MALAYSIAKINI
Ribuan mahasiswa dan penyokong PKR merempuh pintu pagar Universiti
Malaya membolehkan mereka memasuki kampus itu bagi mengikuti pidato
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka
merempuh pintu pagar Kuala Lumpur yang berkunci dan dirantai oleh pihak
keselamatan sambil melaungkan "buka, buka" dan kemudiannya memasuki
kawasan kampus.
Kemudian, mereka berhentikan berarak ke Dewan Tunku Canselor kira-kira 200 meter dari pintu pagar bagi menunggu ketibaan Anwar.
Sementara itu, kira-kira jam 9.40 malam Anwar bersama keluarganya sampai
dengan menaiki sebuah pacuan empat roda dan mereka mula berarak ke
Dewan Tunku Canselor.
Menyampaikan ucapan atas pacuan empat roda itu di depan dewan itu,
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Fahmi Zainol mencerita
sejarah perjuangan mahasiswa UM untuk rakyat.
Beliau juga bersedia berdepan tindakan displin daripada pentadbiran universiti selepas ini.
"Saya tahu pihak UM marah dengan saya. Saya sedia menerima hukuman termasuk dibuang universiti," katanya.
Kemudian, Anwar pula memulakan ucapannya dengan mempersoal pentadbiran kampus mahu menghalang beliau berucap di kampus itu
"Saya dihina dan dikeji 16 tahun. Apa salah saya datang bercakap di
sini?" katanya sambil mengucap terima kasih dan tahniah kepada Fahmi dan
pelajar UM.
Sebelum
itu, keadaan hujan rintik-rintik mereka berkumpul di situ memandangkan
pihak keselamatan kampus menutup pintu masuk ke kampus perdana untuk
sebarang lalu lintas.
Ada juga di kalangan mereka membuka payung masing-masing.
Pentadbiran kampus itu tidak membenarkan pidato anjuran Persatuan
Mahasiswa Universiti Malaya itu kerana tiada permohonan dibuat.
Antara pemimpin yang dilihat hadir MP Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sean
bersama beberapa penyokong PKR menaiki sebuah kereta dan memasang
sistem audio.
Turut kelihatan ADUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling, ADUN Rawang Gan Pei
Nie, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shahrin, aktivis
siswa Safwan Anang dan pensyarah Dr Azmi Sharom sebagai pemantau.
Mahasiswa
dan penyokong Anwar turut melaungkan "student power" dan "hidup rakyat"
sambil meminta pihak keselamatan membuka pintu pagar.
Ini kerana kelihatan sekumpulan pelajar dilarang meninggalkan kawasan
kampus menyebabkan siswa yang di luar pintu pagar melaungkan:
"Lepaskan mereka, mereka juga mahu bersama dengan kami," kata mereka.
Pelajar yang awalnya dilarang keluar bagaimanapun dilepaskan selepas perbincangan diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan