HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Februari 2008

Dr Hilmi cabar Wan Azizah di Permatang Pauh?
Oleh pemerhati_pbb



"Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang Dr Hilmi Yahaya diuar-uarkan akan mencabar presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail di kerusi parlimen Permatang Pauh.

Sementara kerusi Hilmi sekarang di Balik Pulau mahu diserahkan Senator Nor Mohamed Yakcob, kini Menteri Kewangan Kedua.

Peralihan kerusi antara dua calon itu bertujuan merampas kerusi Permatang Pauh daripada PKR dan sekali gus membawa Nor Mohamed ke Dewan Rakyat melalui kemenangan di kerusi selamat.

Strategi ini bagaimanapun boleh membawa masalah apabila semua bahagian komponen BN di Balik Pulau tidak menyenangi calon dari luar.

"Balik Pulau tidak perlukan seorang calon luar untuk bertanding di sini. Dr Hilmi seorang pemimpin berkemampuan. Beliau tidak wajar dikorbankan," seorang pemimpin Umno tempatan memberitahu Malaysiakini.

Dalam tempoh seminggu ini, pemimpin-pemimpin parti komponen BN mengadakan beberapa perbincangan untuk mengatasi kemelut melepaskan calon kegemaran mereka dan juga ketua Umno bahagian ke kerusi yang mungkin menyebabkannya tewas.

Difahamkan parti-parti komponen sedang menimbangkan rancangan untuk menyerahkan satu memorandum bantahan kepada pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam beberapa hari lagi.

malaysiakini

Tiada ulasan: