Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Helah bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir menggunakan momok politik kebencian agar UMNO meraih sokongan
tidak akan berjaya kerana orang Melayu sudah muak dengan mereka.
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim berkata, Mahathir
sepatutnya ‘cermin dahulu’ apa yang telah UMNO lakukan sebelum membuat
dakwaan karut bahawa orang Melayu menjadi pengemis politik.
“Orang Melayu tidak pernah dan tidak akan menjadi pengemis di negara ini.
“Orang Melayu telah berubah dan landskap politik negara ini
juga telah berubah, tapi Mahathir langsung tidak pernah berubah,”
katanya dalam satu kenyataan.
Tegas Teresa, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan
terbukti apabila beberapa aduan parti komponen BN sendiri menunjukkan
bahawa mereka tidak pernah mendapat layanan saksama.
“Mungkin Mahathir telah lupa apa yang pernah dikatakan
bekas Presiden Gerakan mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik tentang pengemis
politik.
Pada Mei 2008, Lim dalam satu wawancara bersama Sin Chew
Daily menyebut bahawa UMNO memberi layanan pengemis kepada parti
komponen BN bukan Melayu seperti MCA, MIC dan Gerakan serta bukannya
secara saksama.
Dalam wawancara itu, Lim juga menyatakan walaupun Gerakan
mendukung politik pelbagai kaum, namun mengalami kekalahan teruk akibat
calonnya bertanding di kawasan bukan majoriti Melayu.
“Kenapa orang bukan Melayu marah dengan BN? Kerana keangkuhan UMNO, parti dominan dalam BN.
“Orang ramai tidak selesa dengan kenyataan berunsur
perkauman dilontarkan pemimpin UMNO menjadi penyebab semua parti
komponen BN menderita dalam pilihanraya,” kenyataan Lim dari laporan
tersebut.
Kata Teresa, ucapan kebencian dan ancaman dalam Perhimpunan Agung UMNO membuktikan bahawa parti itu tidak pernah berubah.
“Dengan UMNO meneruskan keangkuhannya, MCA, Gerakan dan MIC pula terus menjadi pengemis dalam BN.
“Bagaimana UMNO boleh mengharapkan ketiga-tiga parti ini
dapat melakukan sesuatu PRU nanti jika mereka berterusan dianggap
sebagai pengemis?,” soal Ahli Parlimen Seputeh itu. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan