HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Oktober 2014

MP: Namakan pihak terima komisyen dari 1MDB

MALAYSIAKINI


 


Pihak yang menerima komisyen besar daripada sayap pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk pinjaman bernilai tinggi sepatutnya dikenalpasti identiti mereka.

MP Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua mendesak hal itu dan mendedahkan 1MDB pada 2012 dan 2013 telah mendapat RM15.2 juta dalam bentuk bon.

Bagaimanapun hampir RM1.6 bilion dipotong dari dua bon dalam bentuk komisyen dan perbelanjaan.

"Jumlahnya amat mengejutkan sebanyak 11.2 peratus dan 9.4 peratus jumlah yang diperolehi," kata Pua dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau mempersoalkan mengapa 1MDB yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan membelanjakan kos sebegini untuk mendapatkan dana.

Tiada ulasan: