HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Disember 2014

Lamanweb pro-Umno tampil pertahan PM

MALAYSIAKINI


 


Di sebalik kritikan kuat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran gambar bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawai, ketika banjir melanda negara, blog pro-Umno pula tampil mempertahan.

Blog MyKMU.net dalam satu tulisannya, menyiarkan sekeping gambar menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah di New Zealand.

"Azizah adalah ADUN Kajang. Kajang dinaiki air dua hari berturut-turut.

"Tapi jangan kata tubuhnya, bayang kipas Azizah pun tak nampak," katanya merujuk kipas Cina yang sering dipegang presiden PKR itu.

Menurut blog itu, sebelum bertemu Obama, Najib sudah terlebih dahulu melawat mangsa banjir di kawasan parlimennya di Pekan pada 20 Disember lepas.

"Pendek kata, Najib dahulu rakyat dari kayu golf dan Obama yang dijadikan isu sangat oleh penyokong pembangkang tu," katanya.

Tiada ulasan: