SIS berkata perkahwinan kanak-kanak merampas peluang mereka untuk kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.
PETALING JAYA: Kumpulan hak asasi wanita, Sisters in Islam (SIS) hari
ini menggesa kerajaan persekutuan berbincang dengan kerajaan Kelantan
untuk menaikkan umur perkahwinan kepada 18 tahun.
Kumpulan itu berkata Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca
Perkahwinan Bawah Umur oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat menetapkan pelan 5 tahun untuk memastikan undang-undang,
peraturan dan garis panduan di peringkat negeri selari dengan dasar
persekutuan.
Pelan ini menyatakan halangan dalam menaikkan umur minimum perkahwinan akan ditangani di semua negeri.
Sisters In Islam membuat gesaan itu selepas seorang timbalan menteri
berkata kerajaan persekutuan tidak campur tangan keputusan kerajaan
Kelantan untuk mengekalkan had usia perkahwinan 16 tahun bagi perempuan
dan 18 tahun bagi lelaki.
Kumpulan itu berkata: “Maju ke hadapan, kementerian perlu usahakan
bagaimana ia akan berbincang dengan Kelantan dan semua negeri lain dalam
hal ini.”
SIS menambah menteri dan timbalan menteri hal ehwal agama di Jabatan
Perdana Menteri mesti menyokong kementerian wanita dalam usaha
menamatkan perkahwinan bawah umur.
“Amalan perkahwinan kanak-kanak di Malaysia tidak boleh
dipertahankan, melanggar hak asasi kanak-kanak dan merampas peluang
mereka untuk kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.”
Terdahulu hari ini, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Fuziah Salleh, berkata kementerian wanita memutuskan tidak akan campur
tangan dalam keputusan kerajaan Kelantan.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan kerajaan menasihatkan
kerajaan negeri supaya mematuhi undang-undang dengan menempatkan hakim
Mahkamah Tinggi Syariah sebagai pembuat keputusan terhadap sebarang
permohonan pernikahan membabitkan pasangan bawah umur.
KUALA
LUMPUR: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya
mahu selepas ini dia menjadi lebih baik daripada sebelum ini,” kata bapa
remaja lelaki yang dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di
sini, hari ini atas tuduhan membunuh 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul
Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran menyayat hati, hampir tiga tahun lalu.
Ditanya
media apakah perancangan untuk anaknya selepas ini, bapa berusia 56
tahun itu membayangkan kemungkinan menghantar anaknya menyambung
pelajaran.
“Harapan tentulah mak ayah mahu anaknya menjadi
yang baik, tetapi ini sudah ketentuan dia (anaknya) pak cik terima,”
katanya kepada media selepas keputusan di akhir kes pendakwaan, hari
ini.
Bagaimanapun, remaja lelaki berusia 19 tahun itu ketika ditemui media berkata: “Tak boleh nak cakap apa-apa.”
Dia yang memakai baju kemeja-T putih dan berseluar jeans biru kemudian dipeluk erat oleh bapanya selepas keluar mahkamah.
Remaja
itu mengangguk ketika media bertanyakan sama ada berasa sedih apabila
rakannya diperintahkan membela diri atas pertuduhan sama.
Dua beranak itu kemudiannya melambai ke arah pihak media sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.
Terdahulu,
Mahkamah Tinggi di sini turut memerintahkan rakan remaja itu, juga
berusia 19 tahun membela diri atas pertuduhan membunuh 23 penghuni Pusat
Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Hakim Datuk Azman Abdullah
membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya
membuktikan kes prima facie ke atas remaja berkenaan.
Dua
remaja lelaki itu yang ketika kejadian berumur 16 tahun didakwa
bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz
beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju,
di sini di antara 4.15 pagi dengan 6.45 pagi, 14 September 2017.
Mereka masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu. – BERNAMA
Bantuan haji bagi musim 1441H/2020M masih kekal untuk bakal jemaah
haji Muassasah kali pertama termasuk mereka yang berjaya dalam
permohonan rayuan ibadah itu dengan membayar RM9,980 seperti tahun-tahun
sebelum ini, menurut Lembaga Tabung Haji (TH).
TH, menerusi
makluman di laman sesawang rasminya hari ini, memaklumkan bahawa
permohonan rayuan diberi keutamaan kepada mereka yang membuat rayuan
sebagai mahram, lanjut usia, pembantu lanjut usia dan mereka yang telah
terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa menangguh pemergian
haji.
Selain daripada merit rayuan berkenaan, keutamaan pertimbangan juga akan diberikan kepada giliran jemaah pada tahun 1442H/2021M.
“Sebagai
satu usaha penambahbaikan, Tabung Haji telah memperkenalkan Borang
Rayuan Haji yang seragam untuk mempertingkatkan proses rayuan haji bagi
jemaah yang ingin menunaikan haji pada musim haji 1441H/2020M ini.
“Borang
ini memberi ruang kepada sesiapa yang merayu dan jika terpilih, mereka
boleh secara sukarela bersetuju untuk membayar penuh RM22,900 untuk
menunaikan haji secara Muassasah,” menurut makluman itu.
Hari ini
tular di media sosial kononnya borang rayuan TH menimbulkan kekeliruan
serta mempersoalkan rasional perakuan untuk ditandakan persetujuan sama
ada secara sukarela bersetuju atau tidak untuk membayar penuh kos
RM22,900 tanpa Bantuan Haji TH dan apakah jaminan mereka yang menandakan
tidak bersetuju untuk membayar penuh akan menerima pertimbangan adil.
Menurut
TH, tidak timbul isu ketidakadilan kerana mereka yang membuat rayuan
bebas memilih untuk mendapatkan bantuan haji atau ingin membayar penuh.
Keputusan rayuan adalah berdasarkan merit dan bukannya kepada bayaran
haji yang akan dibayar bakal jemaah.
Buat julung kali, TH
memperkenalkan borang rayuan haji bagi musim Haji 1441H/2020M untuk
diisi oleh setiap individu yang membuat rayuan untuk menunaikan haji
bagi membolehkan TH mengenal pasti mereka yang mencukupi syarat.
Hari
ini, TH mula mengeluarkan surat tawaran haji secara berperingkat kepada
pendeposit TH untuk menunaikan ibdah haji pada tahun ini. Kuota rasmi
haji Malaysia pada tahun ini meningkat kepada 31,600 berbanding 30,200
jemaah pada musim haji lepas.
Setakat 24 Jan, TH telah menerima
100,000 surat rayuan dikemukakan oleh mereka yang memohon menunaikan
haji pada tahun ini dan kesemua mereka perlu mengisi borang rayuan yang
diperkenalkan TH tahun ini.
“Pihak TH akan mengeluarkan surat
perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan
seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem TH untuk
diproses,” menurut TH.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan
rayuan haji, para pendeposit boleh menghubungi talian khidmat pelanggan
(THCC) di 03-6207 1919.
Tindakan Malaysia membendung penularan penyakit berjangkit
2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) disifatkan lebih bersedia, pantas
serta proaktif berbanding ketika berdepan wabak berbahaya dahulu seperti
Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), virus Nipah, serta Ebola.
Pakar
penyakit berjangkit Datuk Dr. Christopher K.C. Lee berkata, berdasarkan
pengalaman negara dalam mengawal kes-kes penyakit berjangkit terdahulu
menjadikan Malaysia lebih bersedia termasuk meningkatkan tahap imbasan
kesihatan di semua pintu masuk negara serta pengasingan mereka yang
dijangkiti wabak itu.
Dr Christopher berkata langkah pantas
seumpama itu adalah penting bagi mengurangkan potensi berlakunya ‘local
transmission’ panyakit itu dalam negara ini.
“Berbanding
ketika SARS pada 2002, kita ambil masa berminggu-minggu untuk mengesan
wabak itu, kini dengan pengalaman, kepakaran dan teknologi kita mampu
mengesan wabak itu lebih awal.
“Kita (negara) sekarang dalam fasa
‘pembendungan’, untuk menyekat ia daripada sebarang penularan di sini.
Tujuh kes yang dikesan bukan dijangkiti dalam Malaysia tetapi di luar
negara dan dibawa masuk ke negara ini. Penting untuk kita bendung wabak
itu dari merebak dalam negara,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Dikenali
sebagai 2019-nCoV, Koronavirus yang menyebabkan keadaan seperti radang
paru-paru, mula dikesan pada Disember lepas di Wuhan, China, dan gejala
jangkitan termasuk demam, batuk dan sukar bernafas. Setakat Rabu 8
malam, tujuh kes positif disahkan di Malaysia.
