Roketkini.com.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
diminta memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi dolak-dalik bagi
menyelesaikan masalah 40 tahun selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan
Diraja mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah (RCIIIS) dikeluarkan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, masalah 40 tahun
pendatang tanpa izin di Sabah yang mengubah demografi politik disebabkan
krisis sosio-ekonomi, yang tidak pernah berlaku di negeri ini akhirnya
diumumkan kepada orang ramai.
“Soalan paling penting adalah sama ada kandungan dan
cadangan Laporan RCIIIS menjadi penamat masalah 40 tahun masalah
pendatang haram di Sabah, atau kita hanya melihat episod baru bagi
kitaran masalah yang sama?
“Apakah tidak ada penyelesaian sehingga tahun 2020, apabila
pendatang tanpa izin di Sabah dijangka bertambah kepada tiga juta
orang, mengurangkan penduduk asal Sabah sehingga menjadikan mereka
minoriti di bumi sendiri? soal Kit Siang.
Dalam pada itu kata Kit Siang, tidak ada pihak yang berani
meletakkan keyakinan bahawa Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri
Panglima Joseph Pairin Kitingan diberi kuasa dan mampu melaksanakan syor
Laporan RCIIIS.
Justeru itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Menteri Persekutuan
yang akan ditugaskan bekerja bersama Pairin bagi menyelesaikan masalah
40 tahun yang membelenggu rakyat Sabah.
“Berapa lama masa akan diambil Pairin? Satu bulan, tiga
bulan, enam bulan atau setahun untuk menyelesaikan tugasnya menyusun
cadangan mengenai pelaksanaan RCIIIS?
“Najib juga perlu menjelaskan rancangan kerajaan ketika berurusan dengan penemuan cadangan RCIIIS,” kata Kit Siang.
Namun kata Kit Siang jawatankuasa yang dipengerusikan
Pairin itu masih belum mengadakan pertemuan untuk memulakan urusannya,
kerana masih belum sepenuhnya ditubuhkan.
“Atau sama ada jawatankuasa laporan RCIIIS yang dipengerusikan Pairin itu hanya jawatankuasa satu orang? soal Kit Siang.
Tambah Kit Siang, hanya kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa untuk melaksanakan syor-syor yang dicadangkan dalam RCIIIS.
Dalam masa sama beliau turut bimbang kerana kelewatan
serupa pernah berlaku sebelum ini apabila kerajaan mengambil masa enam
bulan untuk memuktamadkan terma rujukan sebelum RCIIIS boleh memulakan
kerja.
“Anehnya hanya selepas setahun laporan dihantar berhubung
pendengaran awam, sedangkan cadangan itu telah diserahkan secara rasmi
kepada kerajaan pada 14 Mei 2014, yang kemudiannya diperam sehingga
penerbitannya hari ini,” kata Kit Siang – Roketkini.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan