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata beliau curiga dengan hasrat kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan mahu mendedahkan hasil kajian PPSMI pada minggu depan.

”Saya (PAS) ragu apa maksud nak dedah (kajian) ni, sekarang dia (kerajaan) dah tahu rakyat nakkan supaya PPSMI di mansuhkan, dedah ni dedah apa ?,

”dan kita memang tak percaya pendedahan (kajian) ini, kerana bukan kita tak percaya kepada laporan tetapi kita tak percaya takut (bimbang) dimanipulasi,”katanya pada siding media di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah Tok Jiring, dekat sini, semalam.

Menurutnya, matlamat yang dikehendakki oleh kerajaan BN jelas, iaitu mahu mengekalkan PPSMI, sebaliknya, matlamat rakyat juga begitu jelas.

”budayawan, (tokoh-tokoh) bahasa tak mahu PPSMI, rakyat jelata tak mahu, orang ramai orang kampung (juga tak mahu),

”kita personal apa yang dia nak dedahkan sebenarnya dan maksud pendedahan (itu),”tegasnya ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang mahu mendedahkan hasil kajian berkaitan PPSMI, minggu lalu.

Beliau berkata, pendedahan tersebut tidak ada makna, sekiranya ia hanyalah untuk membenarkan (justify) apa yang akan dilaksanakan kerajaan, untuk mengekalkan PPSMI

Sekiranya demikian, katanya lebih baik kerajaan mengkaji dan menyiasat serta mendedahkan skandal-skandal yang terlalu banyak termasuk pembunuhan misteri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

”Kita (PAS) ragu dan nak beri ingatan kepada kerajaan bahawa apa yang dia (kerajaan) buat sekarang ini (sebenarnya) menghukum rakyat,

”termasuklah dia (kerajaan) nak mewajibkan Bahasa Inggeris dalam SPM, cukuplah mewajibkan Bahasa Melayu, apa nak mewajibkan Bahasa Inggeris pula ?,”soalnya

Namun sekiranya kerajaan benar-benar mahu meningkatkan mutu Bahasa Inggeris dalam SPM, katanya, kerajaan mesti menyelesaikan masalah PPSMI terlebih dahulu.

Katanya, PAS tidak menolak hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa antarabangsa, tetapi bukan memertabatkannya.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, kerajaan mesti memansuhkan PPSMI terlebih dahulu sebelumnya mewajibkan Bahasa Inggeris.

”Jadi oleh kerana itu dia (kerajaan) kena selesai dulu masalah ini (PPSMI), baru kita pergi masalah yang kedua iaitu nak wajibkan Bahasa Inggeris dalam SPM bagi meningkatkan mutu Bahasa Inggeris,

“selesaikan yang asas ini dulu, PPSMI membabitkan sekolah rendah hingga sekolah menengah sampai akhirnya sehingga Bahasa Melayu tidak menjadi bahasa ilmu, itu kesannya,”jelas beliau.

Menurutnya mewajibkan matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM adalah perkara sampingan yang sangat kecil, yang boleh dilaksanakan dengan mudah, berbanding isu PPSMI.

40 Peratus Penjawat Awam Terima Gaji Bersih Tak Sampai Separuh

Oleh Sajad Hussein


KUALA LUMPUR -- Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

"Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya kepada Bernama.

Ahmad Shah berkata ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi agen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

"Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang," katanya. Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, bersetuju bahawa satu daripada faktor yang menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan yang tinggi di bandar.

"Untuk mengatakan mereka ini tidak tahu menguruskan kewangan adalah satu tanggapan salah," katanya.

Yang sebenarnya, kata Muhammad Shaani, ialah gaji petugas awam tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.

Beliau memberi contoh bahawa 30 tahun lepas, kos untuk satu sarapan ialah RM1.20 tetapi kini ianya melambung lima kali ganda sedangkan pendapatan penjawat awam tidak meningkat selari dengan kenaikan kos itu.

Muhammad Shaani berkata jika kerajaan tidak dapat menaikkan gaji penjawat awam, ia boleh membantu dengan cara lain seperti menjadikan pengangkutan awam lebih murah, menyediakan lebih banyak biasiswa untuk anak-anak mereka dan memberikan potongan bagi kemudahan tertentu.

PKR harus elak perpecahan

Oleh: HAJI WAHAB TIMPAI (sabahkini)


PEMBANGKANG di kawasan Parlimen Tenom yang merangkumi dua DUN Melalap dan Kemabong digesa supaya berkerja sama bermula sekarang untuk mengelakkan perpecahan para penyokong parti masing-masing pada pilihan raya umum ke-13.

Parti pembangkang di kawasan tersebut ialah SAPP, Keadilan dan DAP, bagaimanapun, DAP menubuhkan barisan penajanya, namun ia dijangka akan dipimpin oleh seorang mantan Penolong Pengarah Kastam DiRaja Malaysia.

Pertemuan tidak rasmi enam mata antara pemimpin veteran yang turut dihadiri oleh Ketua Bahagian SAPP Tenom Jimmy Jawatah bersetuju beberapa pandangan pemimpin veteran demi memantapkan lagi keyakinan penyokong pembangkang di kawasan DUN dan Parlimen terlibat.

Walaupun cadangan itu belum rasmi lagi, namun beberapa orang pemimpin veteran itu akan memaklumkan perkara itu kepada pengerusi DAP Sabah Dr. Hiew King Cheu dalam masa terdekat ini.

Kawasan Parlimen Tenom penduduknya majoriti dari kaum Murut diikuti China dan Kadazandusun.

Baru-baru ini seorang pemimpin Minoriti Lundayeh Mutang Dawat bersedia untuk menyertai DAP dengan syarat pemimpin pembangkang harus bermaufakat, sekiranya pembangkang menukar kerajaan BN pada PRU ke-13.

Menurut Mutang Dawat muali daripada sekarang pemimpin pembangkang perlu mengenepikan sikap penting diri sendiri untuk mencapai kejayaan menterjemahkan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Dzulkifi Gunsika yang baru saja mengistiyarkan meninggalkan Umno dan akan menyertai DAP satu tamparan kepada kemimpinan Umno Tenom yang baru Datuk Rubin Balang.

Manakala koresponden sabahkini.net, Mail Mathew yang turut hadir sama dalam pertemuan itu menggariskan beberapa panduan yang perlu menjadi tumpuan tiga parti pembangkang itu supaya lebih menarik kepada rakyat, untuk mengelakkan mereka cepat muak seperti yang berlaku dalam Parti komponen Barisan Nasional sekarang.

Selangor Rancang Adakan Pengajian Pengurusan Masjid Di KUIS

TV SELANGOR


Cadangan mewujudkan pengajian peringkat diploma pengurusan masjid di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), masih dalam perbincangan.

Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, pengajian itu melibatkan aspek kerohanian, hartanah, perakaunan, pentadbiran dan beberapa bidang berkaitan.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Masjid di Shah Alam hari ini.

Konvensyen dua hari ini membabitkan penyertaan hampir 400 nazir masjid dan surau di seluruh negeri Selangor ini bertujuan melahirkan
pengurusan masjid yang cekap, sistematik dan bertaraf 5 bintang.

Selain itu, beliau berharap 378 masjid yang terdapat di Selangor ketika ini dapat dimanfaatkan dengan pelbagai acara masyarkat islam dan tidak terhad kepada ibadat sembahyang sahaja.

Pada majlis itu, Tan Sri Khalid turut melancarkan portal e-masjid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Dalam pada itu, beliau berharap ahli Jawatankuasa yang baru dilantik, dapat membawa satu pemikiran baru dalam pengurusan masjid untuk memantapkan lagi aktiviti di isntitusi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah JAIS, Datuk Ahmad Khusrin Munawi berkata, konvensyen ini memberi maklumat kepada ahli jwatankuasa yang baru tentang kaedah-kaedah pengurusan masjid yang harus dijalankan.

Beliau berkata, portal e-masjid pula diwujudkan untuk memberi maklumat kepada semua penduduk Selangor dan warga masjid yang mempunyai sistem komputer, dengan mudah dan pantas.

Surau jadi tempat seksaan - Lima pelajar dibelasah selepas solat witir

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK


ROMPIN - Lazimnya surau menjadi tempat beribadat namun lain pula ceritanya bagi lima pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Rompin di sini yang menyifatkan ia sebagai tempat penyeksaan ala penjara Abu Gharib, Iraq.

Seorang daripada pelajar terbabit mendedahkan, bukan sahaja Mohd. Ashraf Abdul Aziz, 15, yang dibuli hingga pengsan oleh sekumpulan pelajar senior di surau itu malah dia bersama tiga lagi rakan turut menjadi mangsa dalam kejadian yang sama.

Pelajar tingkatan tiga yang enggan dikenali itu memberitahu, selepas Ashraf dibelasah pada pukul 1 pagi, dia dan tiga lagi pelajar junior turut dipukul secara bergilir-gilir di surau tersebut.

"Pada malam itu (Khamis) sebaik selesai solat witir, kami dipanggil seorang demi seorang memasuki surau dan dibelasah mengikut giliran selepas kumpulan pelajar senior tidak puas hati sebab kami enggan ikut arahan mereka.

"Saya yang terakhir dipanggil dan sebelum tiba giliran, saya terdengar jeritan kawan-kawan yang dibelasah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Pelajar tersebut diberi cuti oleh pihak sekolah bersama empat lagi rakannya termasuk Ashraf selepas kejadian itu.

Menceritakan kejadian buli itu, mangsa berkata, setiap kali rakan-rakannya dipanggil masuk ke surau, lampu akan dipadamkan dan kedengaran hanya suara kumpulan pelajar senior yang seronok membelasah dan teriakan mangsa.

Kemunculan sulung di PJS: Ezam disambut 'meriah' kawan dan lawan

Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Mohamad Ezam Mohd. Nor muncul pada majlis umum anjuran Umno Petaling Jaya Selatan semalam - buat julung kali sejak kembali ke pangkuan Umno setahun lalu - disambut dengan 'meriah' bukan sahaja oleh bahagian itu, malah penyokong Pakatan Rakyat.

Ezam menyampaikan Ceramah Perdana Pertahan Amanah Bangsa dan Negara anjuran Umno Cawangan Makmur Setia sempena mesyuarat agung tahunan.

Ceramah itu diadakan selepas cawangan itu mengadakan mesyuarat tahunannya malam tadi.

Ezam yang merupakan Timbalan Ketua Umno Petaling Jaya Selatan ketika dipecat pada 1998, memulakan ceramahnya lebih sejam pada pukul 10 malam dengan menerima sorakan ahli-ahli Umno cawangan Makmur Setia seperti yang lazimnya diberikan kepada tetamu jemputan.

Pun begitu, Ezam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) - sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhadapan dengan jeritan sekumpulan kecil penyokong Pakatan Rakyat yang berdiri di luar kawasan Dewan Masyarakat Taman Sri Manja sepanjang ceramahnya.

Hadirin yang pada awalnya dipercayai sekitar 1,000 orang pada pukul 9.30 malam meningkat sekali ganda menjelang 11 malam.

Kumpulan kecil itu, dipercayai ahli PKR dan PAS, menjerit setiap kali Ezam menyentuh tentang masalah dan isu yang menyelubungi Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

"Saya tidak kisah jeritan-jeritan di sana (di luar kawasan Dewan Masyarakat)... saya sudah lama di sini (di Bahagian Petaling Jaya Selatan)... Bahagian Petaling Jaya Selatan merupakan tempat saya memulakan perjuangan politik (dalam Umno)," kata Ezam yang berulang kali menegaskan, perjuangan beliau adalah kerana "prinsip" dan "kebenaran".

"Saya lawan, latih selama 10 tahun... kita pegang pada prinsip, perjuangan harus ada kebenaran, mesti ada kebenaran moral.

"Saya berjuang kerana prinsip, kerana kebenaran. Sebab itu saya berani bercakap," katanya yang menjelaskan sebab beliau keluar PKR setahun selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar penjara pada 2004.

Katanya, beliau mendapati Anwar sudah terkeluar daripada matlamat asas penubuhan PKR yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).

Beliau juga menyentuh kes liwat kali kedua Anwar yang akan didengar di mahkamah bulan depan.

"Dua minggu lagi kita akan tengok kebenaran... dengar (perbicaraan) dan anda buat keadilan sendiri," kata Ezam yang turut menjawab apabila ada penyokong Pakatan Rakyat yang menjerit "mana kotak rahsia?."

Ezam yang telah menyentuh isu berkenaan banyak kali sebelum ini mengulangi bahawa "isu kotka kena tanya Anwar."

"Saya dah cakap di Bukit Gantang, di Permatang Pauh, di Kuala Terengganu (pilihan raya kecil sejak Ogos 2008) dan dalam program Hujah pasal isu kotak ini," katanya.

Oleh itu, tegas Ezam, soal kotak rahsia berkenaan perlu diajukan kepada Anwar yang didakwa menyimpannya.

Menyentuh tentang isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata, PAS perlu menerima hakikat bahawa ia sebenarnya merupakan parti Melayu yang jumlah perwakilannya di Parlimen jauh lebih kecil berbanding dengan Umno.

Oleh itu, kata beliau, "mengambil kira perkiraan matematik biasa" adalah jelas Umno lebih kuat berbanding PAS.

Ketika ini, penyokong Pakatan Rakyat yang berada di luar Dewan Masyarakat menjawab "PAS lebih kuat".

"Ya, PAS kuat, ya PAS kuat, kena ditunggang DAP," katanya lagi.

Justeru katanya, PAS tidak seharusnya mengenakan syarat bahawa Umno perlu mengikut apa kehendaknya dalam membincangkan isu perpaduan orang Melayu.

Di sebalik isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata, beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional.

"Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.

Semasa ditemui selepas berceramah, Ezam berkata, tindakan penyokong Pakatan Rakyat itu menjerit dan mengejek "memperlihatkan sikap tidak matang mereka."

"Ini kali pertama saya berucap di sini (selepas kembali ke Umno). Memang mereka hendak menakut-nakutkan saya, mereka nak menghalang saya daripada bercakap... ia menunjukkan sikap tidak matang mereka," katanya.

Malam tadi, Umno Cawangan Makmur Setia melantik Ezam sebagai Ketua Penerangannya.

"Kemasukan saya disahkan dan saya dilantik sebagai Ketua Penerangan," katanya.

Ketika dipecat pada 1998, Ezam merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Umno yang akan meminda perlembagaannya Oktober ini perlu mengadakan pemilihan baru sebelum pilihan raya umum ke-13 bagi meyakinkan orang ramai bahawa ia benar-benar serius dalam usaha menangani amalan politik wang.

Umno sudah mula mengambil langkah drastik ke arah itu, tetapi "tidak cukup setakat meminda perlembagaan" bagi memperkemaskan parti bagi mencapai matlamat menghapuskan gejala politik wang, kata Mohamad Ezam Mohd. Nor.

Ezam yang ditemu bual mStar Online sempena setahun selepas menyertai kembali Umno mengakui, Perhimpunan Agung Tahunan Khas akhir tahun ini "satu perkara drastik, yang signifikan diambil untuk melawan politik wang dalam parti."

"Ini mesti diperlihatkan (dalam bentuk pelaksanaan)," kata bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan itu.

"Kita mesti beri keyakinan, Umno mesti membuktikan bahawa sudah cukup masa untuk bercakap, sudah cukup masa untuk keluar dengan macam-macam slogan, macam-macam komitmen dan mungkin selepas ini pindaan (perlembagaan) akan dibuat.

"Itu bagi saya masih belum cukup dan ini waktu rakyat mahu melihat Umno benar-benar berubah dengan tindakan.

"Ia mesti dilakukan dengan perhimpunan yang bersih, dengan sistem yang baru (ditunjukkan) kepada rakyat," katanya lagi.

Umno mahu guna tentera menangi p'raya Manek Urai

Abdul Aziz Mustafa


KUALA LUMPUR - Tindakan Umno yang mahu menggunakan tentera untuk memenangi pilihan raya kecil Manek Urai disifatkan bacul oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menuntut Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya.

Untuk mengalahkan calon PAS di Manek Urai, Umno akan membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk, kata Mahfuz.

Ketika mendedahkan perkara itu dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengemukakan pertanyaan kepada Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Awang Adek membisu. Malah, kesemua menteri dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional diam ketika Mahfuz mengemukakan pertanyaan mengenai dokumen Kementerian Pertahaanan itu.

Tidak puas hati dengan sikap membisu para pemimpin Umno terhadap apa yang dibangkitkannya itu, beliau kemudiannya mengadakan sidang akhbar mendedahkan perkara itu .

Operasi meraih undi untuk Barisan Nasional menetapkan misi khas kepada anggota tentera melalui perlaksanaan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, kata beliau.

Beliau memberikan bukti dalam bentuk salinan dokumen Kementerian Pertahanan yang memberi arahan khusus tentang perlaksanan projek itu.

"Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam di mana Barisan Nasional (diharapkan) mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12," kata Mahfuz.

Beliau berkata walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut "diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan Barisan Nasional".

"Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telah pun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni," tambah Mahfuz

Mahfuz berkata Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.

Menurut beliau, antara kawasan yang disasarkan di bawah projek itu adalah Lata Rek, Laloh, Sungai Perial, Sungai Sok, Temalir, Chuchoh Puteri, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

"Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan Barisan Nasional yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera," kata Mahfuz.

Menurut beliau, mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan Barisan Nasional adalah di luar dari bidang tugas tentera.

"Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat.

"Di sini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung," kata Mahfuz.

Arahan itu, katanya, jelas merupakan satu taktik untuk mengabui mata rakyat dan Pakatan Rakyat.

"Hakikatnya ialah ini adalah projek pilihanraya," kata Mahfuz._

Salah laku polis, Suhakam digesa siasat segera

Anis Nazri


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) digesa agar segera mengadakan siasatan awam (public inquiry) berhubung insiden keganasan ketika pelancaran kempen mogok lapar dan puasa sunat, di Wisma DAP, Ipoh, 26 Mei lalu.

Gesaan itu dibuat 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat ketika menyerahkan memorandum yang memuatkan salah laku polis pada program tersebut kepada Pesuruhjaya Suhakam, Dato' S. Sivasubramaniam dan Tan Sri Simon Sipaun, di pejabat Suhakam, baru-baru ini.

Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim, yang mewakili mereka berkata program tersebut diadakan di Wisma DAP yang merupakan premis persendirian, selain ia tidak langsung mengganggu ketenteraman awam.

Bagaimanapun, sebelum sempat majlis pelancaran dijalankan, pihak polis bertindak menahan beberapa Adun dan petugas parti tanpa sebab munasabah dan walaupun perundingan diadakan.

Selain Adun Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum serta melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak polis, mereka turut menyediakan dua klip video dan beberapa gambar yang menunjukkan tindakan keterlaluan polis ketika menahan mereka.

Menyaksikan dua klip video tersebut, Simon kemudiannya memberikan respons bahawa gambaran yang ditunjukkan pada kedua-dua video itu menyamai insiden 'Perarakan 100,000 Jalan Kebun', di Lebuhraya Kesas pada 1998.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan membawa aduan insiden ini ke mesyuarat bulanan badan itu awal bulan depan, sebelum memutuskan sebarang tindakan berhubung perkara ini.

Sementara itu, dalam sidang media yang diadakan Pakatan Rakyat selepas majlis itu, Pengerusi DAP Perak, yang juga Ahli Parlimen Beruas, Dato' Ngeh Koo Ham secara sinis menyatakan polis di negara ini bukan lagi 'Polis DiRaja Malaysia' tetapi 'Polis Raja Di Malaysia'.

"Masalah yang melanda Perak selama ini telah digalakkan lagi kerajaan BN, dengan menjadikan pihak polis sebagai alat untuk mengelirukan rakyat serta mengasari orang awam dan Adun-Adun. Polis bukan lagi Polis DiRaja Malaysia, tetapi 'Polis 'Raja' Di Malaysia'," kata beliau, sinis.

Justeru, mereka mengharapkan Suhakam dapat meneliti perkara itu dan membuat siasatan awam berkenaan insiden tersebut, selain berjanji akan terus bekerjasama dengan Suhakam bagi membekalkan fakta dan maklumat berkenaan isu ini sekiranya diperlukan.

Selain Idham dan Ngeh, Speaker Dun Perak, Dato' Sivakumar; Adun Pasir Pinji, Thomas Su; Adun Teja, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Ipoh Barat, Kulasegaran; dan beberapa Adun lain turut hadir pada majlis itu. - mks. _

Penulis rencana Utusan didesak mohon maaf pada Nik Aziz

Nyza Ayob


KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan mendesak penulis, Zaini Hassan memohon maaf kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menganggap Menteri Besar Kelantan itu seorang pengamal 'political animal'.

Beliau menyifatkan istilah 'political animal' yang digunakan oleh penulis tersebut dalam ruangan rencana Utusan Malaysia adalah berniat jahat untuk merendahkan kewibawaan Nik Aziz.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, beliau berpandangan adalah tidak wajar penulis tersebut merendahkan kewibawaan Nik Aziz yang telah terbukti berjaya mendidik dan memimpin masyarakat dan rakyat di negeri Kelantan dan Malaysia seluruhnya.

"Kesediaan Tuan Guru menarik balik kenyataannya sebelum ini menandakan sikap rendah diri serta ketinggian budi beliau selaku seorang ulama dan pemimpin Islam yang baik.

"Sebagai manusia biasa yang tidak lepas daripada salah dan silap, beliau bersedia diperbetul dan diperbaiki dari masa ke semasa. Salah faham yang berlaku dalam PAS sebelum ini telah berjaya diselesaikan dengan semangat persaudaraan dan kasih sayang dengan baik tanpa sebarang dendam dan sengketa,"jelasnya.

Apa yang berlaku katanya, adalah satu hikmah yang memerlukan semua pihak mengambil pengajaran di sebaliknya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan mana-mana pihak yang tidak memahami kedudukan sebenar apa yang berlaku dalam PAS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum mendapat penjelasan dan gambaran sebenar apa yang berlaku bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah anggap. - mks._

Anak wira terbiar

Oleh Safuri Kamarudin


BALING: Arwah bapanya, Koperal Md Aznan Awang boleh dianggap wira negara apabila terkorban ketika menggalas tugas misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia pada 1993.

Bagaimanapun, 16 tahun berlalu selepas wira negara itu terbunuh dalam pertempuran dengan puak pemisah di negara itu, anak tunggalnya, Norashimah Md Adnan, 20, terpaksa berhempas pulas mencari sesuap nasi tanpa mendapat perhatian mana-mana pihak.

Norashimah yang berusia empat tahun ketika pemergian bapanya kini tinggal di Kampung Sungai Limau, mukim Pulai, berkata kehidupannya hanya bergantung dengan menjual burger di tepi jalan di Baling Kota Jaya, Pulai untuk menyara ibu, Siti Zawiyah Yahya, 43, dan anak kecilnya berusia tujuh bulan.

Dia berkata, ketika bapanya terbunuh dia tidak tahu apa-apa kerana masih terlalu kecil sehingga usianya menjangkau tujuh tahun barulah mengerti kehidupan yang dilalui tanpa mendapat kasih sayang seorang ayah.

“Ketika berusia tujuh tahun barulah saya diberitahu bapa meninggal dunia ketika berjuang di negara orang dan kehidupan harian bergantung kepada kasih sayang ibu yang memberi perhatian setiap hari sehinggalah sekarang,” katanya.

Menurutnya, dia berkahwin ketika berusia 18 tahun tetapi jodoh mereka tidak panjang apabila berpisah tahun lalu selepas melahirkan anak lelaki, Mohd Adam Haziq Mukriz Mohd Nazif kini berusia tujuh bulan.

“Selepas berpisah kehidupan saya terumbang-ambing kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga bertekad membuka gerai menjual burger di tepi jalan Baling Kota jaya untuk mencari nafkah.

“Saya menjalankan perniagaan ini untuk membeli barangan keperluan harian dan untuk bayi saya seperti seperti susu dan lampin pakai buang,” katanya.

Norashimah berkata, dia tinggal bersama ibunya kerana tidak mempunyai rumah lain selain anaknya terpaksa dijaga ibunya setiap hari ketika dia keluar mencari rezeki.

Norashimah memulakan perniagaan pada jam 5 petang sehingga 10 malam setiap hari dengan dibantu saudaranya, Mohd Hafifuddin Ishak, 25.

Norashimah berkata, walaupun bapanya mendapat Pingat Gagah Berani (PGB), namun tidak ada apa yang keluarganya banggakan kerana hidup mereka cukup menyedihkan.