Dr Christopher
bagaimanapun berkata, selain kaedah imbasan haba, hebahan makluman dan
informasi kepada setiap pelancong yang masuk ke Malaysia khususnya dari
kawasan yang dijangkiti juga penting.
“Mereka (pelancong) juga
perlu diberi maklumat tentang gejala wabak dan tindakan yang perlu
seperti merujuk kepada hospital tertentu sekiranya berasa tidak sihat.
“Ini
penting, kerana ketika mereka masuk ke Malaysia mungkin bukan dalam
keadaan demam atau gejala wabak itu dan mungkin jatuh sakit selepas
beberapa hari,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau yang
berpengalaman mengendalikan kes SARS, Ebola dan virus Nipah itu berkata
penularan Koronavirus di kawasan terjejas seperti Wuhan, China adalah
lebih cepat berbanding penyakit berjangkit lain, tambahan dunia masih
kekurangan data mengenai wabak baharu itu.
Jelasnya lagi,
jangkitan Koronavirus menjadi lebih buruk kerana faktor peningkatan
trend keluar masuk pelancong di China berikutan sambutan Tahun Baharu
Cina.
“Ini menjadi lebih buruk kerana mereka melakukan perjalanan
pada masa yang sama, jadi ia menimbulkan keadaan lebih rumit,” katanya.
Ditanya
dakwaan kononnya Koronavirus boleh tersebar melalui permukaan barang
yang diimport dari China, Dr Christopher berkata potensi perkara itu
berlaku adalah rendah.
Katanya, kebanyakan virus bertahan dalam
sesuatu persekitaran antara beberapa jam hingga beberapa hari, namun
bergantung kepada keadaan tertentu.
“Walaupun kita kurang data
mengenai Koronavirus, kita beranggapan ia seperti SARS dan influenza
yang tidak berterusan lama dalam persekitaran, jadi tahap penularan
wabak melalui barangan sangat rendah,” tambahnya.- Bernama
Para
penyokong Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka akan
mengadakan perhimpunan solidariti di 10 lokasi di seluruh negara hari
ini ketika beliau dijangka hadir ke ibu pejabat parti bagi menjawab
surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin kepadanya.
Pejabat
Zuraida memberitahu media bahawa Ahli Parlimen Ampang itu akan hadir
pada jam 12.30 tengah hari ini untuk menjawab surat tunjuk sebab
berkenaan.
Zuraida setakat ini enggan mendedahkan alasan surat
tunjuk sebab itu dikeluarkan kepadanya namun memberi gambaran bahawa ia
mempunyai kaitan dengan ucapan yang dibuatnya semasa perhimpunan anjuran
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di Renaissance Hotel bulan lepas.
Pemberitahuan
kepada media okeh pejabat Zuraida juga termasuk jemputan untuk liputan
perhimpunan solidariti di Kelantan, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang,
Perlis, Kedah, Melaka, Perak, Johor dan Negeri Sembilan yang akan
diadakan serentak pada jam 1 petang.
Apa makna semua ini?
Bermakna,
perhimpunan solidariti di seluruh negara itu adalah anjuran Zuraida
sendiri bagi tujuan menunjukkan sokongan yang ada di belakangnya, sambil
untuk memberi tekanan kepada Lembaga Disiplin.
Dalam hal ini,
sebagaimana yang disebut oleh Anwar Ibrahim beberapa hari sebelum ini
bahawa Lembaga Disiplin PKR adalah sebuah badan bebas, maka ia hendaklah
berfungsi dengan sebebas-bebasnya.
Berdasarkan pertuduhan dalam
surat tunjuk sebab kepada Zuraida, Lembaga Disiplin mesti fokus kepada
jawapan yang akan diberikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
berkenaan.
Sebarang tekanan atau berapa ramai yang ramai dalam
himpunan solidariti anjuran Zuraida tidak harus membuatkan Lembaga
Disiplin goyang dalam pendiriannya.
Jika ia goyang dalam pendirian
atau tunduk kepada sebarang tekanan dalam membuat keputusan,
Lembaga
Disiplin akan dilihat tidak lagi bebas dalam peranan serta fungsinya
menjaga serta parti dan melindungi institusi presiden daripada sebarang
perbuatan yang melanggar disiplin.
Kerajaan akan berunding dengan China untuk membenarkan warga Malaysia di Hubei pulang, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir
berkata rekod kerajaan menunjukkan sejumlah 78 warga Malaysia kini
terperangkap di Hubei, susulan langkah kerajaan China menutup pergerakan
keluar masuk di wilayah itu, bagi menghalang penularan virus novel
koronavirus (2019-nCoV).
"Rakyat Malaysia yang berada di Wuhan
sekarang tak boleh keluar, kita nak bincang dan runding dengan kerajaan
China supaya rakyat Malaysia yang tak sakit boleh balik ke Malaysia.
"Mereka
akan diperiksa bila sampai ke Malaysia, jika ada bukti mereka sakit
(dijangkiti) koronavirus, atau mereka berada di sana (Hubei) lama,
mereka akan dikuarantin sebelum dibenarkan balik ke rumah
masing-masing," katanya ketika sidang media hari ini.
Katanya setakat ini belum ada warga Malaysia di Wuhan yang dilaporkan telah dijangkiti virus tersebut.
Setakat ini 2019-nCoV telah mengorbankan 132 nyawa dengan kira-kira 6,000 kes di China.
Ratusan
warga Amerika Syarikat dan Jepun sudah dikeluarkan dari Wuhan dan
wilayah Hubei, manakala pengeluaran warga Australia sedang dirancang.
'Warga M'sia kekurangan bekalan makanan'
Selain terperangkap, kata Mahathir, warga Malaysia di Wuhan juga dilaporkan berdepan masalah kekurangan bekalan makanan.
"Ada yang hanya ada makanan untuk empat hari," katanya.
Justeru,
katanya, jika Malaysia perlu menghantar kapal terbang ke sana untuk
membawa pulang warganya, kerajaan juga berhasrat menghantar bantuan.
"Kita akan bawa makanan, dan kalau dapat (bawa) sarung tangan dan topeng muka... kerana ini juga kekurangan bekalan," katanya.
Berkenaan
status warga China yang dirawat di Malaysia kerana koronavirus,
Mahathir berkata mereka tidak menunjukkan simptom yang memburuk.
Mahathir
juga berkata pelancong dari China yang berada dalam negara tidak
dianggap tidak selamat, dan beliau juga tidak merasakan mereka akan
kekal di Malaysia.
"Mereka akan perlu tinggalkan (Malaysia)," katanya lagi.
Katanya
lagi, mereka yang keluar dari Malaysia tidak akan dikenakan pemeriksaan
kesihatan kerana keutamaan kerajaan adalah mereka yang masuk ke dalam
negara.
Lepas kita berheboh-heboh dengan abu mayat Chin Peng,
kita dihantui pula oleh Dong Zong. Dong Zong ini adalah NGO Bani Cina.
Kisah Bani Melayu dihantui oleh Dong Zong ini bukan cerita baru.
Ini
kisah lama. Sudah lama membarah. Tapi tulisan ini bukan tentang hantu
Dong Zong. Tulisan ini tentang maruah Bani Melayu. Nama Dong Zong
terkait sama sebagai pemangkin hujah.
Saya terbaca kenyataan dari
beberapa badan NGO Bani Melayu yang mahu Dong Zong diharamkan.
Saya juga
terbaca tuntutan yang mahukan tindakan diambil terhadap Dong Zong. Saya
juga ternampak kenyataan pemimpin parti Islam yang menyelar Dong Zong
kerana menolak tulisan Jawi.
Saya juga terbaca tuntutan agar sekolah
Cina dihapuskan.
Untuk saya semua ini lawak. NGO Bani Melayu buat
lawak. NGO Bani Cina Dong Zong ini pun buat lawak. Mereka buat lawak
bodoh. Ops, saya ulangi, mereka membuat lawak bodoh yang amat bahaya.
Kah, kah, kah!
Setelah
puas ketawa, mari kita bertafakur sejenak. Minum segelas air sejuk dan
tanya sendiri: Apakah kalau Dong Zong ini diharamkan suasana dan sikap
Bani Melayu membenci Bani Cina akan tamat?
Jika Dong Zong diharamkan
apakah Bani Melayu akan menerima Bani Cina dengan hati terbuka? Apakah
kerana Dong Zong wujud segala usaha kerja Bani Melayu gagal?
Wahai
Bani Melayu sila beri jawapan jujur kepada pertanyaan yang saya
tanyakan. Jangan berselidung. Kata induk di sini ialah jujur. Bani
Melayu wajib bersikap jujur. Tidak ada oik dan tidak ada ek.
Justeru
saya menolak pengharaman Dong Zong. Penolakan ini bukan kerana saya
peminat setia Dong Zong. Saya tidak akan menyokong Dong Zong diharamkan
kerana saya memiliki falsafah yang menolak segala bentuk pengharaman.
Saya menolak segala bentuk pekara yang tidak dibolehkan; terutama jika
pengharaman dan larangan ini muncul dari arahan atau hukum daulah.
Saya
adalah pengaju falsafah: dilarang melarang. Terlalu banyak larangan dan
terlalu banyak tanda tak boleh terpampang dihadapan kita. Atau dalam
bahasa Arab terlalu banyak mumnung. Amin.
Pada hemat saya
niat untuk mengharamkan Dong Zong ini adalah salah. Ini kerana Dong Zong
satu pertubuhan yang mewakili satu idea – mewakili satu pandangan. Idea
dan pandangan tidak boleh diharamkan. Idea dan pandangan memiliki nafas
dan nyawa tersendiri. Idea dan pandangan boleh dilembagakan sebagai
haram. Tapi idea dan pandangan akan terus bergerak. Idea tidak dapat
dipagar, digari atau ‘disosmakan’.
Pejabat Dong Jiao Zong
Ini
sama juga dengan pandangan saya yang tidak bersetuju jika ada tuntutan
pengaharam terhadap NGO Perkasa , NGO Isma atau gerakan agama Islam yang
dianggap sesat atau ditakrif ajaran salah. Saya tidak akan menyokong
sikap untuk menindas satu-satu fahaman agama atau ideologi.
Memasung
pendapat adalah kerja yang sia-sia. Contohnya ialah pandangan ateis.
Ateis tidak percaya kepada wujudnya tuhan. Mereka rasionalis. Dari zaman
Baitul Hikmah di era Harun Aminul Rashid (786- 809) pandangan
Muktazilah ini telah wujud. Pandangan Ateis dilarang dipropagandakan
tetapi pandangan dan idea ateis wujud bersepah-sepah dalam negara kita
ini.
Ini sama juga dengan langkah mengharam, melarang dan
menghukum homoseksual. Tetapi hakikatnnya homoseksual berada di
mana-mana. Justeru untuk saya niat mengharamkan Dong Zong, ateis,
Muktazilah homoseksual, Perkasa, Isma atau apa sahaja badan adalah lawak
dan satu kerja yang sia-sia.
Pada tahun 2020 melarang pandangan,
melarang idea adalah kerja bangang. Seribu MCMC bermakna seribu pegawai
kerajaan makan gaji buat buat kerja sia-sia. Khalas.
Begitu
juga dengan tuntutan agar sekolah sekolah Cina ditutup. Apakah Bani
Melayu akan menjadi lebih bijak jika sekolah Cina ditutup? Apakah
kebijaksanaan Bani Melayu ini bergantung dengan sekolah Cina?
Untuk
saya lebih baik segala idea terlarang atau tidak dibicara dan dihujah
secara terbuka untk dinilai oleh orang ramai. Pandangan yang bodoh dan
tak masuk akal pasti akan ditolak. Berbincang berhujah dan berdebat
secara terbuka bukan secara songsang atau secara bawah tanah lebih
sehat.Pendekatan terbuka lebih menjanjikan untuk mendapat kata hasil dan
kata putus.
Apa sahaja idea yang diharamkan atau dilarang akan
bergerak di bawah tanah. Ini lebih bahaya. Pada ketika ini soh she soh
she seperti ceramah karut-marut dan cerita dongeng banyak bertaburan.
Larangan di sana sini. Ini tak boleh disentuh. Yang ini jangan tanya.
Yang ini pekara sensitif. Yang ini suci. Yang ini sakral. Yang ini ada
tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hasilnya orang ramai jadi cendawan, disimpan dalam bilik gelap dan diberi makan tahi lembu dan sampah saraf.
Sentimen
prasangka perkauman berterusan. Dari kajian impirikal saya mendapati
sikap Bani Melayu benci kepada Bani Cina tidak berkurangan malah makin
bertambah. Ini berbanding ketika saya sedang membesar di sekolah
menengah hingga ke kuliah universiti.
Sentimen Melayu benci Cina
ini makin meluas dengan bantuan teknologi media baru. Sekarang setiap
sosok adalah pemilik akhbar, pemilik tv dan pemilik radio. Sentimen
perkauman tidak perlu RTM atua TV3. Bani Melayu dan Bani Cina bukan
Tutsi dan Hutu yang memerlukan Radio Rwanda untuk menimbulkan
benterokan. Amin
Maka dalam suasana inilah saya memunculkan persoalan maruah Melayu.
Nama
asal bumi yang kita duduki ini ialah Tanah Melayu. Pekara ini ramai
yang tidak sedar atau tidak tahu. Untuk yang tidak sedar kita sedarkan.
Untuk yang tidak tahu kita beri tahu. Jangan jadi profesor kangkung atau
profesor carma atau polis pencen cuba menafikan bahawa Tanah Melayu ini
tidak pernah dijajah oleh Inggeris. Kita semua cari makan. Tapi cari
makan dengan hujah bangang akan terus dilihat mat bangang atau profesor
bangang. Khalas.
Kerana bumi ini asalnya Tanah Melayu maka
budaya penakrif di bumi ini ialah budaya Melayu.
Budaya penakrif inilah
yang menjadi tulang rusuk maruah Melayu. Tidak ek tidak ada ook dalam
perkara ini.
Kalau Bani Cina atau Bani Melayu pindah ke United
Kingdom maka budaya penakrif ialah budaya Anglo Saxon. Kalau Bani Cina
atau Bani Melayu pindah ke Jerman maka budaya penakrif pastiah ialah
Deutsche. Perkara Deutsche ini cuma digugat oleh Bani Israel pada satu
ketika dahulu. Hasilnya sampai sekarang Bani Israel faham apa itu budaya
penakrif.
Maka dari sini saya bertanya - apakah dengan
pengharaman Dong Zong dengan serta-merta Bani Melayu akan lebih
bermaruah? Apakah dengan tertutunya sekolah Cina Bani Melayu akan
menjadi bijak bermaruah?
Untuk saya jawabnya tidak.
Bani
Melayu wajib menerima hakikat bahawa maruah Melayu bukan terikat dengan
Dong Zong. Tidak bergantung dengan tulisan Jawi atau sekolah Cina.
Maruah Melayu ada dalam sanubari, dalam fikrah dan dalam jati diri
Melayu itu sendiri.
Mari kita – sebagai Bani Melayu melihat diri
kita sendiri. Melihat ke dalam dan merungkai jiwa dan naluri yang kita
heboh-hebohkan sebagai maruah Melayu.
Maruah Melayu ialah
memastikan wujudnya garis budaya Melayu – budaya yang lahir dan wujud
dari mata air bumi ini sebagai budaya penakrif. Justeru tak perlu
haramkan Dong Zong atau sekolah Cina atau sekolah Tamil. Ini isu
sampingan. Jangan jadikan isu sampingan isu induk.
Sentiasa sedar
apa dia manifestasi. Dan apa dia inti pati. Jangan gagal memahami garis
falsafah ini.
Jika gagal maka kita beramuk melawan manifestasi walhal
ada yang lebih besar yang melahirkan manifestasi itu.
Para
pemikir, para intelektual dan budayawan Bani Melayu seharusnya
mewujudkan satu gerakan massa untuk menimbulkan kesedaran Melayu.
Kesedaran Melayu bukan dengan menutup sekolah Cina atau sekolah Tamil.
Seorang murid sekolah Cina, gambar hiasan
Kesedaran
ini adalah kesedaran untuk menjana budaya penakrif. Melalui budaya
penakrif wajib selari bangun dengan maruah Bani Melayu.
Apabila
budaya penakrif gagah besar berwibawa maka dengan sendirinya Melayu akan
bermaruah. Tak perlu undang-undang.Tak perlu rujukan hukum hakam. Tak
perlu merujuk Perlembagaan Persekutuan.
Bani Cina atau ke
pendatang termasuk Bani Melayu jika menjadi kaum imigran di London,
Paris atau Frankfurt akan dengan serta-merta akur dengan budaya penakrif
tempatan. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Mereka akan
sedar bahawa merak adalah imigran. Ini kerana wujudnya budaya penakrif
yang ampoh.
Untuk sementara waktu kita lupakan Dong Zong, sekolah
Cina atau tulisan Jawi. Mari kita – sebagai Bani Melayu melihat diri
kita sendiri. Melihat ke dalam dan merungkai jiwa dan naluri yang kita
heboh-hebohkan sebagai maruah Melayu.
Maruah ialah harga diri.
Maka apa sebenarnya harga diri Bani Melayu? Ini persoalan yang wajib
kita sama-sama merungkai. Ini bukan kerana berniat untuk meminggir bani
ini atau bani itu. Bukan, bukan, bukan. Budaya penakrif ini wajib wujud
selari dengan maruah Melayu. Apa dia maruah Melayu? Tunggu minggu
hadapan.
*HISHAMUDDIN RAIS ialah aktivis politik, penulis dan pengarah filem.
Nota editor: Sedikit pindaan dibuat pada berita ini supaya lebih jelas.
DAP
akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan jika Putrajaya enggan
mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), kata timbalan setiausaha
agung DAP Nga Kor Ming.
“Kita malah capai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf.
“Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang,” kata Nga kepada Oriental Daily.
Sebahagian daripada video wawancara itu dimuat naik ke atas talian.
PH,
terutamanya DAP, dihentam masyarakat dan parti Cina atas alasan lambat
dalam usaha memastikan kerajaan mengiktiraf UEC, seperti dinyatakan
dalam manifesto 2018 PH.
Selain isu UEC, DAP juga dikritik tidak bersuara dalam banyak itu.
Laporan Oriental Daily hari ini berkaitan isu UEC daripada wawancara sama, gambar hiasan
“DAP
tak diam selepas jadi sebahagian daripada kerajaan. (Sebaliknya) kita
lebih berani bercakap, sekarang kita ada saluran kerajaan dan ini boleh
dilihat dalam mesyuarat kabinet, kata Nga.
Beliau mengaku kecewa kerana kejayaan DAP dan PH tidak dihargai masyarakat awam.
“Kita selesaikan 70 peratus tugas, tetapi orang ramai cuma lihat 30 peratus yang tak siap,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui kejayaan itu tidak diuar-uarkan secara lebih berkesan.
Masjid Putra di Putrajaya hari ini dibuka semula untuk dikunjungi
pelancong bukan Islam, selepas ditutup sejak 26 Januari lalu ekoran
ancaman wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV).
Jurucakap
pengurusan masjid juga berkata pihaknya akan melaksanakan garis panduan
yang diberikan Kementerian Kesihatan ketika menerima kunjungan
pelancong.
"Ya, hari ini kita telah membuka kembali Masjid Putra Putrajaya untuk dilawati pelancong yang berkunjung.
"Sebelum
ini kita tutup atas foktor keselamatan kesihatan memandang kita tidak
mempunyai alat untuk mengesan virus berkenaan seperti mana yang diletak
di lapangan terbang.
"Bagaimanapun
Kementerian Kesihatan telah memberi garis panduan berhubung perkara
ini, jadi kita membukannya kembali," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini.
Pada 26 Januari lalu, Bernama melaporkan Masjid Putra hanya akan dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan sembahyang, dan ditutup kepada pengunjung bukan Islam.
Dua
hari kemudian, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi
ketika diminta mengulas perkara itu, berkata pihaknya akan menulis surat
kepada pihak berkenaan agar menghentikan larangan seumpama itu.
Hari ini Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata penutupan masjid atau muzium untuk pelancong bukan Islam bukanlah dasar kerajaan dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Mengulas
lanjut, jurucakap pengurusan Masjid Putra berkata masjid tersebut
sememangnya destinasi tumpuan pelancong asing ke Malaysia.
Malah dia berkata pihaknya menerima kehadiran ramai pelancong asing, termasuk dari China, pada setiap hari.
Di Malaysia pula, empat kes positif wabak koronavirus dicatatkan.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Seksyen 5 yang merupakan salah satu mercu tanda di Shah Alam.
SHAH ALAM: Plaza Perangsang antara tempat paling sibuk di Shah Alam
dengan kedai dan pejabat yang dipenuhi pengunjung serta pekerja
kira-kira 5 tahun lalu, kini hampir kosong.
Plaza Perangsang yang terletak di kawasan perniagaan Seksyen 14 di
pusat bandar Shah Alam kini bagaikan bandar hantu kerana kebanyakan
bangunan pejabat dan pusat beli-belah tinggal hampir terbiar.
Seorang peniaga baju selama 10 tahun di Plaza Perangsang yang
menggelar dirinya Kak Habibullah berkata, perniagaannya berkembang pada
mulanya, sebelum pelanggan berkurangan kira-kira 50% dan pendapatannya
hanya cukup untuk membayar sewa lot. Papan menunjukkan bilangan penyewa di Menara Bank Rakyat, Shah Alam.
Seorang kerani di pejabat operasi dan penyelenggaraan bangunan itu
berkata, ramai penyewa lot pejabat diminta mengosongkan premis beberapa
tahun lalu untuk memberi laluan kepada pengubahsuaian.“Tetapi pengubahsuaian itu tidak pernah berlaku.”
Plaza Perangsang yang dibuka pada 1988 ialah mercu tanda utama di
Shah Alam dan sebuah daripada bangunan komersial tinggi tertua di bandar
itu.
Ia direka dan dibina syarikat berkaitan kerajaan, Kumpulan Darul
Ehsan Berhad (KDEB) dan anak syarikatnya, Kumpulan Perangsang Selangor
Berhad.
Ia pernah menempatkan Hotel Quality yang merupakan hotel terawal di Shah Alam.
Sesetengah lot pejabat di tingkat atas masih berpenghuni, kebanyakannya disewa Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Selangor.
Di Menara Bank Rakyat yang terletak beberapa kilometer dari Plaza
Perangsang, kebanyakan daripada 23 tingkatnya tidak berpenghuni. Plaza Perangsang dan bangunan Umno Selangor yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam.
Seorang anggota polis yang mengawal bangunan itu mengesahkan banyak lot pejabat sudah kosong.
Beberapa ratus meter dari sana terletak bangunan Bank Negara cawangan Selangor yang sudah terbiar.
“Semua sudah berpindah ke Kuala Lumpur,” kata pengawal keselamatan di sana.
Begitu juga nasib bangunan Umno Selangor tidak jauh dari sana kerana kurang 10 orang bekerja di seluruh bangunan itu.
Pakar hartanah, Ernest Cheong menyalahkan perancangan buruk untuk kadar penyewaan rendah. Seorang kakitangan di bangunan Umno Selangor di Shah Alam berkata, kurang 10 orang bekerja di bangunan ini.
Beliau berkata, masalahnya ialah bangunan di Seksyen 14 dibangunkan
kerajaan negeri, bukannya pemaju komersial yang didakwanya akan
mempunyai perancangan bandar lebih baik.
“Langsung tiada jambatan pejalan kaki menghubungkan Plaza Perangsang dan pusat beli-belah PKNS berhampiran.”
Mengulas kekurangan kepelbagaian barangan pengguna di Plaza
Perangsang, katanya, pengunjung mungkin tiada pilihan jika gagal mencari
barang yang mereka mahu dan keadaan bertambah teruk kerana tiada
jambatan pejalan kaki di kawasan itu. Lobi Plaza Perangsang yang lengang.
Ejen hartanah yang khusus dalam penyewaan pejabat di Seksyen 14,
Munirah Mohammad berkata, penyelenggaraan bangunan yang teruk ialah satu
daripada punca kadar penyewaan rendah.
“Bangunan ini agak lama dan ketinggian siling sangat rendah.”
Katanya, kebanyakan penyewa berpindah ke bangunan pejabat baru yang
diselenggara lebih baik seperti Plaza Azalea, Vista Alam dan Menara
Naza.