Motif Pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Siapa Arah UTK Sirul Azhar? Najib Razak Terlibat? : Hantu Altantuya
bangkit langi. Kali ini berkeliaran mencari “watak-watak penting”
disebalik pembunuhan ke atas dirinya. Kali ini semakin meningkat apabila
akhbar di seluruh dunia terutamanya di Australia sudah mula menunjukkan
minat dan memerhatikan secara dekat bagaimana pengakhiran kes
pembunuhan Altantuya yang cukup berprofil tinggi di Malaysia ini.
Ini kerana sehingga ke hari ini motif
pembunuhan Altantuya masih lagi tersimpul rapi dan “masih kabur
berjerebu”. Sehingga Berita Semasa terfikir sejenak, siapa sebenarnya
yang paling mendapat manfaat disebalik kematian Altantuya ini?
Baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak
telah memberikan jawapan yang agak kontroversi di mana kapasitinya
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dilihat memperlekehkan tindakan
figura yang bernama Sirul Azhar pada ketika ini di Australia yang bagi
Berita Semasa sendiri, tindakan Datuk Seri Najib Razak akan terus
memberikan persepsi buruk terhadap dirinya dalam memebrikan jawapan
kepada media.
Walaubagaimanapun, bagi Berita Semasa
sendiri, jujur untuk mengatakan di sini yang mana Berita Semasa
merasakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini.
Bagi Berita Semasa, jika ingin benar bermain dengan spekulasi, kita perlu kembali semula ke masa berlakunya pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 :
- Datuk Seri Najib Razak bukan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu
- Najib Razak hanya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
Siapa Yang Beruntung Disebalik Pembunuhan Altantuya Shaariibuu?
- Apakah keadaan politik negara pada tahun 2006 ketika itu?
- Yang berkuasa?
- Yang tidak berkuasa?
- Yang hampir kehilangan kuasa?
- Yang hendak dinaikkan pangkat bagi mendapatkan kuasa?\Yang akan mendapat manfaat paling besar iklim politik pada ketika itu?
UTK adalah bertanggungjawab mengawal
ketat keselamatan Perdana Menteri. Dikawal oleh siapa? Adakah sesiapa
sahaja boleh mengangkat telefon dan memberikan arahan kepada pihak
keselamatan UTK Perdana Menteri untuk pergi ke sana dan sini?
Berita
Semasa yakin dan percaya Perdana Menteri tidak mempunyai keberanian
untuk terlibat dalam sesuatu yang rumit seperti ini. Apatah lagi beliau
hanya selangkah sahaja lagi untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia bagi
menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu.
P/S : Dalam pada masa yang sama berikan peluang kepada Sirul Azhar kepada dunia apa sebenarnya yang berlaku walaupun agak terlibat. “Better late than never”
- Siapa yang sedang berkuasa?
- Yang tidak berkuasa?
- Siapakah yang akan kehilangan kuasa?
- Yang hampir dinaikkan untuk mendapatkan kuasa?
- Yang akan mendapat faedah besar pada iklim politik pada ketika ini? Siapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan