Roketkini.com
KUALA LUMPUR: DAP menyeru Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dan menteri kabinet untuk menyokong Surat Terbuka 25
Tokoh Melayu bagi memberi mesej jelas bahawa kerajaan menolak
ekstremisme dan fanatisme
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sudah dua minggu
sejak surat tersebut dikeluarkan yang mendapat sokongan segenap lapisan
masyarakat, namun sehingga kini Najib dilihat langsung tidak melakukan
sebarang tindakan.
“Adakah Najib bersedia membentangkan Surat Terbuka 25 Tokoh
Melayu ini kepada Kabinet bagi mendapatkan sokongan menteri untuk
menunjukkan kerajaan komited ke arah kesederhanaan dan menentang sikap
tidak toleran, esktremisme dan kefanatikan? kata Kit Siang dalam satu
kenyataan.
Pada 8 Disember lalu, sekumpulan 25 bekas pegawai tinggi
dan tokoh Melayu memohon Najib memperlihatkan kepimpinannya dengan
menentang ekstremisme dan sikap tidak toleran yang kian membarah.
Surat terbuka tersebut telah mendapat respon sangat baik di kalangan masyarakat tanpa mengira kaum, budaya dan agama.
Malah, lebih banyak kumpulan termasuk orang bukan Melayu
dan bukan Islam apabila lebih 5,000 orang menandatangani petisyen atas
talian ‘I am #26’
Kempen sama iaitu ‘KamiJuga25′ turut mendapat sokongan
lebih 1,600 individu, 95 NGO di Malaysia, 22 aktivis Muslim dan pelbagai
lagi dalam masa dua minggu ini.
Justeru itu, Kit Siang menggesa semua kelompok moderat
tanpa mengira kaum, agama, dan garis politik menyatakan pendirian
menolak sikap tidak toleran, ekstrem dan fanatik yang menjadi ancaman
masyarakat majmuk Malaysia. -Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan