shahbudindotcom
Ada
pemimpin UMNO yang pernah menjadi menteri kabinet mengakui bahawa
beliau ketika ini tidak boleh langsung memandang wajah Perdana Menteri,
terutamanya melalui televisyen.
Katanya,
beliau akan mengalih siaran berita di televisyen yang sedang
ditontonnya jika muncul siaran berkenaan ucapan yang melibatkan Najib.
Tambahnya,
dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau juga tidak menonton
langsung sama ada ucapan atau sidang akhbar yang disampaikan oleh Najib
yang berulangkali disiarkan melalui televisyen.
Sambil
mengakui bahawa Najib ketika ini merupakan pemimpin paling lemah,
beliau juga menyatakan tidak faham dengan sesetengah keputusan yang
diambil oleh Perdana Menteri yang jelas tidak membawa kebaikan kepada
negara.
Menurut
bekas pemimpin itu lagi, mendengar pelbagai perkara yang diucapkan oleh
Najib sejak kebelakangan ini membuatkan perasaannya semakin sakit dan
kacau serta percaya sebahagian besar rakyat juga berperasaan sedemikian.
Jika
rakyat biasa yang tidak lagi mahu menonton atau membaca berita
berkenaan Najib, ia mungkin dianggap sesuatu yang normal kerana sejak
pemerintahannya sudah begitu banyak beban dan kesusahan yang sepatutnya
diselesaikan dengan bijaksana olehnya, tetapi dipindahkan kepada rakyat
atas alasan untuk kepentingan jangka panjang negara.
Malah
jika ahli UMNO biasa pun mulai "menyampah" dengan gaya kepimpinan Najib
yang semakin hari semakin teruk ini, barangkali ia juga boleh difahami.
Tetapi
dengan adanya bekas menteri sendiri turut "meluat" sehingga tidak mahu
lagi melihatnya ketika muncul di televisyen, ia adalah petanda jelas
bahawa penolakan kini makin meluas dan merata terhadap Perdana Menteri
itu.
Tidak
seperti Perdana Menteri sebelum ini, baik Mahathir Mohamad mahupun
Abdullah Badawi, walaupun mereka juga dibenci dan tidak disukai oleh
ramai orang, tetapi tidaklah ia sampai ke tahap mereka tidak mahu lagi
memandang wajahnya.
Malah
Mahathir misalnya, walaupun mencipta ramai musuh politik sepanjang
pemerintahannya, tetapi hujah dan idea-segarnya sentiasa dinanti setiap
hari sama ada oleh yang menyokong atau membencinya.
Dalam
buku Najib Perdana Menteri terakhir yang saya tulis dan terbitkan pada
2011, ada menyebut mengenai seorang ayah kepada salah seorang pemimpin
kanan UMNO yang terus menutup televisyen jika berita mengenai Najib
disiarkan.
Mungkin
juga sebenarnya ramai lagi yang mempunyai perasaan sama terhadap Najib
ketika ini, cuma ada yang berani berterus-terang dan pula yang hanya
menyimpan dalam hati saja.
Menjelang
PRU 14 dan ketika luahan rasa tidak puas hati rakyat dapat didengari di
mana-mana, adanya seorang bekas pemimpin UMNO sendiri yang sampai tidak
boleh lagi menatap wajah Najib, ia secara langsung adalah gambaran
penolakan yang seharusnya meresahkan Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan