HALAMAN SANTAI

Isnin, 18 Februari 2008

No 13: Adakah Dollah Badawi terpengaruh dengan Jason and Twelve Argonout?
Oleh ahmadhadeed



Apabila saya baca STAR 14 Feb 08, saya macam tak percaya macam mana Dollah Badawi yang konon kuat ugama begitu percaya kepada no 13. Memang dengan secara sengaja Dollah memilih 13 Feb untuk membubar kuasanya. Yang peliknya semua keretanya plate bernombor 13. Saya membuat penyelidikan dan ada satu peristiwa yang mungkin di percayaai oleh Dollah di mana no 13 di anggap bertuah . Ianya kisah tuhan Greek, Jason ( 1 orang ) and Twelve Argonout.

Cerita 13 orang hebat Jason and Twelve Arganout sangat dipercayaai oleh orang greek . Bagi orang Greek , serupa juga dengan Pak Lah , 13 adalah lucky number atau nombor bertuah yang membawa kejayaan. Bagi Pak lah mungkin dia fikir nombor 13 ini akan menyelamatnya..

Sebab itulah dia tergesa gesa membaubar parliment pada 13 Feb 08 . Tetapi sebab apa Pak Lah berbohong sebelum mengisthtiharkan tarikh pembubaran dewan itu saya tak faham. Mungkin dia belajar dari Fen Sui atau ahli silap mata lain yang tak dapat saya kesan.

Jason adalah Tuhan bagi orang Greek yang gagah dan sentiasa bernasib baik.Kawan baik Jason ialah Hercules , seorang lagi tuhan greek yang gagah berani. Bagi orang greek , tuhan mereka berperangai macam manusia dan kadang kadang mempunyai dendam, kasih dan benci macam manusia.

Cerita Jason and twelve argonaout ini banyak tak masuk akal namun Pak Lah pun banyak buat kerja tak masuk akal contohnya berkata mengadai tanah Johor kepada Singapure di Wilayah Iskandar dan melepaskan Eric Chia dari di dakwa. Yang tak masuk akal lagi ialah pada 12 dia kata esok tidak di bubar Parlimen tiba tiba pada tengah hari 13 haribulannya terus di bubar parlimen.

Ini lagi tak masuk akal. Bila di tanya pada hari 13 feb, Pak lah menjawab seolah olah Yang Pertuan Agong mahukan tarikh itu namun dalam warta berita TV3 14 febA , ucapan Dollah mengatakan SPR yang tetapkan 13 feb itu. Jadi , siapa berbohong kita pun tak tahu di antara tiga orang itu tetapi saya rasa Dollah yang berbohong kerana Agong hanya merestui tarikh di cadangkan dan SPR hanya akur dengan arahan Perdana Menteri.

Untuk melihat kehebatan Jason and twelve argonout sila lihat web page ini http://www.marvunapp.com/Appendix2/jasonargonaut.htm

Untuk melihat video tentang Jason and twelve argonout sila lihat video ini http://www.youtube.com/watch?v=g4TZt95W3MI

Tiada ulasan: