HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Oktober 2014

PMUM: Pidato Anwar dijamin aman


Himpunan Anwar
 
 
SHAH ALAM - Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol menegaskan pihaknya akan tetap meneruskan penganjuran ‘40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara’.

Malah pihaknya menjamin program tersebut akan berlangsung dengan aman.

“Di sebalik pelbagai tekanan yang dikenakan ke atas kami, hari ini, kami nyatakan bahawa program ini akan tetap diteruskan seperti yang telah dirancang.

“Pihak PMUM selaku penganjur utama memberi jaminan program ini akan berlangsung dalam keadaan aman kerana objektif utama program ini hanyalah ingin memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan kepada masyarakat khususnya mahasiswa UM mengenai pertuduhan yang sedang dihadapi beliau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Terpulang UM benar atau tak Anwar hadir program]

Meskipun ditekan pelbagai pihak yang menentang penganjuran program tersebut, beliau yakin program itu tidak memberi sebarang ancaman kepada universiti.

“Tidak ada sebab untuk program ini dianggap sebagai satu ancaman kepada universiti. Terdapat tuduhan yang mengatakan program ini akan mencemarkan nama UM kerana menjadikan UM medan politik murahan. Ada juga pihak yang mendakwa program ini akan mencetuskan kekecohan dan menyemai budaya tidak sihat dalam UM.

“Bagi kami tuduhan-tuduhan ini tidak akan timbul sekiranya semua pihak mampu menghormati kebebasan akademik. Malah program seperti ini akan mampu memperlihatkan keterbukaan UM sebagai lapangan ilmu yang bukan sahaja memberi manfaat kepada mahasiswa, bahkan juga kepada masyarakat sekitar,” katanya

Tiada ulasan: