KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR- Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat penglibatan Malaysia dalam program seksaan tahanan Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Laporan Senat Amerika Syarikat baru-baru ini mendedahkan Malaysia merupakan salah satu rakan sekutu AS dalam usaha “Memerangi Keganasan Global” apabila suspek militan ditangkap dan dihantar ke penjara rahsia untuk disiasat.
Laporan itu juga mengandungi maklumat terperinci beserta grafik cara siasatan ganas digunakan CIA terhadap tahanan suspek pengganas.
Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng berkata, Malaysia dicatatkan membantu CIA dalam sekurang-kurangnya dua kes dalam laporan Penyeksaan Global: Rahsia Tahanan CIA dan Layanan Luar Biasa oleh Open Society Justice Inisiative pada Februari 2013.
“Butiran kaitan ‘sumbangan’ kerajaan Malaysia masih tidak didedahkan kepada umum,” katanya dalam kenyataan yang dipetik dari The Malaysian Insider.
Malaysia sebelum ini dikatakan memainkan peranan membantu CIA apabila suspek ditahan secara rahsia dan kemudian dibawa ke penjara yang tidak diketahui.
Yap juga menyeru Washington mendedahkan laporan senat AS setebal 6,700 muka surat itu kerana menjadi tanggungjawab sesebuah negara mendakwa mereka yang menyalahgunakan kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan