HALAMAN SANTAI

Selasa, 19 Februari 2008

"Tolonglah percaya kami - kami adalah kerajaan anda" Pak Lah
Oleh The Star


PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaannya tiada sebab untuk berbohong kepada rakyat negara itu.

'Tolonglah percaya kami - kami adalah kerajaan anda,' ujarnya.'

Jika anda lihat pada ekonomi kita, ia baik. Fakta itu dibuktikan dengan perangkaan.

Tapi, rakyat masih mendakwa sebaliknya kerana kenaikan harga barangan. Ini satu cara yang terlalu mudah untuk menganalisis ekonomi,' jelasnya lagi.

Menurutnya, persoalannya sekarang ialah 'bukan bagaimana hendak menurunkan harga tetapi bagaimana hendak membantu rakyat sanggup bertahan'.

Menurutnya, usah bandingkan ekonomi Singapura dengan ekonomi Malaysia.

Ia bagai membandingkan 'anggur kelas satu (Singapura) dengan epal kelas satu (Malaysia)', beliau semasa berucap kepada masyarakat Cina dalam satu sesi dialog di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kelmarin.

'Kita mempunyai jumlah penduduk lebih 20 juta dan kita diletak pada tempat kelapan di dunia dari segi daya saing kita.

'Ini bukan perangkaan kerajaan dan saya tidak berbohong kepada anda. Ini statistik daripada tinjauan antarabangsa,' katanya .

'Jika saya kata statistik dari tinjauan kami sendiri, anda tidak akan percayakan kami. Di semua tempat saya pergi, masyarakat peniaga memberitahu saya bahawa prestasi (ekonomi) Malaysia baik. Mereka orang yang pandai. Anda tak boleh memperbodohkan mereka kerana mereka banyak membaca,' tegas beliau.

Tiada ulasan: