Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang menuduh bekas bosnya Datuk Seri Anwar
Ibrahim kerana meliwatnya, berkata beliau berharap kebenaran kes itu
akan diputuskan kerana ia penting melibatkan maruahnya.
Menurutnya Saiful, beliau juga berharap ura-ura bahawa ketua pembangkang itu mengadakan rundingan supaya dibebaskan adalah tidak benar.
"Cukuplah kes ini berlanjutan selama enam tahun dua bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.
"Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.
"Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada 'deal') agar beliau (Anwar) dibebaskan adalah suatu yang tidak benar," kata Mohd Saiful dalam blognya hari ini.
Dalam tulisannya juga, Saiful berkata beliau yakin bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar dan memutuskan kes itu seadil-adilnya berdasarka undang-undang, bukti dan keterangan sepanjang perbicaraan.
Malah, katanya, adalah menjadi kebiasaan beliau untuk mempersiapkan diri bagi berdepan dengan 'senario kes terburuk' dengan keputusan yang bakal disampaikan.
"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah (konsisten) dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya yang tegakkan kebenaran," katanya.
Di samping berserah kepada Allah, dalam kesempatan itu juga Saiful merakamkan penghargaan kepada semua ahli keluarganya yang menyokong beliau sepanjang perbicaraan kes itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan