Roketkini.com
KOTA KINABALU: Selepas dua tahun menunggu Laporan
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Tanpa Izin di
Sabah, hanya satu cadangan dikemukakan dari laporan setebal 368 muka
surat itu, iaitu satu sekretariat tetap ditubuhkan bagi menangani
masalah PATI di negeri ini.
“Ia merupakan anti klimaks,” kata Naib Pengerusi DAP Sabah Chan Foong Hin dalam kenyataan kepada Roketkini.com.
Justeru itu, beliau turut meminta Presiden Parti Bersatu
Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyatakan pendirian jelas
sama ada bersetuju menerima atau menolak hasil RCi tersebut.
“Adakah Pairin menerima dapatan ini, kerana majoriti
penduduk Sabah percaya bahawa agensi persekutuan dan pemimpin UMNO
memberikan taraf kewarganegaraan sebagai pertukaran undi untuk
menggulingkan kerajaan negeri pimpinan PBS pada tahun 1994? soal Chan.
Laporan akhir RCI mengenai pendatang haram di Sabah hari
membuat kesimpulan antara lain, bahawa “Projek IC” yang begitu banyak
diperkatakan, mungkin wujud di negeri itu
Ia turut mencadangkan agar satu jawatankuasa pengurusan ditubuhkan dengan kuasa yang luas bagi menyokong sekretariat kekal itu.
Ujar Chan, terma rujukan RCI adalah untuk menyiasat, dan
bukannya bersifat membaiki, seperti dinyatakan oleh bekas Ketua
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Simon Sipaun.
“Ia satu penghinaan terhadap kebijaksanaan rakyat Sabah
sekiranya dapatan itu membuat kesimpulan bahawa hanya 68,703 orang yang
tidak layak telah diberikan taraf kewarganegaraan antara 1963 sehingga
31 Ogos tahun lepas.
“Hari ini ni adalah hari yang menyedihkan buat rakyat
Sabah. Sekali lagi kerajaan BN mengecewakan kita. Pairin harus menolak
pelantikanya sebagai pengerusi jawatankuasa khas bagi mengkaji dan
melaksana cadangan laporan RCI.
“Saya mencabar Pairin menyatakan pendirian dengan jelas.
Beliau perlu menunjukkan keberaniannya kepada rakyat. Ini adalah
pertempuran terakhir untuk Pairin dan maruah PBS,” ujar Chan. –
Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan