Sistem baru penentuan harga minyak RON95 dan Diesel menggunakan sistem baru mulai 1 Disember lalu.
Sistem apungan terkawal itu lebih responsif terhadap perubahan harga pasaran dunia, walaupun bukanlah apungan yang sebenar.
Harga runcit RON95 dan diesel boleh bertukar setiap bulan bawah sistem baru ini.
Perubahan terbesar buat pengguna Malaysia apabila tiada lagi subsidi minyak, yang tahun lalu menelan belanja RM20 bilion.
Minyak mentah Brent, yang sering digunakan sebagai penanda aras, sekarang diniagakan di tahap paling rendah dalam beberapa tahun ini dan pernah jatuh ke tahap AS$60 setong bulan ini.
Memang alasan kejatuhan itu rumit, tetapi kebanyakan pakar beranggapan ia gabungan antara permintaan yang perlahan dan lebihan penawaran daripada pengeluaran syal baru di Amerika Utara.
Kaedah baru pengeluaran itu menjadikan Amerika Syarikat hampir mempunyai bekalan cukup bahan api fosil itu untuk negara sendiri.
Dalam masa yang sama, Arab Saudi dan negara-negaraTeluk enggan menjadi penentu pengeluaran.
“Perkara terbaik untuk semua pihak adalah dengan membiarkan pengeluar paling efisien mengeluarkannya,” kata Ali al-Naimi, menteri petroleum Arab Saudi kepada pemberita pada Ahad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan